Saturday, February 16, 2013

Penahanan Senator Australia Menjejaskan Kredibiliti Kerajaan

SUSUPAN MALAM                                                                                                          

Kepulangan saya dari Makkah hari ini disambut dengan penahanan Senator Australia Nick Xenophon oleh Imigresen di lapangan terbang tambang murah (LCCT) di Sepang. Senator itu ditahan kerana beliau disenaraikan sebagai musuh negara. Bagaimana pun kerajaan tidak menurunkan butir-butir penuh sebab apakah Xenphon disenaraikan sebagai musuh negara.

Seharusnya kerajaan perlu menyenaraikan beberapa bentuk kesalahan beliau sehingga beliau perlu dihalang memasuki ke negara ini. Di zaman langit terbuka dan Malaysia pua sering mendenagnkan sebagai sebuah negara demokratik penahanan itu menjadi sebaliknya.

Beliau dikatakan akan berada di negara ini bersama tiga delegasi terdiri dari NGO dari Australia untuk memantau sistem pilihan raya negara ini yang didakwa tidak telus. Tindakan mereka itu katanya kurang disenangi oleh kerajaan UBN.

Xenophon sebelum ini pernah datang ke Malaysia dan kali terakhir ialah sewaktu Bersih 3.0. Maklum terbaru mengenai nasib senator itu beliau akan dihantar pulang ke negaranya malam ini juga setelah di tahan beberapa jam di lokap di LCCT.

Persoalan kini apakah tindakan menahan senator bebas berkenaan tidak memburukkan reputasi kerajaan UBN? Sekiranya halangan terhadap Xenphon itu kerana tidak mahu beliau memantau perjalanan sistem pilihan raya negara ini, ia akan menjadi persoalan. Di satu sisi  kerajaan menerusi SPR mengatakan perjalanan pilihan raya negara ini telus dan adil, tetapi dalam masa lain kerajaan menghalang orang yang ingin memantaunya.

Kerajaan tidak perlu takut untuk membiarkan mana-mana pihak memantau proses pilihan raya negara ini kerana ia telus dan terbuka. Sebaliknya apabila ada halangan ke atas pemerhati, dakwaan pilihan raya itu telus dan terbuka boleh diragui dan bohong.

Kerajaan tidak perlu gerun untuk sesiapa sahaja membuat pemeriksaan ke atas apa-apa dasar dan polisi yang dilakukan selagi ianya adalah untuk kepentingan umum dan bukan atas tujuan mempersoalkan keselamatan negara. Demokrasi atau sistem pilihan raya adalah untuk kebaikan rakyat dan umum.

Dalam hal ini dilihat tindakan menghalang kemasukan Xenophon itu satu lagi tindakan kurang bijak dan demokratik oleh Hishmauddin Hussein sebagai menteri dalam negeri. Mungkin ianya disokong oleh penyokong tegar UBN tetapi dari sisi lain ia memberi reputasi buruk kepada pihak kerajaan. [wm.kl. 8: 30 pm 16/02/13]

4 comments:

ELBI RISALAH said...

Selamat kembali ke tanah air !. Risau jugak dah lama MSO tak tulis apa-apa.

Moga-moga lebih bertenaga selepas minum air zam-zam. He he he...

Delima said...

Kenapa selepas 12 kali negara menjalankan PRU, dan hampir memasuki PRU ke-13 UBN masih takut kepada bayang-bayang sendiri.SPR telah menjaja di serata cerok rantau dunia bahawa PRU kita bersih dan adil. Nah... inilah masanya orang luar mahu melihat signifikan kenyataan SPR tersebut. Kesimpulannya, tidak wajar penahanan ini kerana akhirnya akan memalukan negara sendiri. Wahai PM, mari berfikir di luar kotak. Kalau bersih orang akan kata bersih. Kalau kotor orang akan kata kotor. Kalau bersih di tempat kotor, ibarat suci dalam debu, maka istilahnya tetap mulia.

bat8 said...

Tuan MSO

Pertama-tamanya saya mengucapkan selamat kembali ke tanahair. saya adalah antara pengunjung yang tertanya-tanya kemana tuan menghilang. Syukur tuan telah kembali dan saya amat gembira dapat membaca dan menatap kembali tulisan-tulisan tuan.

Yang saya nak bangkitkan ialah mengenai kenyataan wan Ahmad mengenai penahanan senator dari Australia ini.

Yang saya tidak faham apa kaitan penahanan ini dengan SPR? Kalau dengan Jabatan Imigresen tu kita fahamlah. Kenyataan Wan ahmad ini yang mengatakan penahanan senator ini tidak boleh dijadikan sebab untuk mengatakan PRU 13 akan berlangsung secara tidak adil - dok blago lok langsung.

Napok benar apa yang dia cuba nafikan itu yang dia tahu akan berlaku. Kalau tidak, tiada alasan langsung bagi SPR menampuri urusan Jabatan Imigresen nih.

bat8

ayba said...

Dianggap musuh negara kerana mahu melihat perjalanan pilihanraya. Gila ke apa?

Tindakan ini mencemar maruah negara, dan inilah yang patutnya dianggap musuh negara.