Sunday, April 3, 2011

Sesudah Subuh

Maharajalela Rasuah Dalam Jabatan Kastam

PENDEDAHAN SPRM berhubung kehilangan wang negara sebanyak RM108 billion setiap tahun sungguh mendukacitakan. Sebanyak RM10 billion dipinda secara haram. Kesal dan rasa hendak marah atas apa yang berlalu. Bagi mereka yang tahu menghitung dan tahu implikasi ke atas kewangan negara atas perbuatan itu benar-benar merasa geram dan dukacita. Kenapa ini berlaku?

Yang megejutkan kehilangan itu ada sangkut paut dengan Jabatan Kastam di Raja Malaysia (JKDM), yang diberi tanggungjawab mengutip pelbagai cukai untuk pendapatan negara. Jabatan ini bolehlah dianggap sebagai tangan yang menentukan berapa banyak wang negara dihimpun untuk perbendaharaan negara.

Kalau mereka menyeleweng tidak amanah dan lebih mementingkan diri sendiri, jelas amanah itu sudah diabaikan. Perbuatan mereka yang terlibat bukan saja merugikan negara dan meletakkan jabatan itu ditahap yang paling rendah.

Apa lagi wang yang hilang membabitkan jabatan ini bukan sedikit.

Mungkin ada kalangan kita akan tertanya-tanya kenapa terjadi demikian? Kenapa begitu buruk sekali jabatan berkenaan? Apakah keperluan hidup mereka tidak mencukupi sehingga sanggup mengambil idea syaitan untuk mengenapkannya?

Bila terdedahnya malapetaka akibat JKDM hari ini maka saya teringat apa yang pernah saya dengar sebelum ini. Sukar untuk dipercayai sebenarnya, tetapi bila SPRM meledakkan hari ini baru saya merasakan apa yang saya dengar itu ada benarnya, bukan sesuatu prejudis.

Pernah saya mendengar seorang bekas pengarah JKDM memberi laluan kepada mana-mana pegawainya menerima rasuah asalnya perbuatan berkenaan tidak menjejaskan nama baik jabatan. Kerana keperluan untuk hidup, rasuah dibenarkan. Beliau sendiri katanya hidup mewah lebih daripada pendapatan sebagai seorang pengarah. Paling menyedihkan lagi beliau akan berbangga kalau dapat menyamun (terima rasuah) dalam angka yang besar.

Yang paling mengejutkan lagi perbuatan itu diketahui oleh perdana menteri ketika itu tetapi beliau (PM) juga seakan-akan membenarkannya. Mungkin hasil penyamuan secara rasuah itu ada habuan untuk dirinya juga atau pun kepentingan-kepentingan politiknya.

Jadi apakah bahana atau pun seperti mana diistilah oleh SPRM itu tangan kotor dalam jabatan berkenaan wujud atas aspirasi dan semangat dan dorongan pengarah berkenaan? Mungkin dan saya yakin kenapa ada tangan-tangan kotor begitu ialah kerana mereka mendapat blessing dan perlindungan daripada pihak tertentu.

Saya percaya dan yakin perbuatan mereka sebelum ini bukan tidak boleh dihidu, tetapi kerana ada persekongkolan secara bersepadu maka mereka dibiarkan saja. Kenapa hari ini mereka dibenteras, mungkin keadaanya sudah parah dan menjadi budaya dalam jabatan berkenaan.

Kita berharap atas jenayah yang berlaku itu hendaklah dipertanggungjawabkan. Dalam hal ini pihak yang perlu bertanggungjawab ialah menteri yang mengawal jabatan berkenaan. Dan sehubungan itu sekali lagi kerajaan perlu merombak keseluruh jabatan berkenaan, membersih saki baki pengkhianat negara yang berselindung di sebalik jabatan berkenaan.

Isu kehilangan wang itu bukan berhenti setakat SPRM menahan 62 orang pegawai kastam saja tetapi ia perlu mendalam ke sarafnya. Saya percaya rasuah itu tidak akana menular begitu sekali kalau tidak ada pesekongkolan bersepadu dengan pihak berkuasa dalam politik.

Tahniah kepada SPRM, dan kejayaan itu integriti dan keyakinan orang ramai kepada SPRM akan lebih melonjak lagi. Semoga selepas ini SPRM akan menbongkar rasuah di jabatan atau agensi kerajaan lain pula. [wm.kl.7:00 am 03/04/11]

12 comments:

1Crony said...

Jabatan Kastam terletak di bawah Kementerian Kewangan. Siapa yang menaungi Jabatan berkenaan? Jika "bapa borek, tentulah anaknya rintik" dan "seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul". Bagi rakyat pula "harapkan pagar, pagar makan padi".

Desa Mentari said...

Tuan MSO,

Pada pendapat saya, kes sebegini lah yang sepatutnya memerlukan suruhanjaya diraja demi kepentingan negara.

Negara kaya rakyat minskin akibat pemimpin durjana.

Che Awe Donde said...

salam

kalau SPRM betul2 anak jantan dan ada telor, silakan siasat dan bongkar juga akaun2 pak2 menteri, orang2 politik tidak kira puak mana.

kalau mereka betul ingin tiada kebocoran kewangan negara.

tapi kalau siasatan dan pembongkaran hanya melibatkan jabatan kerajaan. saya rasa usaha itu tidak kemana sangat.

SPRM sila sahut cabaran ini jika kamu BETUL2 ANAK JANTAN DAN ADA TELOR.

jika tidak Jabatan kamu dan Kerajaan sekarang akan di ajar oleh rakyat bila pilihan raya nanti.

ADA BERANI.........SPRM


Salam Anti Rasuah

ahmadyani said...

Sistem yang tidak dilandaskan dengan iman dan taqwa pastinya ada ruang untuk dicerobohi walau sebaik mana pun sistem itu.

putrarahman said...

Menteri yang jaga Kastam patut ambil tanggungjawab meletak jawatan.

labu said...

banyak GILA lah....
BILLION2 tu

bersihkan mereka semua
bermula dngan mnganti pucuk pemerintahan kita

bersihkan semua kakitangan2 kerajaan yg korup

Jashamsulnizam said...

rasuah beratus2 bilion tu hanya setakat kes2 dlm Jab. Kastam ajer, agensi lain brape trilion agaknya yer?... mungkin sampai mencecah infiniti kot... aduhai M'siaku byk betul citer2 kelakar yg trjadi selagi Umno-BN memerintah...

Kabar Kinabalu said...

1. isu jkdm yg rasuah di besarkan bagi menutup kelemahan SPRM dalam kes TBH.

2. kenapa SPRM menubuh pasukan operasi khas dalam kes JKDM tidak melaksanakan hal yg sama terhadap PDRM.

3. kenapa perlu SPRM mengumumkan hasil operasi terhadap JKDM, apakah ini isyarat agar agensi yg punya pertalian strategi dgn pak menteri bersegera menyembunyikan bukti.

wassalam ....

PUU said...

ADAKAH TANGKAPAN INI SATU CARA UTK MENGALIH PERHATIAN RAKYAT. SEOLAH OLAH MCM CERITA TIPU JE.. BERITA TANGKAPAN MCM TAKDA DLM BERITA TV.. RAMPASAN BYK SUNGGUH. ADAKAH KITA DI TIPU LG..

Rozana said...

Ikan kalau dah buruk kepala, buruknya sampai ke ekor. SPRM tolong pi buat operasi 'bujang senang' pula. kita nak tengok berapa billion pulak jadi hartanah di luar negara.

Kijang Gemilang said...

saya kira ramai orang melayu yang masih selesa kerana duit itu tidak melibatkan dirinya, kantungnya, pekerjaannya... oleh me layu

Robinhood said...

KASTAM IALAH

K = KALAU
A = ADA
S = SAMBAR
T = TAK
A = ADA
M = MINTAK