Wednesday, July 11, 2007

Sayang Kelantanku...

Jihad Ternak Jadi Jihad Benak

Siri 4

Hancur Diserbabkan Tidak Sama Niat dan Tujuan

"Dan bagi orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan mesyuawarah antara mereka dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. - As Syura, 38.

SEJAK awal lagi saya sudah melihat projek pemeliharaan dan pembiakan kambing Jamnapari (Jihad Ternak) diadakan dalam keadaan tergesa-gesa tanpa perancangan yang lengkap dan ideal. Ekoran terdengar desas desus bahawa pilihan raya kemungkinan akan diadakan dalam masa terdekat, Husam mahukan projek itu dilaksanakan segera. Beliau mahu jadikan projek itu sebagai modal kempen pilihan raya.

Hasrat dan keinginan Husam ini tidak dapat difahami oleh Mohd Amin yang berfikir secara business mainded. Mohd Amin mahu projek berkenaan berkembang maju dan meletakkan Kelantan sebagai pusat pemeliharaan dan penternakan kambing yang terkenal. Beliau akan menggunakan kepakarannya di dalam bidang itu bagi membantu Kerajaan Kelantan.

Sebagai ahli perniagaan Mohd Amin berfikir secara panjang dan mengira keuntungan demi keuntungan di samping ia boleh membantu masyarakat luar bandar dan mereka yang kurang berkemampuan di Kelantan. Projek berkenaan yang dilaksanakan secara programme buy back (beli kembali) itu dapat membantu meringan beban rakyat miskin.

Tak payah jaja

Menerusi program ini mana-mana anak kambing yang lahir akan dibeli semula oleh Jihad Ternak. Dalam hal ini Jihad Ternak akan bertindak menjadi pembekal dan secara tidak langsung program ini membantu perserta menjual balik dan mendapat hasil daripada kambing berkenaan. Para peserta juga tidak akan bersusah payah untuk menjaja bagi menjual anak-anak kambing mereka.

Tetapi rancangan itu berjalan sekerat jalan saja. Niat dan cita-cita Mohd Amin itu (yang dirancang pada awalnya) berubah dan bertukar arah kerana pihak Akademi atau Husam lebih melihat ianya sebagai projek politik semata-mata. Husam sendiri pernah menyebut secara tidak langsung, projek itu kalau berjaya 40 peratus pun sudah dikira berjaya. Kerana berpegang kepada kata-kata Husam itu saya terus menjadi was-was mengenai kejayaan dan usia projek berkenaan. Saya bimbang Mohd Amin akan tertipu dalam hal ini dan projek berkenaan akan menjadi gajah putih!

Tawar dan hambar

Menyedari ini saya memberi tahu Mohd Amin agar berhati-hati dan tidak begitu excited sangat dalam membekalkan kambing atau keinginan untuk melihat projek itu berjaya. Satu masa saya sudah meminta beliau memperlahakan pembelian (stop) kambing memandangkan minat orang di Kelantan sudah tawar dan hambar.

Namun peringatan itu tidak diharaukan dan projek itu diteruskan juga. Mohd Amin terus membeli kambing di Indonesia dan membawa pulang ke Malaysia. Alasan Mohd Amin projek itu berpotensi besar untuk membangun Kelantan dan mencapai hasrat yang dimimpikan menjadikan Kelantan sebagai Negeri Kambing. Beliau sendiri begitu sayang kepada projek berkenaan.

Saya sendiri tidak ada apa-apa kepentingan dalam projek ini! Tugas saya hanya selaku orang tengah yang disebut Husam sebagai consultan saja, sewaktu makan di gerai kambing Abang Nor Kampung Paloh, Wakaf Baru. Jadi bagi saya kalau projek itu tidak untung atau menghadapi masalah saya tidak mengalami apa-apa kerugian. Mohd Amin dan pihak Akademilah yang akan menanggung risikonya kelak sementara kesan buruknya kepada Kerajaan Kelantan. Namun jauh di sudut hati saya mahu melihat projek berkenaan sukses kerana ia memberi markah tinggi kepada Kerajaan Kelantan.

Setelah menyedari perjalanan projek itu tidak selancar air mengalir dari parit bersih menyebabkan saya tidak menghiraukannya. Saya tidak begitu mengambil berat dan bercakap hanya apabila ada orang memperkatakannya saja. Misalnya apabila ditanya oleh Mohd Amin baru saya masuk campur.

Apabila Mohd Amin ada menyuarakan masalah kelambatan bayaran kerana itu menyebabkan beliau terbantut untuk membeli kambing baru saya peduli. Atas dasar kenal Husam dan Husam pula mentor kepada projek itu maka saya meminta Husam agar menyelesaikan masalah itu secara baik. Tidak silap lebih dua kali saya menyampaikan perkara itu secara penuh diplomasi kepada Husam.

Kali pertama semasa menghantarnya ke LCCT, (AirAsia) kedua dalam perjalanan pulang dari Temerloh dan Mentakab selepas menghadiri mesyuarat agung Pas kedua kawasan itu dan ketiga ketika makan di restoran Jepun di hotel Panpacific, Kuala Lumpur.

Tidak dilayan

Sayang jasa baik saya ini tidak dilayan sama sekali. Bayaran tetap juga tidak dibuat kepada Mohd Amin. Berbagai alasan yang digunakan. Satu masa pihak Akademi, (Zulkefli Yaacob) mengatakan chek akan dibuat minggu hadapan. Namun itu semua hanya janji kosong sahaja. Walahal pihak Husam dan Akademi sudah minta agar Mohd Amin mengurangkan harganya sehingga RM100 ribu.

Kali terakhir penyelesaian dicari ialah sebelum Muktamar Agung Pas awal Jun lalu. Saya telah membawa Mohd Amin dan rakan kongsinya Fauzi ke pejabat Husam di SUK untuk bertemu dan berbincang dengannya. Malangnya Husam waktu itu sedang mesyuarat menyebabkan tidak sempat melayani Mohd Amin yang kebetulan pulang harus segera ke airport.

Fauzi sempat berjumpa dengan Husam dan berbincang. Husam membuat arahan lisan agar menemui Zulekfli kononnya bagi menyelesaikan perkara itu. Malang sekali lagi apabila Fauzi menemui Zulkefli, Zulkefli memberi berbagai alasan lain pula, bayaran tetap ditangguhkan.

Sebenarnya saya sudah membaca apakah natijah dan maksud yang berlaku itu. Tujuannya tidak mahu membayar hutang halal berkenaan. Dalam hal ini bagi Husam beliau sudah tidak berminat untuk menyambungkan projek itu dengan Mohd Amin lagi. Kerana beliau tahu kalau ia diteruskan ia akan membebankan Kerajaan Negeri, sedangkan tujuannya sudah tercapai.

Jadi untuk menyelesaikannya beliau mengambil jalan tidak popular dan memberi kesan hitam kepadanya iaitu berdolak dalih, enggan berunding serta mengambil sikap seolah-olah lepas tangan. Husam bertindak bijak di dalam hal ini dengan menjadikan Zulkefli sebagai Jamnapari tunggangannya!

Kenapa berbohong

Apa yang mengilankan Mohd Amin dan saya juga ialah kenapa berbohong dalam soal ini. Kenapa berdolak dalih. Sikap inilah dikesalkan kerana kesemua mereka yang terlibat dengan projek berkenaan bergama Islam dan hafal mengenai sifat-sifat dan tahu tanda-tanda orang munafik. Kepada Husam saya sungguh tidak sangka seorang yang amat berpegang kepada prinsip Keadilan Islam, tetapi sanggup bersikap begitu!

Sebagai seorang ahli kitab Husam tahu akan prinsip Keadilan di dalam Islam. Keadilan Islam tidak boleh dipolitikkan. Matlamat menghalalkan cara tidak berlaku di dalam Islam. Halal tetap halal, haram tetap haram dan ianya tidak boleh dihalal dan diharamkan atas tujuan dan alasan apa sekali pun.

Kesimpulannya daripada apa yang berlaku itu dapat saya simpulkan bahawa, masalah itu sengaja ditimbulkan. Bukan soal mahal atau murah. Sebagai perniagaan yang mempunyai surat perjanjian tidak timbul soal Mohd Amin hendak menipu Akademi Pembangunan Keluaraga Bahagia dan sebaliknya. Kalau keduanya telus dan adil boleh dirujukkan kepada deraf perjanjian itu dengan semangat muhibah sebagai saudara sesama Islam.

Atau mereka boleh berunding walaupun beberapa kali. Islam sangat menggalakan perundingan atau bermesyuawarah. Dan apa lagi Pas sebagai parti Islam sangat menggalakkan apa juga masalah diputuskan secara bermesyuarawah dan bukan secara politik. [the mall 7:55]

No comments: