Friday, June 22, 2012

Hasil Analisa

Hasil Bancian Facebook
Ibrahim, Zulkefli Paling Dibenci 

Bekas ahli Umno, bekas ahli Berjasa, bekas ahli parti Semangat 46 kemudian bekas ahli Umno Inchek Ibrahim Ali menjadi politikus yang paling dibenci di kalangan rakan Facebook (Fb) saya. Dalam bancian yang dilakukan dua hari lepas seramai kira-kira 116 rakan memberi komen dan 55 menyatakan suka terhadap soalan yang saya kemukakan; siapakah dia politikus yang anda benci.

Dari jumlah itu seramai 37 orang dengan tegas dan berani menyatakan mereka benci atau tidak suka dengan political animal Inchek Ibrahim. Ada yang menyebut nama Ibrahim Ali berkali-kali ini menunjukkan kebencian mereka ke tahap melampau dan tidak boleh dimaaf.

Yang paling dibenci.
Politikus kedua yang dibenci oleh rakan Fb saya ialah ahli Parlimen Kulim - Bandar Baru, Zulkefli Nordin atau nama timang-timbangannya Zulkefli 9/10. Sama seperti Inchek Ibrahim kebencian kepada wakil rakyat ini juga di tahap berapi-rapi apabila ada yang mengulas serta menyenaraikan segala macam dosa-dosa ahli politik tersebut. Ada yang menyebut pembohongan dilakukan wakil rakyat ini tidak terbatas sampai di dalam masjid Haram di Makkah dan di masjid Nabawi di Madinah.

Seramai 23 orang rakan Fb saya yang dengan terang dan berani menyebut nama yang mereka benci ialah Zulkefli Nordin.

Manakala diranting ketiga dibenci ialah bekas presiden Umno yang juga bekas perdana menteri Mahathir Mohamad. Seramai 16 orang menulis dan menyebut mereka tidak suka kepada Mahathir Mohamad.

Lain-lain yang disenaraikan sebagai orang politik yang dibenci ialah Hassan Ali nama timang-timangannya Hassan Akidah. Seramai 11 orang menyebut mereka benci dengan Hassan Akidah.

Sementara dua tokoh nombor satu negara Najib Razak dan Anwar Ibrahim juga turut disenaraikan sebagai orang dibenci. Mereka masing-masing dicemuh dan dibenci oleh lima rakan Fb saya.

Nama-nama lain yang disenaraikan sebagai dibenci ialah Khairy Jamaluddin, Ahmad Maslan, Kapal Singh, Udin anak Yassin, Nazri Aziz, Rais Yatim dan Nala Karuppan.

Ezam Mohd Noor atau senator boy juga turut sama disebut sebagai orang dibenci bersama Noh Omar dan MB Terengganu negeri al-runtuhi Ahmad Said.

Tiada seorang pun pemimpin Pas yang disebut sebagai dibenci kecuali bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa. Seorang rakan Fb mencatat mereka membenci Nasharudin yang dikembarkan dengan Mahathir. 

Seperti mana dijanjikan saya juga mempunyai dua orang politician yang paling saya benci berdasarkan kepada kebinatangan sifat dan sikap politik mereka. Mereka ialah Inchek Ibrahim Ali dan Zulkefli 9/10. Nampaknya pilihan peribadi hampir 70 peratus menyamani apa yang ada di hati rakan-rakan Fb. Kepada semua yang mengambil bahagian sama ada menyenaraikan atau like diucapkan berbanyak terima kasih. [wm.kl.10:55 am 22/06/12]
Post a Comment