Thursday, October 9, 2008

Rilek Petang

Luahan Perasaan Orang Tendong Pasir Mas

SATU keluhan telah masuk dalam email saya yang dihantarkan oleh seorang pengundi di kawasan Tendong. (Bukan mengenai ahli Parlimen itu). Pengundi berkenaan melahirkan rasa tidak setuju dengan kenyataan Adun Tendong, Dr Mohammad Mat Daud berhubung empat penghulu yang tidak disambung perkhidmatnya.

Muhammad dipetik sebagai mengeluarkan kenyataan itu dalam protal berita milik Pas.

Kenyatan itu menurut pengirim berkenaan tidak tepat kerana wakil rakyat berkenaan tidak pernah merujuk kepada cawangan-cawangan yang terlibat dalam mukim berkenaan sebelum memutuskan untuk tidak menyambung perkhidmatan empat penghulu berkenaan.

Di bawah ini diturunkan sepenuhnya keluhan/tulisan pengirim berkenaan yang sengaja dirahsiakan namanya.

"Saya tidak bersetuju dengan kenyataan yang di keluarkan oleh YB ADUN Tendong dalam harakahdaily.net bertarikh 9.10.08 yang menyebut beliau tidak menyambung 4 orang Penghulu di sebabkan oleh rakyat tidak menghendaki khidmat penghulu mukim berkenaan.

"Kenyataan ini bagi saya tidak tepat kerana beliau tidak pernah merujuk kepada cawangan-cawangan yang terlibat dalam mukim berkenaan.

"Bagi pihak 4 mukim berkenaan saya melihat rakyat masih memerlukan perkhidmatan penghulu dan berpuas hati. Oleh itu pernyataan YB berkenaan amat tidak tepat dan bertentangan dengan kehendak dan aspirasi rakyat.


"Buktinya semua penghulu dalam DUN Tendong telah bertungkus lumus bekerja untuk memenangkan Dr Muhammad dalam pilihan raya yang lepas.
Saya takut selepas ini DUN Tendong akan menjadi masalah yang lebih berat dengan tidak disambung Penghulu-penghulu berkenaan.

"Walaupun pertimbangan yang di buat mengambil kira pandangan setengah pihak, namun kalau di pertimbangkan keseluruhannya, kesan buruk lebih banyak kalau di bandingkan kesan baik daripada pemecatan tersebut.

"Di harap ianya dapat di pertimbangkan semula demi kejernihan dan kepentingan PAS di tendong."


Elok kalau Muhammad Daud memeriksa semula kenyataan beliau itu. Jangan membuat tindakan yang boleh memberi kesan buruk. Peranan penghulu dalam sesebuah mukim penting. Penghulu adalah jentera utama parti dan kerajaan. Kalau jentera itu buat onar susah juga jadinya.

Mungkin tindakan tidak menyambung khidmat empat penghulu itu kerana ada sebab-sebab munasabah untuk berbuat begitu. Mustahil ianya tidak disambung kalau mereka berkhidmat dengan baik dan tidak menimbulkan masalah!

Bagaimana pun ia tidak boleh diperlukan semudah itu tanpa usul periksa mendalam dan adil. Tindakan sedemikian boleh menimbulkan masalah daripada menyelesaikan masalah. Apa lagi jawatan penghulu cukup besar bagi orang kampung dan ia sangat sensitif.

Kalaupun penghulu berkenaan tidak menunjukkan prestasi baik cubalah perbaiki atau pun islahkan secara baik, bak menarik rambut dalam tepong. Kebijaksanaan pemimpin itu diuji sejauh mana kemampuannya menyelesaikan masalah.

Hal-hal seperti ini memerlukan kebijaksanaan dalam menyelesaikannya. Mungkin bagi Muhamamd Mat Daud yang turun pandang beberapa saat menjelang pilihan raya lalu tidak berpengetahuan dan memahami seluk beluk dalam hal ini. Beliau mungkin berpandu kepada nasihat mentah dan terus bertindak tanpa usul periksa.

Hal-hal seperti ini seingat saya tidak pernah berlaku di Tendong semasa Abdul Hamid Aziz menjadi Penyelia DUN berkenaan. Bahkan hubungan beliau (Pas) dengan penghulu termasuk juga Penyelia Mukim (Penghulu Umno) dalam keadaan baik. Walaupun Hamid tidak sarjana namun penghulu menghormati bekas penyelia DUN yang aktif dan kreatif tetapi tidak terpilih jadi calon itu.

Kalau perlu Mohamad Mat Daud kenalah berguru dan belajar dengan Hamid bagaimana nak jinakkan orang Umno ataupun mengurangkan masalah dalam parti. [wm.kl 3:00 pm 09/10/08]

No comments: