Thursday, May 21, 2009

Merawat Debaran

Semoga Esok Detik Mengakhirkan Pergolakan Politik Perak

KEPALA orang politik esok semuanya akan menghala ke Istana Keadilan di Putrajaya untuk mengetahui keputusan siapakah yang berhak ke atas kerusi Menteri Besar Perak yang kini menjadi rebutan antara Nizar Jamaluddin dengan Zambry Abdul Kadir.

Kira-kira jam 3:30 petang esok Mahkamah Rayuan akan memutuskan siapakah antara mereka berhak menjadi MB Perak. Mungkin malam ini kedua pihak atau penyokong masing-masing tidak habis berdoa, bersolat hajat dan sebagainya meminta agar keputusan esok berpihak kepada mereka.

Mungkin juga ada pihak yang menemui segala macam bomoh meminta bomoh menjampi serampah agar hakim berpihak kepada mereka.

Apapun keputusan esok bakal mencatat satu lagi keributan politik di Perak.

Sekiranya keputusan berpihak kepada Nizar bermakna Nizar dan anggota Exconya sekali lagi akan menerpa ke SUK untuk menduduki semula kerusi MB dan kerusi Exco masing-masing. Sekali lagi pula Zambry dan Exconya akan keluar dari bangunan itu seperti orang kalah judi.

Sebaliknya sekiranya mahkamah memutuskan Zambry sebagai MB, bermakna tidak ada apa-apa kekalutan yang bakal berlaku di SUK. Zambry akan terus kekal sebagai MB, dan Nizar dan exconya akan tersengih kekeringan gosi!

Apa yang jelasnya keputusan mahkamah esok dalam kemelut yang berselut hari ini ia tidak memberi apa-apa makna lagi. Tidak ada jaminan politik Perak akan reda dan tenang selagi DUN Perak tidak akan dibubarkan. Penghabisannya dan jalan penyelesaiannya DUN Perak kena bubar. Perjuangan atau membawa kes itu ke mahkamah hanya kerana ego masing-masing. Ia sama sekali tidak akan melendikkan politik Perak.

Sebab itu baik Nizar diistyarkan MB atau Zambry keduanya kena melakukan sesuatu untuk rakyat Perak dan politik Perak. Pengorbanan itu ialah dengan memohon perkenan kepada Sultan Perak supaya bubar DUN Perak. Keduanya kena berkorban demi rakyat dengan membuka pilihan raya lalu. Anggaplah sesiapa pun yang berkuasa sebelum diadakan pilihanraya sebagai tidak sah.

Nizar sudah mengatakan perjuangannya kini ialah untuk memohon perkenan Sultan bubarkan DUN. Beliau mahu jawatan itu bukan untuk kekal sebagai MB tetapi membolehkan dia mempunyai kuasa menasihati Sultan bubar dewan. Itu saja. Kalau Zambry berbuat demikian tentu Nizar tidak perlu bersusah payah membawa kes itu meminta mahkamah membuat pengistyharan.

Makanya sekiranya esok Zambry ditakdirkan diistyharkan MB, beliau juga harus mengambil keputusan sama. Zambry perlu sedar bahawa biarpuan seribu mahkamah berpihak kepadanya namun kedudukannya itu tetap akan tercemar dan dicela. Satu-satu jalan untuk Zambry memulihkan dirinya ialah ikut sama memohon perkenan Sultan bubarkan Dewan.

Semua pihak kena berani dan gentlemen untuk menyelesaikan pergolakan di Perak. Semoga selamat itulah doa dan harapan kita. [wm.kl. 9:30 pm 21/05/09]

1 comment:

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

Salam hormat!

Kadangkala jika diamati politik hari tidak ubah seperti kata dalam filem lakonan P.Ramli (maaf tajuk dah lupa) ada dialog dieja "arif mim nun wau" tetapi bunyinya sarkis,sebentar tadi secara tak disengajakan saya sempat menoton cerita doremi yang mengesahkan jebon (doremi bertiga) beriktiar bermacam macam cara mengunakan otak untuk mencari duit,ada masa pergi berniaga secara memaksa ala penyamun,ada cara memujuk sibuah hati untuk meminjam duit.

Tetapi yang agak releven dengan senario politik semasa ialah cerita nujum pak belalang yang mengambar skrin besar diluar istana untuk mengistiharkan kemenangan lepas satu mata kesatu mata akan kemenangan nujum pak belalang menjawab teka teki dimana pertaruhannya ialah kerajaan sebuah negeri (mungkin sama dengan Perak),pada satu ketika pak belalang telah berputus asa dan takut untuk berlawan kerana kehilangan punca sumber maklumat tipu dayanya (sama dengan UBN yang takut untuk bertanding di DUN Penanti).Tetapi atas dorongan semangat dari sultan yang mengatakan "jangan takutt.. lawann" akhirnya apa yang diteka olih pak belalang menjadi betul walaupun secara kebetulan belalang ada didalam gengaman sultan sharulnizam (bukan nama sebenar) lalu terpaparlah diskrin besar keputusan akhir,maka bersorak gembiralah akan rakyat jelata diluar istana terlonjak lonjak sehingga terlondeh kain dan ada pula mengaru garu kepala kerana tidak dapat mengira berapa jumlah 4+1=5. he...he...he...

Moralnya cerita ini ialah kewajaran Parti Pakatan Rakyat untuk diberi jumlah markah setelah beberapa kali menang didalam pilihan raya kecil sehingga menimbulkan ketakutan kepada para bomoh dan nujum untuk terus menasihati dan mengalakkan UBN bertanding lagi.....jadi fikir betul betul !