Isu Rasuah: Jangan Usik Sarang Tebuan
KATA bidalan orang lama kalau tidak ada mengada masakan tempua bersarang rendah. Dan masakan pokok bergoyang tanpa angin. Kalau ada asap adalah apinya. Kenapa ada orang mulai kepanasan dengan pendedahan secara tidak langsung oleh Mohamed Daud Iraqi mengenai gejala rasuah dalam Pas? Kenapa?
Khabarnya ada yang bukan saja meminta Mat Iraq mengemukakan bukti tetapi sampai ada yang nak bawa Ketua Dewan Ulama itu ke tribunal. Bunyinya macam sama dengan kes yang menimpa Nik Abduh tempoh hari yang dibawa ke tribunal di Kelantan.
Al maklumlah sekarang ini ramai ahli profesional dalam Pas, penyelesaian secara biasa, syura dan muzakarah tidak disukai lagi tetapi terus ke tribunal.
Rasanya tidak payah bincanglah isu yang dibangkitkan Mat Iarq itu. Ianya small matter saja. Jangan layan. Kalau pendedahan itu tidak benar, tutup cerita habis, kenapa nak diperpanjangkan. Lagipun Mat Iraq tidak tuduh sapa-sapa. Dia tidak tuding kepada sapa-sapa, apa nak digaduhkan.
Karang bila sudah ada yang berbunyi dan berkokok tidak fasal-fasal orang mula menyelidik. Wartawan dan blogger macam saya juga mula mencari dan mengintai. Kalau tidak berkokok mungkin ceritanya dah tamat semalam dan boleh dianggap pendedahan Mat Iraq itu karut saja.
Tetapi kerana ada yang memberi reaksi kini semua orang bercakap mengenai itu.
Semua kena faham sesiapa saja timbulkan soal itu bukan apa melainkan kerana sayangkan kepada Pas. Tidak mahu Pas jadi macam Umno. Api ni kalau nak kawal waktu kecil bila sudah besar ia bukan saja boleh membakar jari tetapi rumah dan bangunan sekali.
Yang penting tidak ada sesiapa dalam Pas buat kerja syaitan itu. Cukup! Dan kalau ada yang terlali harap bertaubat cepat-cepat. Tidak ada tapak dan ruang untuk tumbuk rusuk dalam Pas.
Sebagai ulama Mat Iraq berhak membuat teguran seperti itu. Kalau bukan ulama nak tegur soal dosa pahala siapa lagi. Nak harap kepada bukan ulama rasuah digulung ke dalam baju kotnya. Malang lagi ada yang menerima rasuah itu sebagai tektik dan strategi mencapai kemenangan!
Mengenai rasuah ini seperti saya sebut semalam. Ada dua bentuk. Selain wang, ada yang ugut nak tarik projek dan juga bantuan menerusi skim tertentu. Kalau tak undi orang-orang tertentu anugerah itu akan ditarik balik. Ugutan itu kira rasuahlah, rasuah secara menyalahgunakan amanah (kuasa).
Di Kelantan baru-baru ini ada dua kawasan Pas yang terlibat dengan ugut mengugut perwakilan atau ketua cawangan agar mengundi orang tertentu, kalau tidak pemberian wang menerusi skim ladang rakyat akan ditarik balik. Tak payah cerita banyak Pas Kelantan boleh siasat, panggil orang berkenaan dan tanya cukup-cukupnya. Dan mereka yang menjadi mangsa juga jangan takut dedahkan atau cerita sendiri kepada Tok Guru Nik Aziz.
Tok Guru pun suka kalau ada orang berterus terang dengannya, jangan pula orang tidak kena mengena apa lagi yang melakukan rasuah itu beri tahu Tok Guru nanti jadi huru hara. Dalam politik semua boleh berlaku. Kekadang yang bersalah lepas yang menjadi mangsa kena tangkap, biasalah.
Untuk memastikan mengenai perkara ini Pas Kelantan boleh offer kepada mana-mana mangsa ugutan berkenaan untuk menentukan perkara ini. Tetapi sebaiknya saya rasa jangan perpanjangkan lagi tutup setakat hari ini lagi baik. [wm.kl. 5: 10 15/05/09]
1 comment:
salam pak sayuti,
kenapa tidak boleh dijolok.
ketua dewan ulama telah berkata. Pak sayuti telah menulis malah mengambil dua contoh. Dan tiba tiba kita nak backoff dan menyapu kebawah permaidani jika ianya ada.
Tuduhan politik wang dan ancam bantuan adalah serius. Kita ketawakan org lain kerana bertahikan politik wang, tiba tiba kita membuat sindiran dalam parti kita ada perkara yg sama atau sudah mahu bermula.
Kalau ada kebenaran then ketua dewan ulama perlu mengetengahkan. Jika gagal perlu didisiplin .
Hanya yang tiada jawatan macam saya yg boleh cakap lepas mulut. Mereka yang berjawatan tidak boleh bercakap ikut sedap mulut kerana impak dan persepsi yang cukup besar.
Berdoa lah agar kita tidak double standard.
Post a Comment