Saturday, May 2, 2009

Belasungkawa

Khairel Annuar Ujang Kembali Ke Rahmatullah

[kemaskini] 2:50 pm Jenazah Kahirel Annuar Ujang selamat dikebumikan di tanah perkuburan Country Home sekejap tadi.

Jenazah Allahyarham dibawa dari hospital Sungai Buluh ke kediamannya. Kira-kira lebih 300 orang telah menyembahyangi jenazah.

Menurut anak sulungnya Saiful Ramdhan ayahnya menghadapi masalah jantung malam tadi. Beliau dibawa masuk ke hospital setelah mengaduh sesak nafas. Pada siang ayahnya masih sihat dan tidak ada apa-apa tanda-tanda membimbangkan. 3:00 pm.

SELEPAS Subuh tadi saya menerima berita dukacita, seorang sahabat Khairel Annuar Ujang, 57
(foto) telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 6:00 pagi tadi. Menurut isterinya, Norlela Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di hospital Sungai Buloh.

Khairel seorang kawan yang dikenali dengan sifat pemurah, suka bergurau dan disenangi oleh kawan-kawan kerana gurauan. Beliau juga seorang yang suka membantu orang. Walaupun beliau seorang hakim namun jawatan itu tidak pernah membezakan status dan kedudukannya dengan orang ramai.

Beliau merupakan salah seorang menantu Ashaari Muhammad bekas pemimpin jemaah Darul Arqam.

Sepanjang perkhidmatan dengan kerajaan beliau pernah menjadi Peguam Kanan Persekutuan yang berkhidmat di Kementerian Dalam Negeri, dan beberapa jawatan lain sebelum dilantik menjadi Presiden Mahkamah Sesyen Klang.

Allahyaraham bersara awal kerana kesihatannya tidak mengizinkan. Beliau mengindap sakit buah pinggang sejak lebih empat tahun lalu dan terpaksa menjalani rawatan hemodialisis sebanyak dua kali seminggu.

Khairel meninggalkan tiga balu, cikgu Aisah, Norsadah Ashaari dan Norlela. Jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan di Country Home Rawang sebelum Zohor hari ini. Al Fatihah. [wm.kl. 10:20 am 02/05/09]

No comments: