Sunday, October 5, 2008

Celoteh Murai 5

Utusan dan Ibrahim Ali

MURAI ternampak gambar Ibrahim Ali sedang membakar sate di majlis rumah terbuka hari rayanya di Pasir Mas bersama isterinya dalam akhbar Utusan Malaysia. Bukan main lagi gambar colour you. Walaupun dipakai di bahagian bawah tetapi cukuplah... sekurang-kurangnya Ibrahim sudah berjaya mempamerkan wajahnya dalam akhbar arus perdana.

Akhir-akhir ini juga khabarnya acap juga sang katak itu masuk dalam tv... TV1, 2, 3 4, 5 dan macam-macam tv lagi. Dipanggil menjadi ahli panel membicarakan berbagai isu. Ibrahim laku macam pisang goreng kebatu panas!

Baguslah.... kalau tv dan media arus perdana memberi ruang dan tempat kepada Ibrahim untuk membela Umno. Moral akhbar berkenaan dengan Brahim lebih kurang sama saja.
Nada dan cakap Brahim sekarang ini pun sudah berubah lagu. Dari menjadi pengkritik kerajaan kepada pengampu kerajaan. Yang menjadi mangsa Brahim kini ialah Pas, PKR dan Anwar Ibrahim. Bukan main lagi berjujuh (meleleh) air liur Brahim membela Umno sampai terlupa parti itu sudah tidak hinginkannya. Dia bercakap seperti dia ahli MT Umno.

Utusan dan tv kerajaan memang suka kalau Brahim hentam pembangkang. Masa Brahim gila dan mengamuk sebelum pilihan raya lalu tv dan media arus perana seperti Utusan tidak pun terliur melihat Ibrahim. Dikeji lagi ada....

Yang dok beri muka setiap minggu kepada Brahim ialah akhbar nyamuk seperti Siasah, Buletin Rakyat atau Harakah saja. Dalam hal ini Siasahlah yang banyak memberi ruang kepada Brahim. Ingat-ingatkan sesudah berusia setengah abad nak berubah... rupanya makin menjadi melaluknya.

Siasahlah yang membasuh cemar dan kotor Brahim sehingga ia berbau wangi dan diterima oleh Pas dan diletakkan atas pentas-pentas Pas. Murai juga sempat ikut berpuluh ceramah Brahim dari Perlis hingga ke Johor.

Tidak ada satu pun ceramah yang Murai dengar Brahim tidak maki hamun Abdullah dan Najib. Macam bertih dimaki hamun Abdullah. Tah sah ceramahnya kalau tidak mengutuk dan memaki Abdullah dan Najib. Tetapi Murai sikit pun tidak hairan. Masa dia duduk dalam Umno dulu Nik Aziz sendiri disifatkan sebagai bewak (biawak), dan katanya Tok Guru tahi...! Kalau Nik Aziz boleh maki begitu rupalah apalah yang lain...

Murai masih simpan CD ceramahnya.

Sifat dan fiil Brahim itu janganlah dirasakan ganjil. Kalau bukan bersifat begitu bukanlah Ibrahim Ali namanya. Apa yang beliau lakukan hari ini bukan apa, melainkan sedang mencari tikit untuk masuk Umno semula. Untuk menyertai ke habitat asalnya itu Ibrahim akan melakukan apa saja. Asal katak tentulah akan kembali ke lumpur berlumut. Bukankah sebelum ini beliau sanggup cium buntut Mahathir kerana semata-mata nak masuk Umno!
Jadi tidak hairan kalau kali ini Brahim akan cium jubur Najib pula untuk menyertai semula Umno. Bagi Ibrahim tidak ada masalah sebab cium mencium jubur itu adalah kerja-kerja mahkluk Allah seperti Brahim. Brahim nak masuk Umno tidak menjadi masalah tetapi janganlah kutuk orang yang pernah membantunya... belajarlah menjadi manusia sikit kalau tak sepenuhnya, sesuku pun jadilah....

Murai: Mahu tengok nasib Brahim dalam pilihan raya ke 13 kelak.

2 comments:

Anonymous said...

askum, saudara mso.
terima kasih kerana beri ulasan ttg brahim ali semoga saudara terus berkarya ttg dia yg napaknya mula lupa pada mereka yg mengundi di p.mas

Unknown said...

Tuan MSO,

Saya hampir tergelak membaca komenter tuan mengenai Ibrahim Ali. Ini kali kedua saya tergelak mengenangkan sifat sarkastik Ibrahim Ali. Pertamanya ketika membaca ulasan Allhyartam Rustam Sani.

Entahlah tiba-tiba saya rasa malu dengan pemimpin Melayu seperti ini. Saya sendiri bagaikan tidak percaya bagaimana orang seperti ini boleh dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) satu masa dahulu.

Tuan doakan saya dapat menulis mengenai dua karektor anekdot ini iaitu Ibrahim Ali dan Ezam - 2x5!