Tuesday, April 5, 2011

Susupan Pagi

Azizah Sahkan Bukan Suaminya Dalam Video Lucah Itu...

Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengesahkan bahawa lelaki yang mirip suaminya dalam klik video lucah yang hangat diperkatakan kini bukan suaminya. Azizah berkata demikian dalam satu sidang akhbar khas di rumahnya pagi ini.

Pengesahan itu dibuat setelah beliau dan anak beranaknya mengambil keputusan berani untuk menonton video lucah berkenaan. Tindakan Wan Azizah itu boleh dianggap satu cabaran besar kepadanya yang melibatkan maruah. Sebelum ini beliau benci untuk melihatnya tetapi akhirnya terpaksa ditonton ekoran klik video berkenaan tersebar di seluruh dunia menerusi youtube.

Nah, sekarang setelah Wan Azizah dan keluarga sendiri mengesah bahawa itu bukan Anwar maka jelas watak dalam video berkenaan palsu, bukan Anwar sebenarnya. Orang paling gembira dan berbahagia dengan penjelasan Azizah ialah Anwar sendiri.

Biarlah tiga juta orang Umno menerima itu sebagai benar, tetapi bagi Anwar dan jutaan penyokongnya yang lain akan berpuas hati dengan penjelasan Azizah seorang. Penjelasan dan kenyataan Aizzah boleh membunuh bukan saja tiga fitnah besar tetapi juga kebenaran-kebenaran kecil yang lain.

Dalam situasi beginilah seseorang pejuangan memerlukan seorang isteri (zaujah) yang tulus terhadap suami yang memahami perjuangan suami serta yang bersimpati sepanjang masa dengan musibah ditimpa suami. Kehebatan di sini bukan lagi Anwar tetapi Azizah yang menampong dan memperkasakannya.

Bagaimana pun pada saya, biarlah Azizah membuat penjelasan bersumpah laknat sekalipun menolak segala fitnah itu ia tidak mudah membersihkan kotoran yang dilumurkan. Seperti mana orang tidak percaya kepada sumpah laknat pembacuh kopi yang mendakwa diliwat Anwar maka begitulah juga orang akan menolak sumpah dan penjelasan Azizah itu.

Semuanya ia bergantung kepada nawaitu dan matlamat kita. Sekarang ini sama-sama kita tepuk dada dan tanya hati kita. Pada saya, keperibadian Anwar satu hal yang lain, manakala perjuangannya membela rakyat satu hal yang perlu diutamakan.

Untuk mencari kejernihan dan menghilangkan kekeliruan pisahkan di antara peribadi dengan perjuangan. Sebenarnya kalau peribadi dicampurkan dengan perjuangan tidak ada seorang pun tokoh politik di negara ini layak menjadi pemimpin termasuk Najib Razak.

Kita bukan mahu membela keperibadiannya tetapi membela perjuangannya. Kalau ada orang lain yang baik, lebih warak dari Anwar kebetulan pula mempunyai idelisme seunggul Anwar maka berpalinglah kepada pemimpin itu.

Kalau belum ada sesiapa yang boleh bersuara dan membentangkan perjuangan menyentuh hati nurani kita, maka sukar untuk menafikan Anwar sebagai seorang hero dan wira negara ini. Melihat segala ancaman, serangan termasuk secara fitnah dan liar namun Anwar tetap juga mampu berdiri teguh, ini menggambarkan akan kehebatan dan keagungan Anwar sebagai tokoh politik.

Rosmah dan Mahathir agaknya terjua mengenai kehebatan seorang manusia ini tetapi begitu ego untuk menerimanya kerana kehebatan itu merampas kepentingan dan kehebatan diri mereka. Mat Maslan pula ketika ini kehilangan suara untuk berkata-kata. [ttdi.kl. 10:50 am 05/04/11]

8 comments:

Joyah said...

Jika ditakdirkan Anwar memang sahih seorang peliwat dan penzina sekalipun, saya tetap menyokong Anwar disebabkan perjuangannya. Adakah itu yang tuan maksudkan dari posting ini?

Unknown said...

Walau siapa pun Anwar..buat masa ini dia adalah hero seluruh rakyat Malaysia yang tertidas dan cintakan keadilan.
Dengan izin Allah, hanya Anwar yang layak untuk mengepalai perubahan iklim politik di Malaysia..mudah-mudahan kejayaan Anwar untuk menakluki Putrajaya akan membawa kepada lahirnya ramai pemimpin yang lebih sempurna...

bat8 said...

Tuan MSO,

1. Saya menyokong pendapat tuan. Bagi kita yang bukan ahli totok karat hijau UMNO, penjelasan Kak Wan sudah cukup. Cukuplah dengan Allah yang menjadi hakim. kak Wan tidak perlu bersumpah laknat kerana beban untuk membuktikan DSAI dalam video itu terletak kepada penuduh bukan pemangsa.

2. Mau tidak mahu, melihat timing video ini ditayangkan dan dimuatnaik ke youtube, bagi kita orang biasa pasti akan nampak ia adalah hasil kerja tangan UMNO.

Saya katakan begitu kerana cara isu ini dimainkan seolah-olah mendapat restu dari pucuk pimpinan. Walaupun ada penafian oleh Hishamudin, kita tahu ia adalah helah sahaja.

3. Kedua- dua timing ini dibuat dengan tujuan untuk melakukan kemusnahan maksima kepada DSAI dan Pakatan dalam PRN Sarawak dan PRU 13.

Timing orang nak balas dendam bukan cara terancang begini. Kerana dendam kesumat yang begitu membara, pertimbangan akal sudah tidak waras lagi. Yang ada hanyalah nafsu membalas dendam secepat mungkin.

Bat8

1Crony said...

Kalau saya nak response Joyah di post atas tu, jawapannya... Ya!. Kalau otak kita ini terlalu bodoh dan berkarat sekalipun untuk menuduh Anwar di dalam klip video berkenaan, saya tetap sokong Anwar. Sekurang-kurangnya dia tidak pernah mengainayai kita semasa 8 tahun menjadi menteri kewangan dan timbalan PM. Malah banyak jasa dan idea beliau terpakai sehingga kini. Tetapi pemimpin tertinggi UMNO sekarang, apa yang mereka buat untuk rakyat? Tak lebih tak bukan hanya untuk memperkaya diri serta kroni dan membolot harta negara dan menindas rakyat selagi berkuasa. Tapi bagi rakyat yang otak berkarat dan kemetot, buatlah apa sahaja, kami tetap sokong kamu BM/UMNO kerana penyakit bodoh kami dah ditahap kritikal dan dah tak mampu dipulihkan lagi.

Anonymous said...

respon to Joyah :

jika benar DSAI melakukan zina
adakah itu menafikan kebenaran hakiki tntang perjuangan beliau menuntut keadilan untuk rakyat ?

sekurang2 nya beliau berani berdepan dngan Masyarakat dan
duduk dikandang tertuduh rela dibicarakan, menerima hukuman pada tuduhan yang dikatakan "konspirasi"

Anonymous said...

lihat perbezaan dua
sosok manusia ini

1. dua2 penzina/peliwat
2. sorang pembela rakyat/
sorang lagi mengambil kesempatan atas kesusahan rakyat
cth : (buat projek atas nama pmbangunan tapi korupsi berganda2
3. sorang sentiasa dizalimi kerana
perjuangan mmbela rakyat/
sorang lagi tidak pernah diuji dngan cabaran yg maha berat dlm mncapai impian keinginan diri

pilihan hanya ada 2 itu shaja...
yang mana satu pilihan anda ?

seri said...

saya tak faham macam mana pemimpin tak bermoral boleh menjadi pemimpin yang baik?? kalau macam tu takda masalah le kita terima kepimpinan najib?

zman said...

Jangan banding ler Najib dgn Anwar. Buat malu jer dan langsung tak sepadan. Seorang cicak mengkarung, seorang lg naga.Bukan nak menghina, tp satu perkara pun blm dpt najib buktikan keupayaannya.