DALAM keadaan ahli Parlimen bertelagah sama ada perlu atau tidak video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim perlu ditayang kepada ahli Parlimen atau tidak, para pelayar internet, web site dan blog sudah pun menyaksikannya lewat tengah hari ini.
Hari ini promo atau previu video berkenaan sudah ditayangkan di dalam blog, Fb dan sebagainya. Kononya ia dilancar di Bangkok. Saya sudah dihantar klik video berkenaan. Beberapa protal berita juga sudah melaporkan perlacaran klik video terlaris di Malaysia itu.
Tidak ada erti dan maknanya lagi penyiasatan ke atas video berkenaan sama ada oleh polis atau mana-mana pihak. Cadangan suruhnjaya di raja untuk menyiasat video berkenaan juga tidak diperlukan lagi. Rakyat akan membuat penilaian sendiri dengan video berkenaan yang kini sudah memenuhi alam siber.
Saya tidak mahu mengulas akan ketulenannya. Ketua polis negara Ismail Omar dengan kuasa yang ada kepadanya berhak mengatakan video berkenaan tulen tanpa merujuk kepada mana-mana juzuk ketulenan itu. Apakah pita berkenaan atau watak di dalamnya yang tulen, walahualam.
Pertamanya apa yang perlu ditolak ialah kepada rakaman video berkenaan. Orang yang merakam kemudian mendedahkannya lebih jahat, kejam dan tidak bermoral dari watak yang ada dalam video berkenaan. Kalaulah pendedahan itu dibuat oleh si watak dalam video berkenaan maka dialah paling celaka dalam dunia ini.
Pun begitu orang yang merasa kesal, aib dan celaka hanya orang seperti kita. Bagi mereka ia sudah tidak ada apa-apa perasaan dan rasa lagi. Atau sesiapa yang pernah melakukan maksiat dan zina, perkara itu biasa saja, tak ubah macam kartun Ipin dan Upin saja. Kehidupan mereka itu lebih kurang lembu dan kerbau yang boleh mengawan di mana-mana saja. Yang membezakan haiwan dengan manusia ialah akal budi. Begitu juga mereka yang membikin, menyiarkan serta menonton video berkenaan dibezakan oleh akal budi.
Jelas apa dilakukan itu bermotif politik. Bila ia bermotif politik maka nawaitu di sebalik pendedahan itu tidak genuie lagi. Betapa pun benar apa yang berlaku dalam video itu tidak akan diterima sebagai satu kebenaran lagi.
Isi video itu bukan kalamullah yang patut diagungkan. Ini bukan saja melibatkan Anwar tetapi kalau Najib, Mahathir, Rosmah maupun Tengku Razaleigh hatta Haji Hadi serta Nik Aziz sekalipun. Ingatlah sesuatu yang melampau hatta ianya benar dan baik ia boleh menjadi tidak baik.
Macam dadah asalnya ia baik tetapi kalau pengambilannya melampau ia merbahaya dan nilai kebaikannya sudah pun tidak ada lagi. Begitu juga bukan saja arak boleh memabukkan tetapi air sejuk juga kalau diminum beribu liter ia boleh memudaratkan juga.
Bagi orang yang sudah lama menolak keperibadian Anwar yang disabutkan dalam video itu, ia tidak akan mengugahkan sokongan kerana mereka menyokong Anwar bukan atas prinsip peribadiannya tetapi ketaksuban kepada perjuangan yang bawanya. Samalah kita menyokong seorang pemimpin kafir - bukan Islam, bukan kerana agamanya, tetapi kerana kepimpinannya itu.
Misalnya Melayu Pulau Pinang menyokong Lim Gua Eng bukan kerana akidahnya tetapi kerana perjuangan dan leadshipnya. Begitu kalau orang Melayu menyokong V Manikvasagam atau Tan Chan Lok satu masa dulu, bukan kerana akidahnya tetapi toleransinya sebagai satu warganegara.
Inilah dua keadaan yang perlu dibezakan. Justeru kepada saya penayangan video itu tidak akan mengubahkan keadaan sebaliknya sokongan kepada Anwar akan bertambah. Mereka yang tahu membezakan mana peribadi dan mana perjuangan tetap setia dan menyesali ke atas apa yang berlaku bukannya 'gaduh-lorat' meninggalkan Anwar.
Makanya kalau Najib mengambil kira penayangan video itu menguntungkannya dan mengambil cerlak dan ruang untuk mengadakan pilihan raya ia adalah silap. Kalau tidak percaya ahlanwasalan, bubarlah Parlimen sekarang.
Dengan penayangan video itu perjuangan Anwar tidak akan mati, kecualilah jasadnya dileburkan persis Altantuya. Semangat perjuangan, idealisme perjuangan yang dibawa atau diobori olehnya sejak berpuluh tahun lalu sudah berada dalam jiwa setiap penyokongnya. Mereka tidak akan berganjak dan membalikkan diri daripada menolak Anwar. Mereka bukan individu-individu munafik dan keparat yang membuat sokongan kerana mencari sesuap nasi untuk anak-anak dan isteri.
Manusia sebegini tidak ubah seperti beruang yang membaham buah salak, sesudah kenyang bersandar di busut kemudian sendakwa, kemudian kencing dan berak di situ.
Cemuh dan bencilah Anwar seribu kali, cemuhan dan kebencian itu akan diterima dengan seribu rasa simpati, sedih dan ikar untuk bersamanya. Pas dan DAP, iya mereka tidak akan memutuskan persahabatn dengan Anwar kerana bagi mereka Anwar adalah bahtera yang akan membawa aspirasi mereka ke pulau kejayaan.
Dari sudut perjuangan Anwar dan Pakatan Rakyat rasanya tidak perlu rungsing, sebab pandokongnya tidak berubah dan ugah hati. Sebaliknya yang akan menjauhkan diri ialah mereka yang sudah berada di luar gelanggang yang sudah lama bermasalah dengan Anwar atas berbagai isu dan alasannya dan yang cuba melarikan kebusukan mereka dengan alasan-alasan yang direyasakan.
Bagaimana kasih dan cintanya Azizah kepada Anwar atas nama suami, maka demikian kasih dan cintanya rakyat kepada Anwar atas nama pemimpin dan video lucah itu hanya baja atau pupuk yang akan menyuburkan lagi iman perjuangan. [ttdi.kl. 7:12 am 04/04/11]
12 comments:
Hebat sungguh ulasan MSO.. Cukup kemas dan tajam sekali.
Sama-sama kita doakan semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada mereka yang merencanakan kejahatan ini agar mereka bertaubat dan menyesali diatas segala fitnah yang mereka lakukan..
Pasti ulasan MSO akan berbeza jika video itu memaparkan wajah seiras Najib. Sebelum subuh MSO dah desak letak jawatan.
Salam Tuan MSO.
Saya bukanlah seorang yang arif bahkan jauh sekali daripada pakar mengenai hal-hal video ini.
Namun setakat kemampuan yang ada pada saya, saya percaya watak itu bukan Anwar.
Saya tidaklah pernah melihat saiz perut, kopek dan lain-lain anggota badan Anwar. Jadi tidaklah saya mampu untuk membandingkan bentuk badan watak itu dengan bentuk badan Anwar.
Namun begitu, saya telah mengumpulkan beberapa keping potret Anwar dari sudut sebelah kanannya seberapa hampir dengan wajah watak yang ada dalam video itu, juga dari sudut sebelah kanan kerana dari sudut itulah terdapat perbezaan ketara.
Tuan MSO cuba pastikan kedudukan telinga watak itu dengan dengan kedudukan telinga Anwar. Ia sangat ketara berbeza.
Pada pengamatan saya, kedudukan garis atas kebawah telinga watak lebih lurus hampir selari dengan garisan muka atas kebawah.
Manakala kedudukan telinga Anwar pula lebih condong kebelakang mengikut garisan rahang (garisan KENG - kalau ikut bahasa Tuan MSO).
Bahagian muka yang lain boleh dibentuk seperti muka sesiapa sahaja seperti wajah pelakon Ben Kingsley menyerupai Mahatma Ghandi bahkan pelakon Erra Fzira boleh diubah daripada berwajah cute menjadi tembam seperti dalam filem Cinta Kolestrol.
Walau pun wajah Ben Kingsley diubah "sebijik" macam Ghandi tetapi bahagian telinga nya juga tidak dapat diubah seperti telinga Ghandi.
Itulah sahaja dapatan saya Tuan.
Jika tuan ada kelapangan, silalah cari potret Anwar dari sudut yang serupa dengan wajah watak itu dan tuan bandingkanlah kedudukan telinga antara keduanya.
Yang lain-lain saya boleh nak ulas.
Salam.
benar atau tidak belum dipastikan
tetapi cara isu ini didedahkan
seolah2 TELAH JATUH HUKUM BERSALAH
lawan tetap lawan
MSO , saya sudah lihat , secara seimbas pandang memang kebenarannya bahawa muka orang itu macam DSAI , tapi jika dihalusi , tidak mungkin kerana bentuk badan jauh berbeda . Lagi pun nulari saya bermati-matian mengatakan tidak sama . Papankan lah , kita akan menilai berdasarkan naluri kita dan PRU nanti , kita akan umumkan keputusannya .
Saya Dah Agak Pasti Video Ini Disebarkan Menjelang PRU Sarawak.Pasti Ada "Buah Tangan" Untuk Rakyat Malaysia Dan Ini Sendiri Akan Menguntungkan Tauke2 Kedai Kopi Dan Akhbar Cetak Yang Akan Menjadi Laris Jualan Mereka Hari Esok.
Apakah Ada Kaitan Hari Penamaan Calon Dan Hari Penerbitan Video INi Di PUBLIC.? Apa Yang NYata Ia Hari Yang Sama.
jnglah kita memutar belitkan kenyataan dengan kerana kita ini terlalu taksub dengan perjuangan syaitan.Manusia yang memutar belitkan fakta umpama menegakkan benang basah adalah sahabat syaitan yang intim penghuni neraka.
Huh sampai begitu sekali MSO... Tak mampu nak kata apa dah
Saya kurang peduli sangat ketulinan video itu...., yang saya amat peduli kalau anak-anak saya mula mencari-cari video-video seumpamanya di internet....., MasyaAllah..., kerosakan besar kepada ummat dek mainan politik yang terkotor ini....
Askm tuan MSO,Saya adalah ahli UMNO akar umbi, ahli UMNO Cawangan Paguokon Ulu Tabalak, Tenom Sabah. Sebenarnya sejak liwat 1 saya percaya DSAI benar-benar meliwat tetapi bila ada lagi liwat II ini, saya mula hilang kepercayaan terhadak segala dakwaan itu. Video lucah tu lagilah. Semuanya tidak logik dan masuk akal. Bahkan ramai rakan-rakan ahli UMNO yg tdk percaya dengan isu terbaru ini hatta orang-orang kuat UMNO. Tengoklah dalam PRU ke-13 kelak, adakah Najib masih mampu mempertahankan kerajaan BN kalau pilihan raya diadakan secara telus.
Kakanda MSO,
1.Terbukti DS Azizah seorg isteri yang Taat akan suami yg dijulang hero oleh sekalian Rakyat yg sebahagiannya Penyokong PR. Disaat DSAI memerlukan sokongan & komentar yg meredakan ketegangan emosi sekalian Rakyat maka bukti kasih & Tulus sucinya cinta DS Azizah terhadap DSAI dapat kita semua selami selepas statement sang Isteri yg belum disahkan kesahihan dipamerkan media arus Pembangkang.Episod ini tidak harus dinoktahkan lagi kerana inilah medan terbaik kita menilai naluri sang isteri dan anak2 yg terheret dek nafsu Ketua Keluarga yg bercita-cita menjadi PM. Semangat dan kekentalan yg ada pada DSAI menempuh dugaan & musibah yg mengaibkan ini sedikit sebanyak telah menjadi CETUSAN INSPIRASI anak2 Muda yang kurangnya pegangan KENEGARAAN & KEMELAYUAN utk bangkit bersama PR menunaikan 1undi, 1Kuasa yang ada dengan angan2 menumbangkan Kerajaan BN kelak.
2.Saya bersetuju MSO bahawa isu ini bakal berpanjangan dan tidak memungkinkan DS Najib utk membubarkan Parlimen dalam ini Tahun. Tetapi yang pasti 2 individu yang harus bertanggungjawab dan berkorban demi anak2 mereka masa mendatang adalah DSAI dan Datuk Eskay dan pengorbanan mereka dituntut bagi membolehkan 28juta Rakyat Malaysia yg lain mampu berfantasi dengan dogengan hikayat panglipurlara Merong Maha Suasa. Dan kita mengetahui dogengannya sebelum menyaksikannya...
Assalamu alaikum tuan.
?Bagaimana kasih dan cintanya Azizah kepada Anwar atas nama suami, maka demikian kasih dan cintanya rakyat kepada Anwar atas nama pemimpin dan video lucah
itu hanya baja atau pupuk yang akan menyuburkan lagi iman perjuangan."
Itulah yang gagal dipupuk oleh UMNO dari pemimpinnya kepada ahli mereka. Atas dasar itu mereka tergamak menghina orang lain kerana pada mereka tiada cinta hakiki sama ada pada keluarga apatah lagi perjuangan.
Insya Allah segalanya ini akan menimbulkan dendam rakyat kepada UMNO dan akan dilangsaikan pada PRU ke-13
Post a Comment