Monday, June 4, 2012

Respon Pembaca

Ketidakadilan Felda Didedah Bekas Kakitangannya
Seorang penjengok blog saya mengaku sebagai bekas kakitangan Felda menulis rengkas mempersoalkan penyenaraian saham Felda Global Ventruce  (FGVB) ke bruasa saham bertanya penyenaraian itu memberi keuntungan kepada siapa. 

Paling mengejutkan menurutnya dengan penyenarian itu  bermakna tanah milik Felda seluas 360,000 hektar milik Felda bakal terlepas ke tangan orang lain.
Menurutnya apabila tanah yang dipajak oleh FGV bagi meningkat saham FVG tidak mungkin ia akan dapat dikembalikan ke Felda lagi walaupun menangis sampai air mata darah sekalipun.
Selain itu bekas kakitangan Felda ini juga mempertikaikan mengenai pengagihan saham yang tidak adil dan seimbang dimana pengagihan itu tidak berdasarkan kepada kesetiaan kakitangan berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan tetapi berdasarkan kepada merit jawatan.
Asas pembahagian itu menurutnya menyebabkan kakitangan yang memegang jawatan tinggi walaupun baru berkhidmat mendapat peruntukan besar manakala yang berjawatan rendah walaupun sudah berpuluh tahun berkhdimat mendapat peruntukan sedikit.
Katanya dari maklumat yang sahih diterima misalnya bagi jawatan bukan eksekutif  jumlah saham yang diuntukkan cuma 3,000 unit seorang berbanding 6,000 unit bagi penjawat junior eksekutif; Pengurus 25,000 unit, Pengurus Besar 40,000 unit dan Pengarah Eksekutif 75,000 unit
Ikutilah luahan perasaan dan pendedahan bagaimana ketidakadilan berlaku berleluasa dalam Felda seperti mana dicatatkan dalam email kepada blog Merah Tinta ini:
Penyinaraian FGV ke Bursa Saham Malaysia hampir menjadi kenyataan.  Ini bermakna berbagai usaha sama ada oleh pihak NGO atau individu tertentu untuk menyekat usaha penyenaraian FGV ini nampaknya menemui kegagalan.  

 Ini bermakna juga  tanah milik Felda seluas hampir 360,000 hektar yang dipajakkan kepada FGV bagi meningkatkan nilai saham FGV tidak mungkin akan dapat dikembalikan walau dengan tangisan darah sekalipun. Dan, kemungkinan asset ini bertukar tangan kepada taukeh-taukeh besar dari luar negara tidak boleh disankal lagi. Full stop.
Melalui kenyataan DS Najib semasa pelancaran prospectus FGV tempoh hari, sejumlah 182.4 juta saham FGV diperuntukkan kepada peneroka dan kakitangan Felda. Dengan jumlah peneroka seramai 112,000 orang bermakna setiap peneroka hanya mendapat saham  tidak sampai 1,500 unit bagi setiap keluarga. 

Persoalannya dengan ‘kokok riuh sedunia’, sebanyak ini sahajakah yang dapat diberi kepada peneroka? Berapa pula yang diperuntukkan kepada generasi ke dua mereka. Kosong!
Kita lihat pula pengagihan saham kepada kakitangan Felda. Daripada maklumat sahih yang diterima, pengagihan saham kepada kakitangan nampaknya sangat tidak adil. Pengagihan bukan berasaskan kepada ‘kesetiaan’mereka berkhidmat dengan Felda (yang diukur melalui tempoh khidmat) sebalinya menggunakan kaedah merit jawatan. 

Pengurusan tertinggi Syarikat/Felda (walaupun cuma berkhidmat beberapa ‘hari’ sahaja) akan mendapat habuan yang sangat lumayan manakala petugas bawahan hanya mendapat habuan yang sedikit. 

Umpamanya, bagi jawatan  bukan eksekutif  jumlah saham cuma 3,000 unit seorang berbanding 6,000 unit bagi penjawat junior eksekutif, Pengurus 25,000 unit, Pengurus Besar 40,000 unit dan Pengarah Eksekutif 75,000 unit. 

Maklumat tentang jumlah yang diperuntukkan kepada Pengerusi, Pengarah Besar dan Presiden Kumpulan tidak dinyatakan, saya menjangkakan mereka akan memperolehi saham masing-masing melebihi 100,000 unit saham. Jika harga saham na ik kepada RM6.55 sesaham semasa IPO, dengan sekelip mata  jumlah keuntungan modal yang mereka perolehi sudah tentu melebihi RM200,000. Adilkah ini?
Selain peruntukkan saham kepada peneroka dan kakitangan, sejumlah saham telah diperuntukkan kepada mereka yang menyokong serta membantu pembangunan Felda selama ini. Siapakah mereka ini? Yang pasti, pesara-pesara Felda telah dinafikan hak untuk memiliki saham kerana tidak termasuk dalam senarai ini.
Sekian dan terima kasih.
Bekas Kakitanagan Felda.
[wm.kl.5:55 pm 05/06/12]
Post a Comment