Sunday, July 7, 2013

Tiga Hari Tidak Mengisi Blog

PERHATIAN                                                                                           

Tiga hari saya tidak mengisi blog dengan apa-apa bahan kerana saya melakukan satu perjalanan dalam menjejak bagi mengenali lebih rapat orang-orang mencipta sejarah untuk bangsa dan negara. Saya ke perkampungan komunis di Shukhrin Selatan Thailand yang juga dipanggil perkampungan perdamaian.

Insya-Allah saya akan cuba mencatat apa-apa yang saya lihat, dengar dan mentafsirkan apa yang ada di perkampungan berkenaan serta menceritakan perihal bekas pejuang kemerdekaan yang berhaluan kiri itu. Alhamdulilah kehadiran saya bersama beberapa yang lain ke sana disambut dengan mesra dan jalinan persaudaraan dirasai.

Setidak-tidaknya persepsi buruk terhadap perjuangan mereka, budaya dan agama mereka (Islam) yang sengaja ditokok tambah agar mereka dibenci atau dilihat asing dari akal umbi sejarah bangsa dapat dihakiskan. Kalau bukan untuk semua mungkin bagi saya secara peribadi yang melihatnya dengan kaca mata keadilan dan kemunsabahan!

Inysa-Allah dan ikutilah catatan perjalanan ke pungan komunis di Ban Chulaborn Patana 12 itu. Kemas![wm.kl.12:38 t/hari 07/07/13]

2 comments:

abdrazak said...

3 hari tak baca blog mso rasanya begitu lama

Martoiriat said...

Salam MSO..
Sebagai pengunjung blog, dua tiga hari tidak menatap tulisan dari blog 'Merah Tinta'sebagai satu kehilangan berita2 dan maklumat terkini. Tertanya juga dihati kecil ini, kenapa dan mengapa agaknya dibiarkan begitu. Apakah keuzuran atau sebaliknya. Rupanya satu perjalanan jauh yg dihadapi saudara MSO hanya untuk mencari bahan berita untuk dicatatkan di sini. Semoga ianya dapat dikongsikan bersama untuk kebaikan semua.
Kagum dgn blog 'Merah Tinta' yg sentiasa memaparkan isu2 menarik dan merupakan blog politik yg harus diikuti sepanjang masa...