Saturday, May 30, 2009

Berita Terkini

Apakah Makna Dan Ertinya Semua Ini

[kemaskini] BARU sekejap tadi salah seroang calon Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu telah menghubungi saya bertanya mengenai siapakah calon timbalan presiden yang akan mengadakan pertemuan di Batu Gajah Malam ini. Beliau menjelaskan berita yang dimaksudkan itu bukan beliau.

Kata Bang Mad malam ini dia akan berada di Penanti menyelia pilihan raya kecil itu untuk malam terakhir. 11:43 am.

JAM 8:48 satu pesanan rengkas (SMS) masuk ke dalam telefon saya.

Bunyi SMS itu ialah; Assamualaikum, tuan-tuan YDP, TYDP, NYDP, SETIAUSAHA, DAN PERWAKILAN KE MUKTAMAR, adalah dijemput untuk menghadiri majlis dialog dengan calon Timbalan Presiden (nama). Pada 30 Mei Jam 9:00 malam. Bertempat di Markas PAS Batu Gajah, No 21 Bandar Baru Batu Gajah Gopeng sebelah FT Supermerket. Jalan Batu Gajah. Berdepan simpang masuk Taman Tasik SM Noor. Turut menjemput dan hadir sama (nama). Seberang pertanyaan tempat hubungan YDP Batu Gajah. (Nama dan telefon) atau (nama dan telefon) dan (nama dan telefon). 8:48 am 30/05/09.

Nama dan nombor telefon yang berkenaan saya sembunyikan takut timbul fitnah, maklumlah musim ini musim fitnah.

Berhubung dengan majlis ini ingin ditanya apakah ini tidak dinamakan majlis berkempen menjelang muktamar Pas? Dan apakah ini tidak boleh dinamakan politik wang? Dan apakah majlis 'dialog' ini tidak boleh disama ertikan apa yang ditimbulkan oleh Ketua Dewan Ulama, Mohamed Daud Iraq yang membangkitkan berlaku jamuan sebelum mesyuarat!

Apakah majlis dialog itu sekadar dialog saja tanpa makan dan minum? Apakah mereka yang dijemput itu membawa makan dan air dari rumah? Tidak pula diarahkan supaya berbuat demikian.

Terang bagaikana disuluh bahawa majlis dialog itu adalah majlis untuk berkempen untuk calon timbalan berkenaan. Saya percaya seratus peratus segala jamuan dan perbelanjaan lain dilakukan oleh calon berkenaan.

Untuk pengetahuan, majlis seumpama ini tidak pernah berlaku disepanjang 54 kali muktamar sebelum ini. Tidak ada mana-mana calon yang ingin bertanding apa-apa jawatan tiba-tiba pecah liur untuk menganjur majlis dialog seumpama itu. Dialog mengenai apa, mengenai balak?

Inilah yang dikatakan perubahan dan transformasi politik dalam Pas. Budaya dan perangai Umno sudah meresap dan meluas dalam Pas. Makanya, makanya janganlah mengata dulang paku serpih lagi. Sebab diri kita juga sedang giat mempelajari politik wang dan rasuah politik.

Untuk mengetahui siapa calon timbalan presiden yang akan berdialog dijemput ramai-ramai hadir! [wm.kl 11:20 am 30/05/09]


9 comments:

Mohd Azrul Azuan said...

Salam,tuan.

Saya doakan calon ni kalah dalam pemilihan. Kenapa boleh berubah sampai macam tu sekali dia ni?

mathanis said...

MSO..perjuangan ikhlas tidak memandang kepada persaingan sesama pemimpin..Apakah PAS sekarang ini lubuk emas bagi pemimpin mencipta nama/harta?...Pemimpin yang menggerakkan idea spt UMNO ini diharapkan tidak menjadi pemimpin PAS...

Anonymous said...

Maaf, jauh sama sekali tak sama dengan UMNO kerana didalam UMNO calon yang mengadakan majlis perjumpaan dengan para perwakilan adalah jatuh kedalam takrif "politik wang" atau "rasuah politik". Dalam UMNO calon hanya boleh berjumpa secara rasmi atas anjuran Perhubungan Negeri. Calon TIDAK dibenar berucap dimajlis, berjumpa atau mengatur pertemuan apalagi kempen memperkenalkan diri atau penerangan kepada perwakilan.

Tapi pada PAS apa sahaja yang UMNO buat adalah salah, dan apa sahaja yang dia buat adalah halal dan betul. Kalau UMNO dikata "politik wang" tapi kalau PAS dikata "politik hadiah". Kalau orang UMNO cakap dia kata "ah UMNO memang gitu" tapi kalau orang PAS cakap dia kata "mana ada, itu agen UMNO yang cakap". Untuk makluman sekarang ini Hj Daud Iraqi ialah agen UMNO. Itu pasal dia tak nak dah pegang jawatan Majlis Ulama PAS dan tarik balik pembongkaran dia tentang rasuah politik dalam PAS, kerana tak mahu pecah tembelang yang dia tu agen UMNO. Maaf Hj., bukan saya kata, orang PAS kata. Nasiblah kalau dah berada dalam parti yang bertopeng macam orang baik2, tapi nafas berbau busuk!

http://penpusaka.blogspot.com

supir said...

Sdr MSO,
Saya rasa mungkin bakal calun Timb.Presiden tu pergi Perak untuk berbincang pasal pembubaran DUN Perak, sambil mengambil peluang untuk berjumpa ahli-ahli Pas? Kan itu maksudnya pemimpin yang perihatin!

Dia pun telah berjumpa dengan Tg.Razaleigh untuk mohon sokongan dari beliau bubarkan DUN Perak. Dengan itu boleh juga bertanya khabar tentang status terkini kesihatan baginda al-Sultan Kelantan. Baginya, lantikan pemangku Sultan Kelantan akan memberikan kesan siapakah bakal MB Kelantan kelak.

Wassalam.

zeme said...

Salam Tuan Hj MSO,

Bagaimana pula dengan khabarnya jemputan ceramah umum oleh calon Timbalan Presiden PAS ini di Pejabat PAS Bukit Katil pada 31 Mei 2009 jam 9 malam. Apakah ini juga salah satu medium siri kempen menjelang muktamar dan pemilihan kepimpinan parti PAS?

Wasalam.

psychedelicmundo said...

saye tension btol pangai PAS semenjak dua menjak ni.makin menjadi2.kita ingatkan boleh lah lead PR tapi dah pangai mcm ni.jgn PRU 13 jd mcm PRU 2004.baru berasap punggung masing2

Wirawaja said...

Sape mentor bakal timbalan presiden ni? Jangan2 dia dapat ilham dari kengkawan dari PKR yang dulunya lahir dari makbapak UMNO.

mantaro said...

Saya diberitahu oleh YDP ,yang disebut oleh YDP YB Husam Musa.Beliau juga beritahu saya siapa yang menjemput. Bagi saya saya bukan perwakilan.Jikalau betul orang yang memanggil pun bermasalah. Sekadar berkongsi pendapat dan maklumat.

MAWE said...

Musim ini musim ujian. Allah uji Pimpinan dengan jawatan dan kuasa. Allah uji pendokong, ahli dengan wala'(taatsetia) kpd pimpinan. Allah uji dgn prk demi prk. bulan depan siapa pula agaknya?
semua ini merupakan ujian mematangkan Pas dalam perjuangan Islam. Mngkin juga ia akan jadi sesi penapisan. Sesiapa yg benar dan ikhlas, mereka akan kekal bersama2 Pas. Sesiapa yg tidak ikhlas, maka mereka akan keluar dari Pas. Biasanya, ujian berebut jawatan berlaku tatkala kuasa ada di tangan. di saat tiada kuasa, masing2 berganding bahu memajukan parti/jamaah utk mencapai kemenangan. Barangkali itulah yg brlaku sekarang ini.
wallahu a'lam