Perluncuran Buku Siddiq Fadhil
Menemukan Sahabat Lama, Membangkit Azan Perjuangan Malam tadi berlangsung majlis perluncuran buku berjudul "Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat" tulisan ilmuan yang juga pemancu gerakan Islam dan bangsa, Siddiq Fadhil. Upacara itu berlangsung di sebuah hotel di Ampang Selangor. Ramai yang hadir menjadikan dewan di hotel itu penuh sesak. Merujakan... mereka yang hadir terdiri dari para ilmuan, pejuang seni dan bahasa, pendakwah, pensiun kerajaan, mahasiswa dan semestinya orang dan ahli politik.
Sebahagian ilmuan yang hadir majlis perluncuran buku Siddiq. |
Melihat roma dan wajah yang hadir terdiri dari orang cerdik, memiliki minda yang terbuka dan tidak mudah menelan hujah atau laporan-laporan murahan yang disiarkan oleh media arus perdana negara ini yang menjadi media penjilat buntut (PB).
Saya tidak pasti siapa yang menyempurnakan 'perluncuran' buku itu kerana semasa saya memasuki dewan Siddiq Fadhil sedang memperkatakan bukunya itu. Manakala Anwar Ibrahim bersama isteri yang turut hadir memberi pengucapan dan ulasan buku itu hujung majlis.
Majlis semalam boleh dianggap berjaya dari segi tujuan dan matlamat diadakan. Majlis itu mempunyai serampang lebih dari satu mata! Apa yang saya nampak ia ada dua tujuan, (kalau salah maaf) pertama untuk menyemarakkan budaya penggalian ilmu serta menetaskan pemikiran besar demi manfaat negara dan bangsa, dan kedua mengumpulkan sahabat-sahabat lama penulis semasa dalam gerakan Islam, baik Abim, PKPIM atau gerakan fundamental Islam yang lain.
Kedua tujuan itu penting dalam saat-saat dan ambang seperti sekarang di mana negara atau politik negara berada di persimpangan hak dan batil. Tetapi lebih memaknakan lagi majlis itu ialah dengan adanya tujuan kedua itu mengijabkabukan minda kawan lama di samping bermahasabah diri kerana mungkin ada yang terlupa dan telah tersasar jauh. Bijak pihak pengajur dan perlu diucapkan terima kasih kerana di samping menyemarakan budaya berfikir ia juga berjaya menyatukan keping-keping hati yang retak dan berkecai di dalam gerakan dakwah terhebat negara ini khasnya Abim.
Anwar Ibrahim yang 50 tahun lalu menjadi ketua kepada sebahagian besar mereka yang hadir dari berbagai cabang harakah hadir bersama isteri Dr Wan Azizah Ismail tentu sangat berpuas hati kerana dapat sama menyempatkan diri. Banyak para pemimpin Abim turut hadir dan terlibat secara langsung dengan majlis perluncuran buku itu. Majlis itu khabarnya atas inisiatif Abim, PKPIM, Wadah dan Imam Selangor.
Misalnya dua orang ahli panel yang mendiskusikan atau memberi aperesiasi Ahli Parlimen Tumpat Kamaurddidn Jaafar dan Dr Muhamad Noor Nawawi adalah orang Abim merupakan sahabat Siddiq Fadhil dan Anwar Ibrahim. Manakala yang menjadi moderator diskusi itu Ahamd Azam Abdul Rahman juga merupakan bekas presiden Abim.
Dalam ruang yang sempit dan terbatas ini tidak mungkin untuk saya mencatat kesemua nama orang-orang Abim dan sahabat baik Anwar yang kelihatan malam tadi. Tetapi cukup kalau saya mengatakan mereka yang sebelum ini merupakan sahabat awal Anwar yang seketika beruzlah jiwa dan raga turut sama hadir. Hanya beberapa orang atau pemuka Abim yang suatu waktu dulu menjadi "pendulung" kepada Anwar seperti Sidik Baba, Ismail Mina, Ramli Musa, Kamaruddin Md Nor dan lain-lain tetap tidak kelihatan. Dulu orang-orang ini merupakan sahabat karib Anwar yang rajin menjadi tukang azan atau qamat sewaktu hendak mendirikan solat bersama.
Bahkan Sidik Baba itu diangan-angankan akan menjadi Ketua Menteri Melaka sekiranya Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri. Mungkin juga kerana Sidik pandai membaca helah politik menyebabkan beliau akhirnya tidak merasakan akan menjadi ketua menteri Melaka maka beliau sunyi dari hidup Anwar dan bertukar nkhoda bahtera hidup kepada tokoh lain. Sesekali sekali beliau kelihatan muncul dengan falsafah pendidikannya di kaca tv atau corong radio.
Kelangsungan majlis malam tadi dan dengan ramainya sentri-sentri Abim yang hadir jika dilihat dengan perasaan jernih dan jiwa hamba akan merasa terharu kerana segerombolan anak-anak muda yang memiliki iltizam dan semangat tinggi terhadap agama, berkumpul dalam wadah bernama Abim kira-kira 40 tahun lalu kini bertermu dan berrjumpa dalam majlis penuh berkat seperti itu. Sudah pasti majlis malam tadi akan memberi kepercayaan dan pencerahan baru kepada mereka untuk mengasah semula bakat dan pedang perjuangan bagi menghadapi arus masa kini yang rencam.
Mudah-mudahan pertemuan mereka sesama mereka akan menyuntik semangat baru yang lebih jitu dan memaknakan lagi. Mereka harus sedar, golongan merekalah telah berjaya meletakkan satu tapak masa depan agama bangsa yang kukuh dan mampan menerusi wadah bernama Abim. Sesuatu yang mendukacitakan kalau tokoh-tokoh yang dilahirkan oleh madrasah bernama Abim itu dibiar atau tidak menyatukan diri untuk manfaat negara. Tidak ada kumpulan seperti mana dilahirkan Abim yang mantap fikrah agamanya dan jelas jalur perjuangannya menuju Allah.
Seharusnya selepas mereka wisuda dari madrasah Abim mereka kembali ke tengah masyarakat menerusi jawatan atau dalam apa jua bentuk dan mekanisme. Tetapi sayangnya selepas berjaya mencetak model pemikiran dan uslud dakwah serta memacangkan destinasi kehidupan mereka bercemparaian mengikut haluan dan kepercayaan masing-masing. Ilmu dan konsep yang mereka tempa dalam Abim akhirnya hancur disebabkan tidak tertahan dengan godaan dunia dan ajakan para oportunis dan munafikin.
Ada yang menyertai Umno, Pas dan hidup berdiri atas rasa diri serndiri. Mewadahkan diri hanya dalam rumah, menjadi orang tengah dan pemerhati. Ada juga yang selepas masuk Umno dikeluarkan kerana tidak sesuai atau pun berlaku pemberontakkan jiwa disebabkan sudah diranumi dengan nilai-nilai perjuangan dan hidup yang digarapi Abim.
Menyertai Umno atas nawaitu politik hendak mengIslamkan parti kebangsaan itu dari dalam ternyata mengecewakan dan sesuatu yang membuahkan kekecewaan dan sia-sia. Apa yang berlaku membuktikan Islam tidak mengizinkan tindakan matlamat menghalalkan cara. Yang benar itu tetap benar dan hanya boleh dirangkul dengan kebenaran hakikin.
Hendaknya di hujung usia mereka, mereka bangsa Abim dan gerakan Islam lain itu kembali ke kebelakang untuk mencari Tuhan dengan apa yang mereka yakini dan praktikan sebelum ini. Pasti kalau mereka semua dapat mensebatikan antara badaniah dan bathian pasti gagasan yang mereka bangunkan sebelum ini akan berjaya menjadi kenyataan. [wm.kl.12:12 t/hari 26/06/12]
No comments:
Post a Comment