Saturday, May 23, 2009

Dari Penanti

Tanda Jelas UBN Akan Berkubur

[kemaskini] Pilihan raya kecil DUN Penanti akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon PKR, Dr Mansor Othman dan tiga calon bebas, Aminah Abdullah, Naikhan Air dan Kamarul Ramuzi. Seorang lagi calon bebas, Mohd Seberi Othman ditolak kerana masala teknikal.

Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim yang turut sama berada di temnpat penamaan calon bagi mengiringi calon PKR, calon PKR Dr Mansor bakal memperolehi kemenangan besar.

Katanya mungkin majoriti lebih besar daripada pencapaian PKR dalam pilihan raya lalu di DUN berkenaan. Dalam pilihan raya lalu calon PKR Mohamad Fairus Khairuddin memperolehi kemenangan dengan majoriti sebanyak 2,219. Manakala ditanya mengenai alasan UBN tidak bertanding, kata Zaid, budak-budak kecil pun suka mendengar alasan UBN itu.

TINDAKAN UBN untuk tidak menyertai pilihan raya kecil Penanti hari ini memberi senario baru dalam politik dan sekaligus memberi isyarat seoah-olah UBN akan lenyap dari bumi Malaysia ini. Walaupun tindakan itu dianggap sebagai bijak namun ia memberi kesan lain apabila suasana yang terpamer di pusat penamaan calon sebelum ini sudah tiada di Bukit Mertajam pagi ini.

Pagi ini ketika ribuan para penyokong Pakatan Rakyat bergerak ke pusat penamaan calon mengiringi calon mereka Dr Mansor Othman ke IKBN Bukit Mertajam dengan penuh bersemangat sambil menjunjung bendera, membawa kain rentang dan sorakan, UBN yang selama ini menjadi parti harapan bangsa seolah sudah lenyap. Suasana seakan sudah diambil alih sepenuh oleh Pakatan Rakyat.

Suasana di tempat penamaan calon yang sebelum ini meriah dan penuh ketegangan setiap kali kehadiran UBN dalam pilihan raya kecil juga tidak wujud lagi. Sedikit sebanyak tanpa UBN pilihan raya tidak meriah dan Pakatan seolah tidak berani lagi untuk ditentang.

Mereka yang suka kepada provokasi, sorak menyorak, caci menyaci juga terasa pilihan raya kecil Penanti ini tawar dan hambar saja.

Mungkin kerana ingin memeriahkan dan menampakkan penamaan calon itu hidup menyebabkan penyokong Pakatan Rakyat membina dua kumpulan, satu berada di bahagian kanan tempat penamaan calon itu dan sebahagian lagi di bahagian kiri.

Seluruh kawasan penamaan calon itu dipenuhi dengan penyokong Pakatan Rakyat. Walaupun ada calon bebas yang mungkin direstui oleh UBN namun ia tenggelam dalam banjiran penyokong Pakatan Rakyat. Bendeara PKR berlambang mata, bendera Pas bulan purnam dan DAP roket menakluki setiap ruang. Manakala tidak ada satu pun bendera BN atau Umno yang berlambangkan keris telanjang.

Melihat situasi ini menyebabkan timbul persoalan, apakah wajar UBN bertindak demikian? Dengan tidak menyertai pilihan raya itu menyebabkan tiada lagi bendera, atau jeritan hidup Melayu bergema di persekitara pusat penamaan calon itu. Apakah kesunyian suasana dengan jeritan tradisi itu menandakan UBN akan berkubur tidak lama lagi? [penanti 10: 00 am 23/05/09]

4 comments:

zeme said...

Salam Tuan Haji MSO,

Keputusan BN untuk tidak bertanding dihormati namun alasan menggunapakai tidak bertanding hanya kerana tidak mahu membuang wang rakyat adalah alasan rapuh seorang Perdana Menteri. Bersikap jujurlah, katakan saja BN tidak bertanding kerana tidak mahu membuang masa dengan politiking pembangkang tetapi tidak usahlah menggunakan alasan rakyat semata-mata seolah-olah menunjukkan sikap talam dua muka dengan rakyat.

Apakah baru sekarang BN tersedar setelah terhantuk bahawa pilihanraya hanya membuang wang rakyat semata-mata? Saya tertanya, atas kesedaran apakah alasan ini dijelmakan? Adakah sebelum ini BN sememangnya berbelanja cukup besar atau kata lain 'over budget' sehingga merugikan wang rakyat. Ini kenyataan yang jelas, lihat saja bagaimana wang setiap pilihanraya digunakan untuk memancing undi dengan berlebihan, hiburan keraian untuk jentera pilihanraya sahaja boleh dijadikan ukuran, jadi silap BN tidak menggunakan konsep berbelanja berhemat. Ini sebenarnya asas silap BN terlalu manjakan segala-galanya dengan wang.

Sebenarnya PRK Penanti sekiranya diamati adalah peluang besar untuk BN menembusi tembok pembangkang setidak-tidaknya tidak menjauhkan diri dan meninggalkan pengundi-pengundi yang masih setia dan sayangkan BN.

Bagi saya tidak merugikan wang rakyat sekiranya BN bertanding secara perbelanjaan berhemat. Kuantiti jentera bukan ukuran kualiti, maka sekiranya BN berhemat letaklah 100 orang jentera yang betul-betul berkualiti berbanding 1000 orang jentera yang hanya hadir untuk berhibur sambil bekerja kerana mereka-mereka inilah yang merugikan wang rakyat.

DUN Penanti ditolak BN, tetapi yang jelas BN berkemungkinan bertanding pada PRK DUN Manek Urai, Kelantan meskipun DUN tersebut adalah kubu PAS sejak penggal 1986 kecuali pada penggal 2004 dan alasan PRK membazir wang rakyat akan diketepikan. Jadi, terserlah BN terus bersikap flip flop dan double standard.

Wasalam.

abu muaz said...

Di Terengganu satu slogan yang masyur zaman dinasti Deris ialah "SATU LAGI TAMADDUN DICIPTA".

Apa-apa projek yang dibuat akan terpapar slogan "satu lagi tamaddun dicipta".

Kanak-kanak seramai Tadika seramai 2000 orang dapat menghafaz quran akan ditulis dibillboard "satu lagi tamaddun dicipta".

Hari ini satu lagi tamaddun tercipta UBN tak bertanding dalam pilihanraya. Usahkan manusia kehairanan malah kalau binatang seperti ayam, itik dapat bercakap sudah pasti selepas kokokan subuh pagi tadi ayam akan bertanya pada itik kenapa senyap sunyi waktu penamaan calon ni.....

Anonymous said...

"200 kanak-kanak dikhatankan tahun ini. Satu lagi tamadun dicipta"

carlos said...

Salam Tuan,

Mungkin tulisan ini tak relevant sehingga kini.
Kita ada lagi satu PRK sebab kematian Adun Manik Urai, Kuala Krai, Ismail Yaacob.

UMNO akan bertanding walaupun tahu akan kalah disini.
Kematian ini ada hikmah dari segi waktu yang akan membuktikan BN tidak gentar, cuma tidak akan menari mengikut rentak Anwar.