Saturday, July 14, 2007

Reaksi

Masih Ada Perkara Yang Lebih Besar Daripada Rokok

MSO


MURSYIDUL Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat begitu bersungguh untuk melahirkan pemimpin yang bersih serta suci zahir dan batin. Beliau memberi perhatian daripada perkara sekecil-kecilnya hingga kepada perkara yang sebesar-besarnya. Inilah pemimpin yang boleh dinobatkan sebagai kelas nombor wahid.

Hakikat keseriusan dan keperihatinan beliau ini boleh dilihat pada setiap stail dan juga persekitaran hidupnya. Kehidupannya begitu ringkas (tawaduk dan zuhud) serta tidak berprotokol. Manakala beliau juga istiqamah dengan amalan atau ritual agamanya.

Misalnya beliau senantiasa mengekalkan stail dan juga tugasnya sebagai da’i. Di mana-mana saja beliau berada beliau berdakwah dan berkempen agar manusia takutkan Allah, menerima syariah Muhammad s.a.w. dan mengamalkan perkara yang baik.

Biarlah di mana beliau berada; dalam syarahan politik, ucapan rasmi Kerajaan ataupun mesyuarat parti, peluang itu tidak akan di ketepikan untuk berdakwah. Nik Aziz seorang yang konsisten di dalam menjaga amanah dan tangungjawab dan amanh Allah.

Masih diingat semasa merasmikan bangunan Pas di Jalan Raja Laut tidak lama dulu, banyak orang tidak senang dan teruja dengan ucapannya pada petang itu.

Tersasau dan meleset

Apa yang diharapkan oleh kolongmerat Pas Nik Aziz akan bercakap pasal kehebatan Pas dan juga kejayaan golongan profesional ‘membangunkan’ bangunan Pas berkenaan. Namun harapan akan terluah pujian daripadanya tersasau dan meleset apabila beliau menggunakan majlis yang turut dihadiri Penasihat Keadilan, Anwar Ibrahim itu untuk bercakap pasal agama sehingga menjadikan majlis petang itu sebagai kuliah zuhur.

Dan terbaru dalam usaha mensuci dan meletakkan Pas sebagai parti yang berbeza dengan Umno, beliau telah mengeluarkan ‘fatwa politik’ yang agak merujakan juga para pemain politik. Fatwa itu berbunyi sesiapa yang merokok tidak akan dipilih sebagai calon Pas pada masa akan datang.

Medengar fatwa itu mungkin wakil rakyat seperti Husam Musa, Kamaruddin Jaafar atau para penyelia DUN yang tidak merokok merasakan mereka selamat akan dipilih menjadi calon. Jadi bagi pusingan pertama mereka yang tidak merokok ini nampaknya sudah menang.

Mungkin Umno ketawa dengan fatwa politik Nik Aziz itu. Itulah keunikan dan ketebalan iman (syumul) Nik Aziz kepada Islam. Mungkin apa yang dilakukan Nik Aziz itu tidak terbuat malah terfikirpun oleh Abdullah Ahmad Badawi.

Nescaya kalau BN meletakkan syarat itu, mungkin sebahagian besar wakil rakyat BN sekarang kena berhenti kerana mereka bukan saja merokok tetapi turut menghisap ceruk yang harganya beratusan ringgit sebatang.

Biarpun Umno atau BN akan ketawa dan gelak dengan fatwa itu, namun kita kena puji dan sanjung langkah Tok Guru itu. Selepas ini kita tidak mahu saksi lagi ada wakil rakat yang melecur telapak tangan kerana menggengam rokok semata-mata nak elakkan dari diketahui oleh Tok Guru. Kejadian ini berlaku dalam satu majlis di Kelantan.

Bagaimana pun dalam hubungan ini ada sedikit yang hendak dimaklumkan kepada Tok Guru, selain soal rokok masih ada soal-soal yang lebih besar daripada itu yang perlu dipantau dan diambil kira. Bahkah perkara ini besar tetapi ia mungkin tidak nampak kerana ianya tidak berbau dan tidak berasap. Kalau merokok itu kerana tabiat tetapi yang satu ini berjasad sifat – perbuatan yang seni!

Kalau rokok itu makruh atau haram, tetapi yang satu ini lebih teruk. Ia boleh menjejaskan pembangunan Islam yang dilaksanakan Tok Guru selama ini. Kelakuan yang satu ini sangat buruk dan tercela di sisi agama Islam, ianya bukan terbiat tetap sifat.

Politik Machiavellism

Apa yang dimaksdukan ialah perbuatan tidak menempati janji, bersifat hipokrit ataupun terlalu mengamalkan politik Machiavellism – matlamat menghalalkan cara. Tanpa disedari bahawa sudah wujud di kalangan Pas hari ini bersifat demikian dan ini boleh menjejaskan Pas sebagai parti Islam. Tidak seharusnya ada pemimpin Pas memilik sifat terkeji ini.

Pada hemat saya, soal ini lebih besar daripada soal merokok tadi. Kalau merokok tadi ia boleh menjejaskan kesihatan dan memburukan alam sekitar, namun perbuatan mungkir janji, bersikap hipokrit ataupun tidak bertanggungjawab kepada sesuatu yang dilapazkan ataupun suka mengatakan orang di belakang ia boleh merosakan seluruh sistem ‘amal makruh nahi bil munkar’ yang diterapkan oleh Pas selama ini.

Perlu diingat parti Pas bukan seperti Umno. Pas adalah kombinasi dua matlamat siasah dan dakwah. Siasah Pas harus bersendikan perinsip dan nilai dakwah itu. Konsep ini jangan sampai lupus dan hancur. Kalau ia sudah hancur maka Pas akan jadi sama dengan Umno.

Mungkin Tok Guru sukar untuk melihatkan perbuatan oleh sesetengah orang yang berada di sekelilinginya. Ia juga berlaku kepada orang yang dilihat mendapat kepercayaan Tok Guru. Mungkin kerana Tok Guru sering digula-gulakan dan ditabirkan dengan kehebatan profesional, menyebabkan mata Tok Guru jadi berpinar biji mata.

Sesuai dengan larangan merokok itu, maka elok kalau tok Guru turut sama memasukan perkara tadi sebagai pra-syarat untuk menjadi calon Pas pada pilihan raya akan datang. Ingatlah tidak guna mereka dan Pas menang, kalau hasil kemenangan itu nanti yang diusahakan oleh orang ini yang disifatkan sebagai Umno kerana ia akan menjadikan Pas lebih kurang sama saja dengan Umno.


No comments: