Tuesday, October 21, 2008

Celoteh Murai 8

Asah Golok, Parang dan Kelewang

Pada pagi ceria ini Murai nak berkicau sikit. Pagi-pagi Murai sudah bangun melayar berberapa blog dan protal berita untuk mengetahui apakah perkembangan mesyuarat MT Umno malam tadi. Dalam tercari-cari itu terjumpa dengan sebuah tulisan yang mengkritik ahli Parlimen itu. Apa lagi, Murai teruslah membaca dan menatapnya mahu melihat apakah alasan dan hujah menyebabkan penulis itu marahkan ahli Parlimen itu.

Tajuk tulisan itu ialah "******* *** (Ahli Parlimen itu) wajib letak jawatan". Nampaknya penulis bergelar ustaz itu telah menghukum agar ahli Parlimen itu meletak jawatan. Dari perspektif ilmunya tindak tanduk ahli Parlimen itu terlalu berat sehinggakan dijatuhi hukum wajib, bukan makruh lagi tetapi wajib. Mungkin kalau penulis itu jadi Perdana Menteri gubalnya undang-undang berkenaan kesalahan seperti itu sudah pasti ahli Parlimen itu akan digantung macam Saddam Hussein.

Maknanya kalau wajib meletak jawatan kita tidak wajib lagi menyokong dan mengagungkannya. Kita mufaraqahlah. Kalau sokong juga bererti kita juga akan berdosa, besubahat dengan kesalahan dan perbuatannya. Kalau tersentuh dengannya kena samak dengan tujuh jenis air dari tujuh jenis tanah.

Ustaz itu berani juga, dia mencabar kalau benar ahli Parlimen itu anak jantan letaklah jawatan dan bertanding semula dalam pilihan raya kecil, baru tahu dia ada sokongan ataupun tidak. Menurut analisa ustaz berkenaan ahli Parlimen itu menang baru-baru ini bukan kerana kehebatannya tetapi kerana simpati para penyokong dan pengundi Pas. Kesimpulannya kalau kita menang kerana orang dan bukan kekuatan peribadi tak usah agahlah.

Kenapa ustaz itu ikut marah lagi ialah kerana keceluparan mulut ahli Parlimen itu yang cakap lepas dan cakap bebas. Seperti juga Murai, ustaz itu sedih kerana dia palu dan godam Pas. Tidak mengenang langsung pada pengorbanan Pas yang memberi bulan kepadanya pada pilihan raya lalu. Kalau ustaz nak tahu perangai begitu orang Kelantan kata; buvi bunga dibalas tahi. Ustaz fikirlah sendiri macam mana perut pedal, hati, limpah dan hempedu orang seperti itu.

Selain itu apa yang beliau marah ialah bila ahli Parlimen itu mempertahankan ISA. Katanya sikap itu mengecewakan orang Pas termasuk Tok Guru Nik Aziz sendiri. Tok Guru itu tentu kurang senang tindakan mempertahankan ISA sebab anaknya, Nik Adli pernah menjadi mangsa akta berkenaan.

Murai tidak mahu tokok tambah dan cukuplah apa yang Murai katakan sebelum ini. Mengenai cabaran ustaz itu suruh ahli Parlimen itu lepas jawatan, Murai tidak setuju. Sebab kalau bila sudah letak jawatan dia tidak boleh bertanding lagi. Jadi niat untuk ajar ahli Parlimen itu tidak akan kesampaian.

Cara paling baik ialah tunggu pilihan raya ke-13 nanti. Murai rasa pilihan raya ke-13 tidak akan sampai empat tahun. Paling lama pun 2010. Najib Razak tentu akan segerakan kerana nak dapatkan mandat baru. Kalau Najib lengah dan panjangkan ia akan menyusahkannya.
Masa pilihan raya ke-13 nantilah kalau nak ajar ahli Parlimen itu. Pilihan raya nanti baru dia tahu langit tinggi atau rendah. Apakah pengaruhnya masih tersisa atau tidak!
Cuma apa yang Murai harap orang Pas bersiap sedia sahajalah dari sekarang. Asak golok, parang dan kelewang untuk 'takel' ahli Parlimen itu. Jadikan pilihan raya ke-13 nanti sebagai kubur untuk menimbus segala kebobrokan dan kebusukan moral politiknya yang mencemarkan demokrasi negara ini.

Murai: Ekor Murai tidak bercabang seperti lidah haiwan itu.
[wm.kl 8:30 am 21/10/08]

3 comments:

Anonymous said...

memang wajib mufaraqah dgn makhluk dari pasir mas nih!

Sikap dan perangai tak ubah seperti pokok tumpang, bukan jenis epiphyte tetapi jenis parasit!

dppwm.blogspot.com

Sid said...

Ti, kawe kenal benar dengan ahli parlimen "Pasir Berdengung" tu. Sampai sekarang dia belum berparti. Katanya menunggu hidayah utk memilih parti, tapi sebenarnya dia gila talak dengan jandanya UMNO. Tunggu isyarat kalau-kalau jandanya nak rujuk. Darahnya, darah UMNO, jiwanya, jiwa UMNO. Kata orang mati hidup balik pun UMNOlah anutannya.Dia "mengamuk" pun bukan sebab marahkan UMNO tapi sebab tidak diberi jawatan, maknanya kecillah kerak periuk nasi dia. Orang kata, kalau terserempak ular dengan dia ni, jangan katok ular tu tapi katok dia ni dulu.

Sekian
Rosdi

Unknown said...

Tuan MSO seperti biasa saya bersetuju dengan tuan apabila memperkatakan mengenai ahli parlimen seorang itu!

Jika begitu pada PRU-13 saya cadangkan Pas meletakan Kamutha Dewi sebagai calon Pas dan kita lihat ahli parlimen itu hendak bertanding atas tiket apa? Dan kita lihat berapa undi beliau dapat atau kita kira berapa wang pertaruhan dia yang hangus eheheeh.