Friday, July 6, 2007

Jangan Marah Kawan

Menanti Detik 7.07 pagi 7.7.07 Yang Palsu!

MSO

KIRA-KIRA 7 jam 7 minit lagi (kini jam 00.00) merupakan detik dan ketika yang ditunggu-tunggu oleh sejenis golongan manusia. Mereka tidak sabar menanti detik keramat berkenaan. Ataupun di kala ini mereka sudah jauh dibuai mimpi menyaksikan sesuatu majlis di alam fantasia yang didodoikan oleh para bidadari dari syurga loka.

Detik itu dikira keramat dan bakal membawa satu momenton baru kepada negara ini.

Kononnya pada detik itu nanti jawatan Perdana Menteri Malaysia akan bertukar tangan di mana Abdullah Ahmad Badawi akan jatuh dengan penuh kehinaan sekali. Serentak itu akan naiklah seorang tokoh bangsawan mengambil alih takhta demokrasi berkenaan, selaku Perdana Menteri Malaysia ke-6.

Orang bertuah itu ialah Tengku Razaleig Hamzah. Semuanya bunyi dalam mimpi saja. Namun keajiban ini sudah lama dijual dan dijaja oleh pihak tertentu di kedai kopi ataupun di starbuck-starbuck. Saya sendiri pernah menulis dalam kolom “Antara Kita” di Malaysia-today.net mengenai perkara ini.

Ia merupakan satu teori yang direkacipta begitu rupa sekali. Dalam tulisan kira-kira sebulan lebih lalu saya menambah, perubahan sisem pemerintah menurut teori itu akan berlaku tepat pada pukul 7.07 pagi pada 7.7.07.

Menurut kepercayaan dan psywar segelintir manusia tidak ada kerja itu, pada detik tersebut ahli Parlimen Gua Musang itu akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, dengan disaksikan oleh tujuh orang Mufti. Terlupa pula untuk disebut, bahawa apakah akan berlaku tembakan meriam sebanyak tujuh das sebagai menandakan bermulanya era baru dan berakhirnya era lama.

Masa terus berlalu dan detik itu akan sampai juga. Terasa tidak mahu tidur kerana ingin menunggu ramalan itu. manalah tau kalau ianya menjadi kenyataan...

Menjaja teori

Bagaimanakah lagaknya orang yang bertanggungjawab mencipta dan menjaja teori berkenaan? Apakah mereka benar-benar mempercayainya atau sekadar candaan politik bagi mengisi masa terluang sementara menanti menteri turun?

Yang jelasnya malam ini Tengku Razaleigh boleh nyenyak tidur bukan kerana esok dia akan bangun untuk mengangkat sumpah, tetapi dia sendiri tidak percaya kepada teori berkenaan. Walaupun beliau mengimpikan untuk menjadi Perdana Menteri namun teori itu karut baginya.

Nampaknya Tengku Razaleigh lebih realistik berbanding dengan para penyokong atau orang-orang yang mahu berlindung di bawah bayangan politiknya dan mengakui sebagai pedondang sayang bagi melenakan dan melunakkan anak Raja Kelantan itu dengan harapan dikurniakan secebis kueh di petang hari bagi mengalas tenguk yang haus.

Mengenal hal ini nampaknya tukang ramal, pendokong kepada tokoh tertentu, sudah gila dan mamai. Kalau mereka mengatakan Abdullah sudah pelik dan ganjil atau nyanyuk, maka merekalah sebenarnya lebih nyanyuk kerana mempercayai akan perkara yang tahyul itu.

Kalau broker atau pun pencacai politik sudah nyanyuk sudah hilang akal dan bercakap merapu sepanjang masa dan tidak melihat kepada realiti, apalah nak jadi dengan negara ini. Sudahlah PM dikatakan asyik tidur dan seronok bercakpa fasal bini baru, namun para pencacai juga lebih kurang Abdullah saja.

Dan sekiranya pencacai dan broker politik itu ikhlas dan berpijak di bumi nyata. Kalau sekadar berterosi atau memburukkan Abdullah, bukan saja harapan mereka untuk menaikan Tengku Razaleigh ghaib wal ghuyub, tetapi cara itu juga menyebabkan kedudukan Andullah Ahmad Badawi sebagai kemas dan kukuh. Apakah mereka berbuat begitu sebenarnya kerana ingin mengukuhkan kedudukan Abdullah? [00.00mlm]




No comments: