Wednesday, July 31, 2013

Tarik Balik Semua Petisyen, Selamatkan Wang

PENDAPAT                                                                                         

Hari ini mahkamah meneruskan lagi siri-siri penolakan petisyen pilihan raya, kali ini untuk empat kerusi parlimen semuanya membabitkan kerusi di Selangor. Kerusi-kerusi itu ialah Kuala Selangor, Sungai Besar, Sabak Bernam dan Sepang.

Penolakan itu mengekalkan keputusan pilihan raya lalu, kerusi Kuala Selangor, Sungai Besar dan Sabah Bernam kepada calon UBN manakala kerusi Sepang kepada calon Pas, Hanifa Maidin. Mahkamah juga mengenakan kos luar biasa kepada pempetisyen sebanyak RM50,000.

Memandangkan mahkamah seakan sudah ada keputusan awal dalam meneliti kes-kes petisyen ini, di mana semuanya setakat ini ditolak dengan alasan teknikal yanhg remeh, elok kalau parti-parti yang mengemukakan petisyen mengkaji balik dari meneruskan petisyen mereka dari dibicarakan.


Tidak ada guna menghabiskan wang untuk dibayar kepada pengurus pilihan raya dan pihak yang dipestiyen. Lebih baik wang itu digunakan untuk memperkasakan parti masing-masing bagi persiapan menunggu pilihan raya umum ke 14 yang sudah tidak lama lagi. (Empat tahun setengah bukan lama).

Sikap mahkamah berhubung petisyen ini tidak berubah. Walaupun Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim meminta agar Ketua Hakim Negara mencampuri dan meneliti trend mahkamah dalam membuat keputusan, tetapi Ariffin Zakaria tetap membisu. Kononnya beliau selaku ketua hakim tidak boleh memberi apa-apa ulasan. Melanggtar kod kehakiman barang kali.

Sehubungan itu mungkin perlu dipinda Akta Suruhanjaya Pilihan Raya agar membuang ruang dan hak untuk membawa mana-mana kes pilihan raya ke mahkamah. Dengan tiada apa-apa peruntukan undang-undang dan hak itu maka parti-parti politik tidak perlu bersusah payah menyediakan bukti serta wang dan berjujutan ke mahkamah untuk mendapat keadilan setelah mereka merasakan ditipu ataupun diselewengkan oleh mana-mana pihak atau dalam pelbagai bentuk sepanjang proses pilihan raya.

Pakatan Rakyat dianggarkan akan membelanja lebih RM3 juta untuk membiayai kos petisyen. Wang sebanyak itu satu jumlah besar. Dengan menarik balik petisyen ahli-ahli juga tidak terbeban kerana selalunya bila parti memerlukan wang untuk sesuatu tujuan ahlilah yang akan dikerah untuk mendapatkannya. [wm.kl.2:44 pm 31/07/13]

1 comment:

Unknown said...

Jangan tarik diri dan teruskan. Jika tidak, mahkamah akan beri advantage kepada petisyen bn dan menangkan kes mereka. Biar rugi sikit jangan rugi banyak. Harap faham maksud saya.