DUN Perak Benar-Benar Jadi Tempoyak
SEPERTI mana diduga sidang DUN Perak hari ini kecoh dan penuh dramatik. Ia bermula sebaik saja Raja Nazrin Shah selesai memeriksaan pembarisan sebelum merasmikan sidang Dewan. Drama bermula dengan penahanan beberapa orang wakil rakyat di luar bangunan SUK kerana melanggar kawasan yang diharamkan oleh polis seluas 500 meter dari bangunan SUK.
Antara wakil rakyat yang ditangkap, ahli parlimen Kubang Kerian, Sallahuddin Ayub, ahli parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusuf Rawa, ahli parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin, Adun Air Keroh Melaka, Khoo Poay Tiong dan wakil PSM Sungai Siput, Xavier Jeyakumar. Ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang tidak ditahan tetapi dihalang keras dari menghampiri kawasan diharamkan itu.
Sementara itu tidak ada pula laporan memberi tahu ahli parlimen Marang, Abdul Hadi Awang, ahli parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim samada ada sama atau tidak di perkarangan bangunan SUK itu. Manakala di dalam Dewan sebaik sidang hendak dimulakan keadaan menjadi kecoh berlaku apabila Speaker, S Sivakumar menghalau menteri besar UBN, Zambry Abdul Kadir bersama Exco dan tiga Adun bebas daripada mengikuti sidang berkenaan. Bagaimana pun larangan itu tidak diendahkan oleh Zambry dan exco berkenaan.
Alasan Sivakumar ialah kerana mereka digantung oleh jawatankuasa khas sebelum ini manakala tiga Adun bebas, Yit Hee Fong, Jamaluddin Mohd Razi dan Othman Jailu, dianggap telah tidak menjadi Adun lagi apabila mereka lompat parti dan diisytharkan gugur sebagai anggota dewan oleh Speaker.
Sivakumar tidak menerima dan memperakui keputusan mahkamah dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak mengesahkan perlucutan jawatan mereka tidak sah dan begitu juga dengan pembatalan penggantungan Zambry bersama enam Exco oleh jawatankuasa khas.
Perkembangan lanjut masih lagi ditunggu bagaimana kesudahan dengan sidang Dewan berkenaan. Kuasa yang ada kepada speaker setakat ini menunjukkan usaha untuk kerajaan UBN hendak menyingkirkan Sivakumar sebagai speaker dan digantikan dengan muka baru tidak berjaya. Timbalan speaker juga tidak dapat berbuat apa-apa. [wm.kl. 11:00 pm 07/05/09] [Saya baru menerima gambar-gambar kiriman Zamzarina dari Ipoh].
No comments:
Post a Comment