SEKALIGUS pertukaran portfolio antara Abdullah Ahmad Badawi dengan Najib Razak untuk jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan memperlihatkan keikhlasan Abdullah untuk mengangkat Najib sebagai Perdana Menteri. Pertukaran itu juga sebagai persiapan kepada Najib untuk berlatih mengira dan mengenali not-not wang negara asing.
Petukaran itu juga membayangkan Abdullah bersedia memenuhi impian dan angan-angan Najib untuk mengambil alih tempatnya sebagai Perdana Menteri.
Najib tentu gembira dengan apa yang berlaku secara tiba-tiba itu dan seolah yang bulat datang menggolek dan yang leper datang melayang itu! Yalah Menteri Kewangan merupakan meteri paling berprestej dan glamour. Ditangan menteri itulah terletaknya karung dan guni kewangan negara.
Najib juga diberikan jawatan Pengerusi Khazanah Negara. Kedudukan itu meletakkan Najib sebagai pemegang segala khazanah dan seluruh kekayaan negara baik yang beku atau cair.
Peralihan itu juga semacam menampakkan Abdullah mengakui akan kelemahan beliau dalam menjana ekonomi negara. Peralihan itu mengesahkan apa yang dilemparkan kepadanya, jahil mengenai ekonomi dan buta untuk mencari wang kepada negara. Beliau seakan mengakui akan kelemahan itu dan bersedia memberikan kepada mereka yang lebih layak dan bernafsu untuk merangkulnya.
Dalam hal ini saya ada pandangan lain mengenai diri dan politik Perdana Menteri ini. Pada saya apa yang beliau lakukan itu bukan proses memberi pengalaman atau kenaikan pangkat kepada Najib, tetapi ia satu perangkap kepada timbalannya itu. Pertukaran hari ini bukan suka sama sukar seperti dipamerkan tetapi Najib terpaksa menerimanya. Harapnya Najib tidak silap dalam mentafsirkan ini.
Apa yang mungkin terselimut di sebalik hati Abdullah ialah beliau mahu rakyat mengetahui sejauh manakah kemampuan Najib menjana ekonomi negara. Kantung kewangan negara kini kering kontang. Perkembangan dan pergerakan ekonomi lembab. Apakah dengan suasana ini Najib dapat mengubah dan menambah kantung kewangan negara?
Pada Abdullah mungkin Najib tidak akan dapat melakukan sesuatu untuk merancakkan ekonomi negara. Dengan ilmu yang sedikit sudah pasti Najib tidak dapat melakukan apa-apa yang lebih baik daripadanya. Najib pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan satu masa dulu. Pengalaman itu sangat cetek untuk Najib terjun ke lautan ekonomi yang bergelora.
Jadi apa yang Abdullah hendak tengok ialah kegagalan Najib kelak. Kegagalan itu pula akan menjadi senjata kepada Abdullah untuk melihat Najib mati secara beragam dengan angan-angan besarnya.
Saya nampak dalam hal ini Abdullah mahu memberi peluang kepada Najib melakukan sesuatu. Apakah beliau berbakat dalam hal kewangan dan ekonomi atau tidak? Abdullah ada alasan sendiri untuk menjadi PM bukan saja memerlukan kepada kesegakkan tubuh badan tetapi kecerdikan otak serta sifat-sifat lain lagi yang tidak kurang pentingnya.
Sepatah kata Abdullah dalam memancing dan mencabar Najib, sekiranya prestasi Najib bagus mungkin beliau akan berundur awal. Mungkin pancing itu dimakan dan ditelan Najib dengan penuh keazaman dan lahap. Tetapi dalam suasana hari ini - dengan kemelesetan ekonomi global apa yang Najib mampu lalukan?
Di sebalik pertukaran yang berlaku hari ini saya juga nampak Abdullah mahu apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim dulu berulang kepada Najib. Anwar semasa menjadi TPM juga menjadi Menteri Kewangan. Kementerian berkenaan menjadikan Anwar lupa daratan dan membina kekuatan politiknya. Amalan kronisme dan nepotisme wujud ketika itu. Akhir apa yang berlaku ke atas Anwar dengan kedudukkan itu; beliau menjadi seperti bawang yang ditimpa oleh jambaknya.
Jadi pertukaran yang dianggap ikhlas oleh Najib mengenai portfolio itu bukan sesuatu yang boleh dibanggakan Najib. Para langau Najib tidak perlu memikirkan yang bukan-bukan dengan kedudukan dan kuasa terbaru Najib itu. Sebab kalau tidak kena gaya kuasa baru yang dijabati hari ini akan membawa Najib ke lembah yang curam dan dalam!
Sementara itu pengambilalihan jawatan Menteri Pertahanan itu mungkin disebabkan Abdullah sudah sedar apa dilakukan Najib dengan kementerian itu. Penggunaan Military Intelligent Organization (MIO) oleh Najib untuk kepentingan poltiknya mungkin membimbangkan Abdullah. Jadi sebelum pagar memakan padi elok kalau beliau mengawal sendiri kementerian berkenaan dan biarlah MIO melaporkan semua perkembangan mengenai keselamatan dan politik negara kepadanya seorang saja tanpa berkosngsi dengan orang kedua. [wm.kl 6:00 pm 17/09/08]
2 comments:
Salam MSO dan pembaca sekalian.
Rombakan kecil kabinet Paklah selepas DSAI gagal mengambil alih pemerintahan dari BN.
2.Menteri Kewangan dalam tangan DS Najib,jika kita ambil contoh DS Najib pegang FELDA yg banyak duit,kini dikatakan berkurangan amat sangat dari RM3.5 billion kepada RM 1.5 Billion saja.Apakah itu tanda sesuatu yang baik? Pikirlah sendiri...kata Nabil.
3.Satu lagi perubahan yang berlaku ialah SAPP keluar BN.
4.Yang membimbangkan ialah 'tuduhan' Paklah terhadap musuh politiknya DS Anwar sebagai pengancam keselamatan negara,satu tuduhan yang sangat berat dan boleh saja disimpan/dikurung di dalam reban ISA.
5.Jika demikian tindakan BN menggunakan ISA untuk musuh politiknya,maka berkuburlah demokrasi..betapa sedihnya kita kembali ke zaman 'gelap' berakhirnya kematangan..Kerakusan kuasa mampu membunuh 'kemanusiaan'
6.Jika ISA beterusan digunakan untuk membunuh musuh politik, saya dianatara jutaan rakyat malaysia yang hiba menerima beritanya..!
afja02.
SAYA SETUJU DENGAN MSO DALAM HAL INI. NAJIB JANGAN NAK SYOK SENDIRI, SEBENAR BALA BESAR MENANTI DI HADAPAN. KERNA DESAKAN PERALIHAN KUASA OLEH AHLI-AHLI DALAM KERAJAAN MAKA GAMAKNYA DOLLAH NAK BAGI SEMUA TENGOK SENDIRI KALAU2 NAJIB LEBIH BAIK TADBIR DUIT DARIPADA DIA. NAJIB YANG LEBIH TERKENAL DENGAN ISU KORUP DENGAN BEBERAPA TENDER BESAR KERAJAAN 'DIHIDANGKAN' PULA DENGAN PETI DUIT NEGARA EMMMM!!! HABISLE...
TAPI MUJUR KEMENTERIAN PERTAHANAN PINDAH KAT DOLLAH. KITA TAHU ROSMAH MANSUR ADA BANYAK KEPENTINGAN DI ATM APA PROJEK YANG DIA TAK TERLIBAT KAT SITU. SAMPAI BANYAK SYARIKAT LAIN YANG BERKELAYAKAN TERPAKSA DITOLAK KETEPI OLEH ATM GARA2 NAK MELAYAN KEHENDAK ROSMAH. ITU AGAKNYA YANG DOLLAH TAK BAGI NAJIB TERUS KONTROL KAT SITU.
NAJIB NAK MENJANA EKONOMI NEGARA? NAJIB DALAM HUBUNGAN DENGAN PELABUR LUAR SUSAH SIKIT KITA NAK YAKIN. TAMBAHAN DLM KES GADIS MONGGOLIA TU NEGARA LAIN TENTU PANDANG SERONG KAT NAJIB.
AKU PERCAYA DOLLAH SEBENARNYA NAK BAGI KITA SENDIRI TENGOK BAGAIMANA NAJIB TERSUNGKUR KEBUMI.
TAPI APAPUN BAGI KITA, JALAN TERBAIK SEKARANG IALAH KITA BAGI KAT DSAI YANG JADI PM DAN 'TAKE OVER' SEMUA PENTADBIRAN NEGARA NI.
SEBELUM KANTUNG DIUT NEGARA DINGAP OLEH BUAYA-BUAYA NI...OK!
Post a Comment