BANYAK kawan-kawan Murai bertanya perihal Murai, kenapa tak berkicau sehari dua ini. Apakah kerana cuaca tidak menentu, kekandang panas kekandang hujan maka Murai murung dan tidak ada mood untuk berkicau.
Si ciak rumah, ciak padi, ciak hutang, ciak kepala putih dan lain-lain tidak habis-habis bertanyakan Murai. Risau juga Murai dibutanya. Katanya tak sedaplah kalau Murai tidak berkicau, setiak-tidaknya gurauan Murai dapat menghiburkan hati.
Serba salah jadinya dengan pertanyaan ini. Kalau berkicau asyik membaham si Salentia saja tak syok juga. Sudah naik mual anak tekak bila sebut Salentia. Lagipun ramai juga kekawan tidak boleh dengar nama Salentia, alergik jadi muntah dan tubuh jadi berbintik-bintik dan gatal. Itu baru dengar nama kalau bersentuhan lagilah bahayanya.
Kerana itu Murai dinasihat supaya jangan sebut Selantia acap sangat, lagipun ia membazir masa dan ruang. Salentina bukan fenomena untuk disebut-sebut begitu kerap.
Dalam tercari-cari akal untuk menjawab itu kebetulan ada orang mengatakan dia berpuasa daripada bercakap sesuatu. Secara tidak langsung idea ia memberi ilham kepada Murai. Maka untuk menjawab pertanyan kekawan tadi kenapa Murai lama tak bercakap ialah kerana Murai berpuasa - puasa cakap!
Ei... berpuasa! Bulan Ramdhan masih jauh lagi apakah Murai berpuasa sunat? Iya, Murai bukan berpuasa wajib bulan Ramdhan tetapi kerana berpuasa sunat. Sementara tubuh masih sihat dan rajin berpuasa, maka Murai berpuasa. Puasa sunat boleh buka. Maknanya Murai boleh bercakap bila-bila masa sahaja bila perlu nanti.
Puasa sunat (tidak bercakap ini) selagi tidak ada modal untuk bercakap. Bila sudah ada modal dan ada akal maka puasa pun boleh dibuka, ertinya boleh bercakap, komen itu dan ini seperti biasa. Tuduh itu dan ini seperti selalunya.
Jadi kepada kekawan jangan risau dan tak perlulah sms atau email tanya kenapa Murai tidak muncul-mucul. Bukannya apa melainkan kerana Murai berpuasa kerana ambil semangat orang yang berbuat begitu apabila sudah gelabah dan tidak dapat nak bercakap, maka eloklah kita berpuasa saja! Kan... lagipun ada pepatah mengatakan lebih baik kita diam daripada bercakap, apa lagi kalau bercakap yang bukan-bukan (mengarut).
Murai: Berpuasa kerana paruh sakit!
No comments:
Post a Comment