Friday, October 17, 2008

Khabar Jumaat

Tok Guru Nik Aziz Dapat Cucu Ke-50

TOK GURU Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam memperolehi seorang lagi cucu menjadikan kesemua cucu beliau kini seramai 50 orang. Cucu baru itu ialah anak Nik Omar Nik Abdul Aziz (foto). Cucu perempuan MB Kelantan dilahirkan semalam, demikian disahkan oleh keluarga terdekat Menteri Besar Kelantan itu.

Sebagai mengalu-alukan kelahiran cucu baru itu satu majlis kesyukuran (bewah) akan diadakan Selasa ini di rumahnya di Pulau Melaka dengan menumbangkan dua ekor lembu.

Nik Aziz yang merupakan Menteri Besar Kelantan ke-12 kini sudah memasuki tahun ke-18 beliau menjadi Menteri Besar Kelantan. Beliau dilantik menjadi MB Kelantan apabila Pas berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional tahun 1990.

Dalam Pas Kelantan beliau adalah Pesuruhjaya Pas Negeri, sementara di peringkat pusat beliau merupakan Mursyidul Am Pas, jawatan tertinggi dalam hirerki kepimpinan Pas.

Beberapa kali beliau diura-urakan akan melepaskan jawatan MB Kelantan atas masalah kesihatan. Bagaimana pun disebabkan beliau merasakan tidak ada pengganti yang layak Nik Aziz yang kini sudah berusia 76 tahun masih terus memegang jawatan berkenaan.

Kepada Tok Guru diucapkan tahniah atas kelahiran cucu barunya itu mudah-mudahan cucu perempuan itu memberi semangat dan membawa kekuatan untuknya terus menerajui Kelantan sekurang-kurangnya sehingga menjelang pilihan raya ke-13 nanti. [wm.kl 2:00 pm 17/10/08]

No comments: