Sunday, May 17, 2009

Minda Mingguan

Membaca Idea Machiavelliamisme Husam Musa

NAIB Presiden Pas, Husam Musa melontarkan satu idea dan berusaha untuk menemui pemimpin parti politik termasuk UBN dan NGO termasuk Suhakam bagi membentuk satu badan menggerakan agenda untuk mendesak agar DUN Perak dibubarkan.

Niatnya ialah untuk mengembalikan demokrasi kepada rakyat.

Untuk tujuan itu beliau sudah pun menemui tokoh veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah semalam. Beliau juga akan menemui Setiausaha Gerakan dan Timbalan Presiden MCA, Chua Soi Lek.
Usaha Husam itu katanya adalah atas kapasitinya secara peribadi. Mungkin kalau ia membuahkan hasil ia akan menjadi usaha parti. Walaupun usaha itu atas sifat peribadi namun wajar disokong kerana ia bertujuan membawa kebaikan kepada semua pihak konteks kekacauan politik di Perak itu.

Saya percaya tidak ada siapa menentang idea berupa solution dari Husam itu, malahan akan menyokong sepenuhnya. Tidak ada sebab mereka yang merasai dizalimi untuk menolak cadangan itu.
Apakah kalau usaha itu dicetuskan oleh golongan Ustaz Mat, ianya akan ditlolak dan dianggap sebagai tidak wajar. Mungkin sudah ada yang menjerit dan melenting mengkritik idea itu. Tetapi kerana ianya dilemparkan Husam maka tidak ada yang berani bangkit mempersoalan kerelevansian idea itu.

Apabila Husam melontarkan idea itu, ini bererti beliau tidak menerima pandangan agar krisis di Perak diselesaikan menerusi rundingan dengan UBN. Nampaknya padangan Husam ini sejalan dengan padangan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat yang mengatakan krisis Umno Perak tidak boleh diselesaikan dengan perundingan sebaliknya mesti dengan cara pembubarkan Dun.

Nik Aziz bermati-matian enggan menerima perundingan dengan Umno bukan saja dalam soal di Perak dan juga soal-soal lain kerana sudah serik dengan manipulasi UBN.

Lontaran idea Husam ini juga ketika Pakatan Rakyat menyatakan kesediaan untuk berjumpa Najib Razak menunjukkan Husam tidak senang dengan keputusan itu. Beliau sendiri juga menjelaskan semasa perbincangan mengenai itu beliau tidak hadir kerana ada urusan lain.
Apa yang hendak disebutkan di sini ialah mengenai idea Husam itu. Di sinilah kehebatan Husam sebagai seorang pemimpin, dia mempunyai idea yang kreatif dan senantiasa bernyawa. Akar mindanya senantiasa menjalar dan bukan beku serta jumud atau terikat dengan satu tali saja. Di sinilah sesiapa yang lemah untuk menterjemahkan idea Husam menyebabkan seseorang itu akan lemas dalam belitan retorik Machiavelliamismenya.

Pada bacaan saya idea Husam itu bukan terhenti setakat itu saja, untuk membubarkan DUN Perak. Apa yang penting ialah isu di Perak itu sebagai cetusan semata. Namun apa yang mahu dijenguk Husam lebih jauh dari situ. Yang penting ada pertemuan. Jika ada pertemuan mungkin perbincangan akan terheret lebih jauh dengan mendokong agenda bersama lebih bermakna lagi, termasuklah juga membubarkan Parlimen.

Tidak mustahil kalau badan itu diwujudkan dan kuat menyebabkan ia akan merebak kepada desakan agar parlimen pula dibubarkan!

Husam sangat mengharap dengan kerjasama pihak-pihak itu membantu hasrat Pakatan Rakyat. Misalnya Tengku Razaleigh Hamzah walaupun bersendirian namun ketokohannya boleh mempengaruhi individu lain dalam Umno. Itulah kenapa Husam mencari Tengku Razaleigh. Razaleigh sangat diharap supaya memainkan peranan penting bagi mengoncang Najib.

Soalnya kenapa dalam hal sebegitu baru kini Husam ingin mencari Razaleigh? Semasa Razaleigh sedang berkempen untuk mendapatkan pencalonan semasa hendak tanding presiden Umno, Husam tidak memperdulikan dan seakan melupai apa yang beliau boleh lakukan bagi membantu Razaleigh mendapat pencalonan.

Satu persidangan mengenai mata wang dinar di PWTC tidak lama dulu Razaleigh tidak dijemput sebaliknya Dr Mahathir diberikan ruang pada majlis itu untuk menyampaikan ucaptama. Tetapi hari ini apabila dia merasakan perlu menggunakan Razaleigh maka Husam tanpa segan menghubungi ahli parlimen Gua Musang itu. Inilah politik Machiavelliamisme diamalkan Husam.

Sekiranya Gerakan dan MCA terpanggil dengan pantulan ilham Husam itu, ia membuka lembaran baru. Gerakan dan MCA adalah parti komponen BN. Kesediaan MCA dan Gerakan itu memberi markah tinggi kepda Husam. Penerimaan idea itu nanti juga membuktikan Husam seorang pemimpin liberal yang diterima semua kumpulan.

Tetapi perlu dingatkan apa yang Husam nampak mungkin juga dapat ditangkap awal-awal oleh mereka yang menjadi sasarannya itu. Diharap Husam akan melaksanakan tugas ini dengan baik jangan pula sampai menjejaskan reputasinya yang kini sedang bersiap untuk mencabar Nasharudin Mat Isa di kerusi timbalan presiden. Selamat mencuba dan berjaya. [wm.kl. 12:30 t/hari 17/05/09]

3 comments:

poksu said...

Pelihanraya kecil seolah olah telah menjadi fobia kepada UBN kerana itu kita dapati DUN penanti mereka masih teragak agak samaada ingin turut masuk gelanggan atau pun tidak,alasan PRK itu nanti akan membazir wang rakyat hanya dilihat sebagai alasan retorik semata mata.Jesteru itu jika diajak untuk berunding sudah tentu apa yang akan ditolak dalam perbincangan itu nanti ialah pembubaran DUN negeri Perak.

Walaubagaimana pun pendirian ini akan berubah jika sekira DUN penanti akan berpihak ataupun jika sekiranya UBN menang di DUN penanti itu nanti.Situasi hari ini menunjukkan agak sukar untuk UBN merampas kembali DUN tersebut.

Kata seorang sahabat saya "jika sekira PM yang baru ini inginkan mandat baru dari rakyat maka lebih baik dibubarkan sahaja keseluruhan termasuk kerusi Parlimen dan adakan pelihanraya Umum semula,ini kerana kerajaan UBN yang ada hari ini adalah masih dalam pencaturan hasil dari bekas perdana menteri yang terdahulu".....jadi fikir betul betul!

hizbul_999 said...

Dalam menyelesaikan sesuatu konflik rundingan adalah idea terbaik...Ia penting untuk kebaikan rakyat sejagat...Demi rakyat sepatutnya golongan pemimpin boleh duduk semeja untuk selesaikan sesuatu isu...Ini memaparkan sifat profesional golongan pemimpim...

Tahniah diucapkan kepada HUsam daripda saya...Harap kepentingan peribadi diketepikan demi kepentingan rakyat sejagat.

suara emas

Melayu Raya said...

Kita tahu itu bukan idea Husam saja,kita tahu siapa dibalik tabir tu,siapa yg Husam respet sangat dlm PR kalu bukan kawan nya Anwar la tu.Nak habiskan duit rakyat saja la,kalu nak bubar DUN tu.Syorkan la suruh Buat sidang DUN dan suruh 59 ADUN tu buat undi lah,depa ni pun kan dah dipilih dalam Piliharaya dulu..berapa kali nak undi,nak undi,org kampung tak dak kerja lainka, undi,undi,undi pasai nak capai matlamat hampa saja.
La ni banyak org kena buang kerja,dan tengok la baru2 ni beribu2 yg dok beratur minta kerja di Kedah dan di Putrajaya.