Tanding Timbalan Presiden?
MALAM tadi ketika makan bersama dua kawan, tokoh politik kami membicarakan siapa yang layak untuk jadi timbalan presiden. Tanpa mengenepikan timbalan sekarang, Nasharudin Mat Isa, sesiapa yang hendak menentang beliau mestilah mereka yang lebih berilmu, bersyaksiyah berbanding dengan Nasharudin, begitu kata saya.
Kata saya Nasharudin mempunyai beberapa keistimewaan tetapi sayang ia tidak diguna sepenuhnya dan kesempatan untuk belaiu pamirkan kebolehan itu semacam tersekat inilah menyebabkan beliau seakan tidak berketrampilan.
Bila kawan itu tanya saya tentang hasrat Mohamad Sabu saya tidak memberi apa-
apa komen. Saya hanya menjelaskan apa isyarat yang saya perolehi di Kuching dua migngu lepas. Kalau isyarat ini boleh diyakin dan ianya jelas, maka penama inilah yang layak untuk dicalonkan bagi merebut jawatan berkenaan. Isyarat itu juga menunjukkan Mohammad Sabu tidak berapa disenangi.
Saya juga mengira kalau orang ini dicalonkan ia menyebabkan Nasharudin berada dalam keadaan serba salah. Satu keputusan yang amat berat untuk dilakukan oleh ahli Parlimen Bachok itu.
Hari ini isyarat yang saya perolehi itu sudah pun jelas. Ia bukan menjadi rahsia lagi. Khabarnya Tok Guru Nik Aziz telah menyatakan cadangan agarnya Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden. Apabila cadangan itu dizahirkan maka isyarat dua minggu lepas jelas dan nyata.
Apabila isyarat itu sudah jelas saya percaya selepas ini senario dalam perebutan jawatan timbalan presiden akan berubah. Sekaligus ia akan merancakkan mutktamar Pas kali ini pertandingan mungkin bukan dua penjuru tetapi tiga, atau mungkin akan yang menarik diri.
Walaupun sebelum ini Tuan Ibrahim mengatakan dia akan menolak pencalonan tetapi dengan terluahnya isyarat itu beliau akan memikirkan kembali. Saya percaya.
Ulasan lanjut akan menyusul. [ttdi. 1:22 T/HARI 26/04/11]
No comments:
Post a Comment