Inilah intri yang dimaksudkan itu. |
Saya memberi peringatan itu agar tidak ada yang menangis atau pengsan nanti apabila perkara itu sudah terbuka dan terbakar di dunia luas. Tujuan juga supaya anda tidak akan terkejut beruk setelah ia sampai ke telinga atau anda melihat sendiri peristiwa atau kejadian itu.
Ekoran intri itu ramai yang menghubungi saya dan menyatakan kebimbangan. Ramai mendesak saya menceritakan kepada mereka kalau pun secara umum tetapi secara personal, sulit. Mungkin ramai juga yang waswas dan beranggapan saya bergurau dan memberi satu gimik baru politik sebaik kembali dari tanah suci untuk hilangkan mengantuk sementara menanti pembubaran parlimen yang sudah beberapa kali tertangguh.
Nampaknya saya tidak perlu membiarkan persoalan itu lama berputar di dalam kepala anda sehinggakan ada yang sudah pening dan tidak lalu makan. Malam ini atau pagi esok saya akan lepas sebuah catatan merupakan spekulasi mengenai perkara itu. Ianya bersangkutan dengan misi rahsia pihak tertentu untuk mengagalkan perjalanan ke Putrajaya,
Saya kini sedang menanti beberapa dokumen, ataupun 'alibi' dan juga gambar berkenaan. Sebaik semua itu sudah saya terima saya akan lepaskan di blog ini. Cuma saya hendak mengingatkan jangan ada menuduh saya mengkhianti mana-mana pihak dengan apa yang didedahkan itu. Sebaiknya orang yang terlibat dalam 'projek' ini mengakui dan angkat tangan sebelum saya melepaskan peluru.
Menyerahlah sebelum anda diserang! [wm.kl. 2:56 pm 19/02/13]
11 comments:
celakalah puak2 ini. Rakyat bersusah payah dan terlalu mengharap perubahan kerajaan di putrajaya, kalau pengkhianat itu dtg dari dalam, lebih baik kita hapuskan mereka dahulu..CESSS!!
InsAllah kebenaran akan terserlah.. mana yang x layak memimpin kemenangan akan di gugurkan ataupun gugur dengan sendiri
Saya cadangkan penyokong Pakatan Rakyat meletakkan seorang calon bebas untuk bertanding di setiap kawasan yang ditandingi oleh ulamak (ular mamak?) Pas. Hanya kerusi yang ditandingi oleh Mat Sabu, Khalid Samad, Nizar dan Dr Dzul sahaja boleh dibenarkan satu lawan satu dengan BN sebab mereka ini semua calon berintegriti. Sekiranya calon-calon "tahaluf asyasyi wa syabu wa assyaitan arrajim" ini menarik diri untuk memberi laluan kepada gerombolan Umno, Pakatan Rakyat masih ada Plan B untuk menumpaskan BN. Setelah melihat perangai Pas dalam Pakatan Rakyat, saya sekarang 200% yakin parti ini adalah penyebab sebenar kenapa mereka terkeluar dari BN dan juga runtuhnya Angkatan Perpaduan Ummah (kerjasama Pas dengan Semangat 46/Ku Li).
molek tuan. dedah siapa talam dua muka... jgn main gila... nok kaya.. pangkat.. datok baik masuk umno... dok payah nok simpan bangkai ni.. baik buang lg baik... cisssss... keparat... PTR..... Tentera Rakyat..
Tuan,
Satu bayangan ( hint) yang mengusarkan. Pun begitu saya percaya pucuk pimpinan Pakatan Rakyat kena saling sokong menyokong untuk mengagalkan usaha ini jika ia adalah kerja dalaman. Itu satu serkap jarang no.1 saya...hehehe.
Jika ia melibatkan komponen Pakatan, ini rumit sikit. Tapi ia adalah satu tindakan harakiri. Pada saya kebangkitan rakyat sekarang adalah serius dan tidak akan berhenti sehingga UMNO/BN ditewaskan samada dalam PRU 13 atau 14. Jadi komponen itu bolehlah selamat dalam PRU 13 tetapi dalam PRU 14, siap la, akan hanur lebur. Riak-riak kalau dikaitkan dengan salah satu komponen, ia dah boleh dilihat dari 2 medan berasingan. Cuma yang mana satu. Ini serkap jarang no.2.
Tuan, berpihaklah kepada rakyat, dedahkan secept mungkin jika bukti dah cukup. Tak perlu 100%, kalau perlu dengan 60% pun boleh jalan dah. Jangan tuan seksa perasaan rakyat jugok serupo UMNo...hehehe.
bat8
Apa yg saya rasakan paling PAS sahaja meninggalkan PR. Tetapi ia mungkin hanya Perang saraf yg d buat2 oleh Pakar divide & Rule UMNO/BN sahaja. Kerana UMNO/BN pada PRU13 ini akan benar2 KALAH...Insyallah dgn kekuasaan Allah swt.
Adakah hal tersebut ada kaitan dengan ustaz haron din. Sudah dengar khabar2 yang tak menyenangkan. Betul ka tuan mso?
blog Tukar Tiub (Isham Rais) pun kerap menghentam dan membuat jenaka pasal air jampi, jin dalam botol sejak akhir-akhir ini. Semacam ada sesuatu sedang dirancang oleh Harun Din (yang menerima rawatan jantung di hospital first class di Amerika Syarikat dan dibiayai oleh pengerusi Syabas)
Salam tuan....sudah pasti komplot ini boleh meruntuhkan semangat penyokong pakatan rakyat walaupun ia belum pasti lagi...Kami menunggu segala pendedahan terbaru untuk mengetahui siapa yang merancang komplot yang sangat jijik ini. Sejak kebelakangan ini, aku juga rasa hairan dengan beberapa kerat ulamak dalam PAS yang tak henti-henti bercakap mengenai isu kalimah Allah sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong pakatan....ketika wujud perancangan UG dulu, ulama ini jugalah yang menjadi penentang kepada keputusan PAKATAN RAKYAT. Jangan kereana status ulama lu mahu hancurkan perpaduan PAKATAN RAKYAT.
munafiq harus di cantas. . .
Betul tu bro..
Post a Comment