Thursday, October 9, 2008

Peristiwa Raya

Majlis Raya Pas Kelantan Dihadiri Lebih 20,000

MAJLIS sambutan Hari Raya Pas Kelantan bertempat di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV hari ini meriah dihadiri lebih 20,000 pengunjung. Ia juga mencatat sejarah apabila turut sama dikunjungi para pelancung asing yang kebetulan sedang melancung ke Kelantan.
















Selain itu majlis itu juga ditambah serinya dengan kehadiran masyarakat berbilang kaum; Cina,
India, Orang Asli dan Siam. Kehadiran golongan muda masyarakat Tionghua sangat memberangsangkan.

Majlis itu anjuran Badan Perhubungan Pas Kelantan ia bermula jam 10:00 hingga menjelang Asar 4:00 petang.

Semua pemimpin tertingi Pas Kelantan termasuk Mursyidul Am yang juga MB Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Halim Abdul Rahman, para Exco hadir. Turut sama memeriahkan ialah para pemimpin Keadilan Kelantan. Naib Presiden Keadilan, Mohd Amin Ali mewakili Penasihat PKR Anwar Ibrahim. Anwar tidak dapat hadir kerana menghadapi prosiding perbicaraan di mahkamah seksyen Kuala Lumpur.


Menurut Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Takiyuddin Hassan sambutan hangat itu membuktikan Pas makin mendapat sambutan rakyat dan sekaligus mencerminkan kemantapan kepimpinan Pas Kelantan.

Menurut beliau yang dihubungi sekejap tadi kemeriahan majlis itu mungkin juga disebabkan tempat majlis itu diadakan strategik dan mudah untuk disinggahi oleh orang ramai.

Malam ini Penasihat PKR dijangka akan menyampaikan cerama di stadium Sultan Muhammad ke-IV bersama Tok Guru Nik Aziz, Takiyuddin Hassan dan Saifuddin Nasution di mana lebih 50,000 dijangka hadir.

Takiyuddin selaku tuan rumah mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua petugas Pas menjayakan majlis berkenaan dan juga petugas yang menguruskan khemah solat sunat Terawih untuk program Ihya Ramadhan yang diadakan di tempat itu sepanjang bulan Ramadhan lalu.

Beliau juga mengucapkan terima kasih dan selamat hari raya kepada semua pengunjung dan mereka yang memberi kerjasama menjayakan sambutan majlis itu.

Bersama ini disertakan beberapa keping foto majlis berkenaan dikirimkan oleh Sdr Ruzely Abdullah khus untuk blog ini. [d’ kota.kl 7:00 pm 09/10/08]

No comments: