Tuesday, February 5, 2013

Seorang Lagi Bekas Jeneral Akan Sertai PR

TERKINI PAGI                                                                                                                  

PKR dan PAS masing-masing akan menerima seorang anggota baru dari pasukan keselamatan apabila seorang lagi bekas jeneral dan seorang bekas pegawai tinggi polis akan menyertai parti berkenaan. Perundingan untuk mereka menyertai kedua-dua parti itu sudah dijalankan dan hampir beres.

PAS dijangka akan membuat pengumuman kemasukan bekas pegawai tinggi polis berkenaan dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat Jawatankuasa Agungnya sehari dua lagi. Manakala PKR pula sedang mengadakan rundingan di peringkat akhir dengan bekas jeneral berkenaan.

Menurut maklumat ibu pejabat PKR, rundingan akhir mengenai penyerataan bekas jeneral itu akan diadakan lewat petang ini manakala pengumuman kemasukan itu akan menyusul.

Sebelum ini sekurang-kurang dua pegawai tinggi tentera berpangkat panglima dan seorang pegawai tinggi polis telah menyertai Pakatan Rakyat, seorang melalui PKR dan seorang menerusi PAS. Penyertaan anggota pasukan keselamatan ini memberi suntikan semangat baru untuk PR.

Penyertaan bekas-bekas pegawai tinggi pasukan keselamatan ini juga menggambarkan perubahan besar dalam minda mereka terhadap pembangkang yang mana sebelum ini mereka dipaksa menyokong parti pemerintah tanpa boleh menyatakan apa-apa bantahan.

Penyertaan pegawai tinggi itu juga menyerlahkan bahawa pembangkang kini cukup berwibawa dan menjadi pilihan umum untuk menjadi kerajaan menggantikan Umno dan BN. [wm.kl 11:12 am 05/02/13]

5 comments:

Kabar Kinabalu said...

strategi yg bijak hasil renungan perkembangan politik negara tetangga Indonesia.

ras abu said...

Tahniah PR dimana kini sudah dipercayai bukan sahaja rakyat biasa tetapi juga penjawat awam diperingkat tinggi

AnakSama said...

Apa pun, tidak salah terus hati-hati....

noreen said...

Ini betul-betul kejadian ke?... bukan cobaan?

Delima said...

Tahniah PR... jika benar maka itu adalah kebenaran yang sememangnya benar PR perjuangkan. Semoga berita ini benar-benar berlaku. Rakyat sudah tidak sabar menunggu kebenaran yang sebenar.