Wednesday, July 10, 2013

Piliihan Raya Kuala Besut: Pas, UBN Letak Muka Baru

SELEPAS SAHUR                                                                                

Pas malam tadi dengan rasminya mengumumkan Azlan Yusuf sebagai calon Pas untuk pilihan raya kecil Kuala Besut. Beliau berumur 48 tahun merupakan seorang kontrektor dan ahli perniagaan. Dalam parti beliau adalah bendahari Pas Kuala Besut. Pengumuman itu dibuat di Kampung Nail Kuala Besut, kampung kelahiran Azlan.

Abdul Hadi umumkan Azlan sebagai calon.
Hari penamaan calon akan diadakan esok Jumaat manakala hari pengundian 24 Julai, Rabu.

Dalam pada itu UBN telah menamakan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman sebagai calonnya.

Zaihan merupakan bekas Jutera Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) Daerah Besut yang kini berkhidmat di Putrajaya.

Bagi menggerakkan pilihan raya kecil ini Naib Presiden Pas Husam Musa telah dilantik sebagai pengarah. Perlantikan ini adalah tugas pertama Husam selepas beliau tidak dilantik menganggotai jemaah Exco Kelantanm.

Secara tidak langsung ia merupakan tugas dan tanggungjawab pertama Husam. Penyerahan tuanggungjawab ini dikira sesuai dan munasabah kerana Husam tidak lagi sibuk dengan tugas-tugas sebagai anggota Exco.

UBN pula melantik Muhyiddin Mohd Yassin sebagai pengarah.

Mengenai calon kedua-dua parti meletakkan muka baru untuk memastikan kerusi Kuala Besut menjadi milik masing-masing. Pilihan raya kecil itu kedua-dua pihak dalam keadaan terdesak dan mencabar khasnya bagi UBN.

UBN kena pastikan kerusi miliknya sebelum kekal bagi mengelakkan berlaku keadaan 'kritikal' di DUN Terengganu. Sekiranya Pas memenangi kerusi berkenaan keadaa DUN Terengganu akan seimbangan di mana UBN 16 Pas 16. [wm.kl.5:22 am 10/07/13]

No comments: