Sidang Dun Sudah Jadi Gila?
PERKEMBANGAN mengenai kekecohan dan keanihan yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak barang kali tidak boleh disifatkan ianya sebagai gila sebab semua yang ada dalam dewan itu waras belaka.
Buktinya kalau kesemua wakil rakyat di dalam Dewan itu gila atau hilang akal mereka tidak akan dibenarkan bertanding dalam pilihan raya umum lalu.
Secara logik dan amalannya mereka adalah waras sebab kalau mereka hilang akal kesemua mereka tidak akan dibenarkan bertanding. Sebab mengikut Perlembagaan negara mereka yang gila hilang kelayakan untuk jadi wakil rakyat.
Namun dengan kekecohan yang berlaku hari ini bolehkah kalau dikatakan kesemua mereka mulai gila sejak jam 6:00 pagi tadi dan semakin menjadi-jadi gilanya menjelang tengah hari ini! Bayangkan di dalam DUN Perak kini ada dua Spekaer, S Sivakumar, epeaker yang dilantik oleh kerajaan sebelum ini dan Ganesan, speaker baru yang dilantik sekejap tadi.
Dua persidangan juga berlaku. Satu persidangan dipimpin oleh S Sivakumar dan satu lagi dipimpin oleh Timbalan Speaker, Hee Yit Foong kemudian diganti Genesan setelah Genesan dipilih menjadi speaker.
Paling gila juga, Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang sepatutnya merasmikan sidang dewan jam 10:00 tadi terpaksa menunggu di bilik menanti di Raja sebelum mendapatkan isyarat untuk merasmikan sidang dewan.
Pertama kali berlaku dalam sejarah negeri Perak Sultan terpaksa menunggu untuk merasmikan sidang dewan kerana ada gangguan dan kekacuan. Selalunya apa yang berlaku orang ramai yang menanti ketibaan Sultan. Perkembangan seterusnya ditunggu. [jln pahang 12:45 am 07/05/09]
No comments:
Post a Comment