Friday, July 20, 2007

Balas Roslan

Masih Ada Kelemahan di Kelantan

MSO

"Demi masa sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaat kebenaran dan nasihat menasihati menetapi kesabaran!" - al 'Ashr.

TERLEBH dahulu saya susun jari sepuluh pohon maaf kerana menulis rencana ringkas ini sebagai responds kepada tulisan “sablog” (sahabat blog) saya Roslan MS di dalam blognya yang diposting pada 18 Julai lalu. Tentunya sedikit sebanyak tulisan ini memberi sedikit info yang kurang baik.

Bukan ada niat tidak baik tetapi sekadar dijadikan renungan bersama untuk bermuhasabah diri, mempertingkat keimanan serta membetulkan apa-apa amalan dan niat yang tidak betul. Tidak boleh elak kalau kita memukul ular tentu tanah sedikit sebanyak akan lekuk kalaupun kayu tidak patah!

Roslan yang akhir ini rajin menghubungi saya, istilah politiknya memesrakan hubungan diplomatik, mempersoalkan Najib Razak yang mendakwa Malaysia negara Islam dan bukannya negara sekular. Bukan saja Roslan tatapi ramai yang menafi dan tidak terjumpa apakah Islam dari segi kenegaraan dan politiknya serta tuntutannya sebenarnya seperti disebut Najib itu.

Banyak hujah dan alasan untuk kita menolak Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Perlembagaan Malaysia sendiri sangat lemah dalam mentaarif dan menerima pakai Islam sebagai cara hidup dan konsep bernegara di Malaysia ini. Perlembagan hanya menyebut Islam sebagai agama di negara persekutuan ini bukannya cara hidup yang diguna pakai sepenuhnya dalam mentadbir negara ini.

Naif dan lemah

Jelas semangat perlembagan ini tidak meletakakan Islam sebagai sebuah agama yang syumul sesuai dengan tuntutan Nabi Muhamamd dan juga kehendak Allah. Dalam hal ini menjelaskan betapa naif dan lemahnya umat Melayu negara ini kerna gagal medaulatkan agama mereka.

Mungkin kerana kelemahan dan ‘kedayusan’ inilah maka Pas beriya untuk mengambil alih pemerintahan Malaysia dan melaksanakan di dalamnya pentadbiran mengikut cara-cara Islam.

Demikian realiti mengenai Malaysia, lantas itu Roslan membandingkan dari segi politiknya, Islam di Kelantan nampak lebih jelas, terang dan kemas. Beliau lalu menurunkan beberapa hujah (pendapatnya + huraian yang saya percaya beliau dapat input daripada orang Kelantan atau disaksinya sendiri dari jauh) seperti katanya di sana tidak ada kelab malam, kedai arak, kedai nombor ekor dan sebagainya.

Sebaliknya Kelantan menurut Roslan mengadakan program Islam seperti sembahyang terawih, menganjurkan bulan sembahyang, ihya Ramadhan dan bermacam-macam kempen lagi. Semua itu benar belaka dan itulah identiti dan juga ikon kepimpinan ‘Tokguruku’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak 17 tahun lalu.

Sejak mulai naik kerusi MB, itulah yang Tok Guruku lalukan. Mengajak manusia menjadi baik, membimbing anak buahnya; pemimpin parti, wakil-wakil rakyat, ahli-ahli Exco dan pegawai kerajaan agar menjadi baik. Kalaupun tidak dapat memenuhi standard kriteria yang dimiliknya namun kiri-kirinya pun jadilah.

Maka menjadi amalan rutin Tokguruku sebelum memulakan kerja didirikan dahulu solat hajat. Meminta berkat dan mendoakan agar terhidar daripada membuat keputusan berat sebelah, terhidar daripada menerima suapan ataupun bersubahat dalam perkara tidak baik, ataupun terhindar daripada membuat nyanya kepada seseorang.

Pulangkan wang

Tokguru juga mengajar untuk tidak mengambil dan menerima hadiah, cenderamata dan bersedia memotong dan mengembalikan eluan keraian yang diperuntukan kepadanya ke dalam tabung perbendaharaan negeri.

Pendeknya semua Tokguruku ajar melainkan menyuruh anak buahnya berkahwin dua (poligami) atau menambah orang rumah. Poligami belum disenaraikan sebagai polisi kepimpinan Tokguruku. Pun begitu beliau tidak menghalangnya. Pernah seorang bekas wakil rakyat cabuk yang berhajat menambah teman tidur (sorry isteri) beliau bantu keperluan kewangannya dengan menghulurkan sedikit wang.

Tetapi sejauh manakah anak buahnya menuruti perangai dan alaman rutinya itu? Walahualam... tepuk dada tanya selera. Misalnya di pejabat beberapa Exco ada ternampak sejadah cantik tetapi kurang pasti pula apakah mereka solat hajat setiap hari seperti Tokguruku! Kalau saya menceritakan lebih-lebih pula takut timbul fitnah yang ke 47 ke atas saya yang naif dan fakir ini.

Di sini apa yang hendak saya pertikaikan ialah, berhubung dengan tanggapan sdr Roslan tadi. Apakah cukup Islam itu dibangunkan atas dasar politik saja dan bukannya pratikal sesunguh-sungguhnya. Apakah di Kelatan itu sudah sempurna setakat tidak ada kedai arak, judi dan sebagainya. Sebagai permulaan mungkin ya, tetapi kalau untuk tempoh selama 17 tahun memerintah rasanya permulaan seperti itu tidak mencukupi.

Pada saya Islam bukan politik tetapi amalan dan pratikal. Ianya bukan setakat jasad saja tetapi rohani yang penting. Dalam hal ini kalau boleh dihuraikan, politik Islam itu adalah jasad saja (keazaman), sementara pratiknya itu adalah jasmaniahnya manakla kejujuran dan keikhlasan dalam mempraktikan itu adalah rohaniahnya.

Justeru dalam hal ini apa yang penting ialah kekuatan iman ummah (rakyat) dan bukannya simbol (politik atau jasad) Islam itu. Jasad Islam tidak penting tetapi yang pentingnya ialah jasmaniahnya dan rohaniahnya. Kerana kalau kekuatan ummat tidak mantap maka syariah Islam itu sendiri tidak wujud dengan sesempurnanya.

Kelantan sudah berjaya

Di Kelantan dari segi tanggungjawab politik, (jasad Islam) kerajaan sudah berjaya. Misalnya perjudian, penjualan ekor, hiburan terbuka; rumah urut dan pelacuran tidak ada. Tidak ada (secara terbuka) kerana tidak diberikan lesen. Dari segi tanggungjawab politik dan kerajaan Pas Kelantan sudah terlepas dari tanggungjawabnya.

Namun reraliti hari ini siapa berani menafikan segala gejala maksiat dan jahat itu tidak ada! Kalau boleh disebut apa yang berlaku di Jalan Seri Cemerlang, Kota Bharu cukup untuk mengugahkan kita hendak memuji Kelantan. Seperti dikatakan tadi saya tidak bercadang untuk menghuraikan kerana ia boleh menimbul persepsi lain.

Tegasnya jasad Islam di Kelantan sudah ada tetapi pelaksanaannya (rohani) masih boleh dipersoalkan. Kelantan masih belum boleh diistyharkan sebagai Islam sepenuhnhya kerana masih ada gejala-gelaja jahiliah itu. Islam tidak akan mencapai ke hakikatnya kalau elemen-elemen luaran tadi masih wujud jauh sekali untuk membolehkan kita meenerima Kelantan sebagai baldatunthayibbahwaburafur.

Seperkara lagi apa yang perlu dilihat dan diberi perhatian oleh Tokguruku di Kelantan ialah
mempastikan Islam dipraktikan sepenuh di kalangan pemimpin terlebih dahulu. Apa yang berlaku kini, ada setengah pemimpin hanya turut bercakap mengenai Islam namun dari segi amalannya sanggat naif sekali.

Setengahnya tebal dengan serban dan labuh dengan jubah tetapi iman sangat nipis sehinggakan ternampak perbuatan-perbuatan menjolok mata yang mereka lakukan jauh dari rakyat atau di luar Kelantan.

Makanya masih ada celah dan ruang yang jelas mengenai kecacatan pada pelaksanaan Islam di Kelantan. Bagaimanapun saya setuju dengan pandangan Roslan, meskipun masih belum sempurna, dari aspek politik Kelantan lebih Islam berbanding dengan negeri-negeri lain (Malaysia) yang menerima pakai Islam Hadhari sebagai slogan.. [the mall]

No comments: