Friday, April 29, 2011

Sesudah Subuh

Kita Semua Sedang Menanti Bala

(kemaskini) TANPA kita semua menyedari kita semua menanti bala besar yang akan menimpa negara dan rakyat atas kecelakaan yang kita undang sendiri. Bala sedang mara manakala kita semua sedang leka.

Nasib atau keadaan kita persis lembu yang tertambat kejap dengan seutas tali pendek sedang padang di sekelilingnya sedang dibakar api.
Apa pula menyala dan marak menyala dengan ganas dan rakus. Angin pula kian gila bertiup. Begitulah keadaan dan nasib Melayu hari ini.

Tunggulah kita semua akan merasai pedih dan azab atas kecelakaan yang kita tempa. Kalaulah kita tidak sempat menikmati kesakitan itu kerana nyawa dicabut Tuhan di tengah pkerjalanan anak cucu kita akan merasainya sebagai mewakili kita atas kezaliman yang kita sendiri lakukan.

Sebenarnya segala macam kezaliman sudah berlaku di atas bumi kita. Tidak ada satu pun dari sekian banyak tanda tanda kezaliman yang akan membawa kepada kemusnahan yang belum berlaku, semuanya sudah berlaku atau sedang bermula. Zaman jahiliah yang dibenci dan dicemuhi akan menjelma sepenuhnya di tanah air ini.

Bangsa Mekayu tanpa sedar dikifarahkan oleh Allah. Kita sebenarnya sedang menanggung kemusnahan, menanti bumi hancur sahaja lagi.
Agama, budaya, peradabatan kita sudah jahanam. Orang Melayu sudah tidak ada 'basa', akal budi dan maruah lagi. Semuanya sudah ditelanjangkan dan kemaluannya dilihat sendiri. Keaibannya digantung di muka pintu rumahnya. 

Kita semua sudah menutup rapat pintu syurga dan membuka pintu neraka. MasyaAllah. Tangan kita semua telah kita satukan untuk membuka penyelak pintu neraka dan sedang membimbing tangan anak beranak menuju ke dalam kilauan apa haram.

Apakah tuhan menyediakan neraka sebahagiannya untuk bangsa Melayu? Kenapa tidak, kita mengaku beriman tetapi tidak berpegang kepada agama. Kita mengakui Islam tetapi tidak mempunyai tingkah laku sebagai orang Mukmim.

Mekayu menjadi bangsa penzalim, pendendam dan pemakan daging sendiri. Melayu rela dan tergamak mengkhinati sesama sendiri. Tidak ada kasih sayang lagi sesamanya. Tidak ada lagi hormat menghormati. Tanpa kita insaf dan sedar kitalah membunuh segala akal budi itu.

Manalah ada maruah lagi, bila kita selek dan tunjukkan semua kejelakan dan kehuduhan diri kita. Kita pertunjukkan sifat buruk bangsa kita kepada dunia.

Orang Melayu sebenarnya sudah dedil, merasa apa yang dilakukannya sudah baik, terhormat dan bijak.Sebenarnya ianya bodoh sebodohnya.
bangsa yang menjadi agen penyebar fitnah.

Menuduh di antara satu sama lain menjadi pembunuh, pengkhianat, pemaksiat dan penggali kubur bangsa sendiri. Melayu tidak tahu malu kepada kawan dari kaum dan keturunan lain. Semuanya kebejatan dan kejekkan bangsa Melayu sudah melakukannya.

Apa yang tidak berlaku lagi? Pembunuh fizikal, pembunuh karektor sudah pun berlaku dan ia akan terus berlaku sampai tertutupnya pintu  syurga.

Kenapa ini berlaku kerana tamak haloba. Orang Melayu menjadi temoo   kepada kuasa. Melayu yang jahil mengira kuasa dan kedudukan adalah kemuncak pencariannya dalam hidup.

Inilah Melayu yang saya selalu anggap suku manusia di dunia ini yang separuh masak. Bangsa yang cerdik tidak boleh ditunjang dan bodohnya serta bebal tidak boleh diajar.

Duhai orang Melayu semua sedarlah. Kepada yang tidak mahu mengalah dan berdengki, mengalahlah kerana dengan tindakan anda boleh membaiki sedikit maruah Melayu. Sebelum pintu neraka terbuka luas dan ensalnya lokah mari kita berdoa dan memohon keampunanNya.

Tuhan masih ada sisa kemaafan untuk kita, marilah. Jangan khianati amanah Allah kepada kita. Marilah berubah sebelum Tuhan menarik balik atas segalaa nikmat yang kita tidak syukuri kerana kita merasai hebat. Marilah kita semua kembali sedar tanpa membuat sumpah laknat.

Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang tersembunyi di lubuk hati setiap hambaNya. Saat memanti kuliah Tok Guru bermula.
Post a Comment