Mulanya saya tidak berminat memberi apa-apa komen atau ulasan mengenai pertembungan sesama sendiri di antara Pas, PSM (PKR) di kerusi Kota Damnsara, Selangor di dalam pilihan raya lalu sehinggakan kerusi itu melayang ke tangan calon BN, Halimaton Sadiah. Secara teorinya kalau kerusi itu ditandingi seorang sama seorang di antara Pakatan Rakyat dengan UBN, sudah sahih kerusi itu akan dimenangi oleh PR menerusi calonnya Dr Mohd Nasir Hashim.
Dr Mohd Nasir Hashim |
Lagi pun Dr Nasir telah mewakili kerusi berkenaan pada pilihan raya 2008 lalu.
Cuba perhatikan undi yang diperolehi Dr Nasir dan calon Pas Rizuan Ismail. Nasir mendapat 14,860 undi manakala Rizuan mendapat 7,312. Kalau dicampur kedua undi mereka itu Pakatan Rakyat akan memperolehi 22,172 undi berbanding dengan Halimaton Saadiah yang menang dengan mendapat undi sebanyak 16,387. Sebab itu kalau mengikut teori (atas kertas) Dr Nasir akan menang dengan majoriti sekurang 10,000. Tetapi...
Bagaimana sikap diam saya itu akhir terbuka juga apabila kemelut huduh di Kota Damansara itu menjadi polemik. Rasa tidak puas hati banyak pihak terlontar mengenainya. Isu kerusi Kota Damnsara itu tidak senyap begitu saja dan ia akan menjadi sejarah hitam yang akan disebut dan dijadikan iktibar. Rasa tidak puas hati khasnya di kalangan PSM (PKR) terus disebut-sebut. Kesalahan diletakkan kepada Pas. Pas dianggap sebagai tamak, tidak menghormati semangat kerjasama dan degil tidak mahu mengendah. Begitulah persepsinya walaupun yang merencana mengenai kasus itu hanya beberapa orang saja.
Anihnya Dr Nasir sendiri tidak kedengaran melahirkan rasa kecewa atas apa yang berlaku. Dr Nasir seperti dapat menerima takdir 'pengkhinatan' yang dilakukan terhadapnya. Beliau mungkin sudah memahami dan menerimanya kerana begitulah politik. Mungkin begitulah sifat "sosialis dan komunis" yang ditohokkan kepada dirinya. Komunis lebih 'tawaduk' daripada pihak-pihak lain yang nampak sangat ghairah dan tidak bijak menilai suasana.
Abdul Hadi terlibat..? |
Kita lihat senario apa yang berlaku di Kota Damansara itu. Pas mendakwa kerusi itu adalah kerusinya kerana pemberian kepada Dr Nasir pada tahun 2008 adalah bersifat semantara. Sebelum ini kerusi itu ditandingi Pas, tetapi tewas. Pas juga mendakawa penyokong mereka lebih ramai di situ berbanding dengan penyokong PKR atau Dr Nasir sendiri. Isu-isu lain ditimbulkan adalah kerana Dr Nasir seorang kononnya pengkagum kepada tokoh-tokoh sosialis dan komunis. Selebihnya Dr Nasir tidak turun ke kawasan dan jarang ditemui di masjid.
Inilah tiga modal atau isu ditimbulkan Pas yang akhirnya Kota Damansara dirobohi oleh Umno. Cuba kita ulas dan pehatikan satu persatu mengenai apa yang didakwa oleh orang Pas khasnya di Kota Damansara itu untuk melihat siapa yang benar dan siapa yang silap atau tohor ilmu politiknya dalam konteks ini. Dalam hipotesis ini nanti sama-sama kita membuat kesimpulan.
Memang kerusi itu adalah kerusi Pas atas sifat ianya ditandingkan oleh Pas pada tahun 2004. Sememangnya juga ahli Pas tentu lebih ramai daripada ahli PKR atau PSM sendiri. Tetapi hujah ini boleh dipertikaikan kalau kita mengambil pendekatan politik waras demi untuk kemenangan bersama. Walaupun kerusi itu menjadi milik Pas, ia bukan sesuatu yang mutlak di dalam politik. Politik akan bergerak mengikut tektik dan strategi. Tektik dan strategi itu boleh berubah sebaliknya dasar wajib kekal. Kalau pertahanan kerusi Kota Damansara itu atas dasar 'siasah syariah' ternyata ia silap. Perlu disedari politik yang ikut sama ditunggani Pas hari ini bukan politik Islam seratus peratus yang rigid, apa-apa keputusan tidak boleh dirubah.
Politik yang didokongi Pas kini juga separuh sekular (meterialistik) dan bercanggah dengan prinsip syariat Islam. Ia diterima atas khilas darurat saja. Rasanya tidak perlu saya menghurai mengenai hal ini. Yang jelasnya Pas ikut pun sama terjebak dalam politik sekular seperti juga Umno dan lain-lain parti.
Mengenai sikap dipegang oleh Pas Kota Damansara itu ia sesuatu yang bertentangan dengan semangat tahalul syiasi yang dianjur Pas sendiri. Jadi kalau orang mengatakan Pas bikin tidak serupa cakap ada 'kuliha'nya juga dan janganlah ada ahli Pas yang melenting.
Justeru memandangkan Pas telah menjalinkan kerjsama dengan PKR dan DAP, adalah wajar untuk Pas menyerahkan kerusi berkenaan kepada Dr Nasir atas sebab beliau telah menang di kerusi berkenaan. Dari perhitungan politik untuk menang, ia berpeluang besar kalau Dr Nasir diberi laluan. Lagi pun Pas sudah memperolehi banya kerusi berbanding dengan PSM sendiri di Selangor. Elok kalau Pas mengambil kira situasi itu. Kegilaan Pas ingin memiliki kerusi berkenaan menyerlahkan sifat tamak Pas dan tidak memahami erti kerjasama politik dalam satu pasukan (collection parti). Inilah masalah dihadapi oleh sesetengah ahli atau pemimpin Pas yang syok bercakap mengakui Islam dan jahil pula politik sekular.
Begitu juga alasan Pas memiliki keahlian yang ramai di situ bukan merupakan alasan bijak dan sesuatu yang mutlak untuk mendapatkan kerusi tersebut. Kalau Pas mengakui mereka adalah gabungan kepada PKR dan DAP, untuk apa Pas mendakwa dan mempertahankan dengan bilangan keahlian untuk memiliki kerusi berkenaan? Kecualilah Dr Nasir pada tahun 2008 kalah di kerusi berkenaan. Ternyata Dr Nasir menang di situ atas sokongan Pas juga. Kemenangan Dr Nasir itu yang diharap-harapkan kerana itulah matlamatnya. Dalam situasi sebegitu Pas sepatutnya berkorban bukannya melakukan korban.
Seperkara yang jelas segelintir orang Pas di Kota Damansara tidak gentlemen dalam berpolitik. Tidak menghormati keputusan parti dan menentang arahan parti. Parti telah bersetuju dan sepakat untuk memberi kerusi kepada Dr Nasir. Pas Selangor juga bersetuju. Tetapi ia ditentang begitu rupa sekali sehinggakan watikah calon yang biasanya di tandatangai Setiausaha Agung tetapi ditanda tangani oleh Presiden?
Ertinya disini Pas Kota Damnsara tidak mematuhi keputusan awal parti dan ada unsur-unsur mepengaruhi presiden agar memberi watikah kepaa calon mereka. Dalam soal ini, Presiden Abdul Hadi Awang juga boleh dipersoalkan dari segi kredibilitinya, kebijaksanaan dan sejauh mana tindakannya adil - kenapa sampai begitu. Bukankah PKR telah mengeluarkan watikah kepada Dr Nasir? Apakah tidak ada kosultasi di antara beliau dengan Dr Wan Azizah selaku presiden parti?
Khabarnya Setiausaha Agung Mustafa Ali terkilan dengan tindakan Abdul Hadi itu sampai merungut; sukar untuk saya bekerja dengan presiden macam ini. Mustapa dikatakan merajuk dan membawa diri ke Sabah? Sedikit sebanyak wibawa Abdul Hadi sebagai pemimpin nombor satu parti dipertikaikan dengan apa yang berlaku itu. Di sinilah orang akan melihat ada hubungan atau elemen kronisme di dalam isu Kota Damansara kerana berkebetulan salah seorang yang menuntut agar kerusi itu diberikan kepada Pas adalah menantunya sendiri. Kalau fenomena ini berlaku ia merupakan tanda-tanda buruk kepada Pas.
Memerhati situasi ini orang bertanggungjawab dalam kes Kota Damansara adalah bukan orang lain melainkan Abdul Hadi sendiri maka dia kena ambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Kejadian itu mempamirkan sejauh mana kematangan dan fatanahnya politik presiden itu. Walaupun ada usaha untuk mengelakkan kejadian itu atas restunya dengan massa Pas membelasah menantunya tetapi hakikat di sebalik itu orang sudah membacanya.
Bagi saya melihat apa yang berlaku itu boleh menyimpulkan bahawa kerjasama antara Pas dengan PKR khasnya Anwar Ibrahim bagi sesetengah pemimpin tertinggi Pas termasuk Abdul Hadi tidak ikhlas. Abdul Hadi dalam keadaan tertentu seperti terpaksa menerima kerjasama itu bukan atas kehendak dan jiwanya sendiri. Kerana kalau beliau ikhlas, tulus dan menerima kerjasama itu hal-hal di Kota Damansara, kenyataan-kenyataanm beliau mengecam calon PKR di Terengganu tidak berlaku. Beliau akan tetap mempertahankan keputusan awal dan tidak mudah digerudi oleh sesiapa walaupun menantu sendiri.
Tidak melampau dikatakan sekiranya Pas masih lagi mahu parti itu dipimpinan oleh Abdul Hadi Awang di masa akan datang, apakah perlu diusulkan dalam muktamar kelak agar kerjasama Pas dengan PKR (Anwar Ibrahim) dibincangkan. Selagi tidak wujud kerjasama sebati dan ikhlas Pas dengan Anwar (PKR) maka selama itulah hal-hal yang berlaku seperti di Damansara dan Terengganu atau di Sungai Aceh akan berlaku. Selama itu juga halangan-galangan dalaman ke atas kejayaan Pakatan Rakyat akan terus berlaku. [wm.kl.04/08/13]
14 comments:
Saya tidak mahir dalam politik tetapi cuma ingin menimbulkan persoalan kenapa kerusi kota damansara sahaja yang dipertikaikan. Sedangkan banyak lagi kerusi yang bertindih seperti semenyih. Adakah kerana menantu haji hadi disana maka ia digunakan bagi menekan presiden.
Saya rasa ayahanda Tuanguru Mursyidul Am pun akan bersetuju dengan apa yg ditulis oleh tuan MSO ini...
Kami yg x ada apa apa kepentingan pun waktu itu terasa sgt kecewa ...dgn keadaan di tiga kerusi itu....hati pun berkata...oooo depa ni x cukup ikhlas rupanya...cuba tuan mso kaji sikit apa yg berlaku di Sik...tragis jgak....
Salam. Kenapa kota damansara saja yg dibahas. 6 tempat lagi adakah salah pas jugak. Dalam hal ini saya melihat pak mso terlalu memuja anwar dan bias dalam membahaskan isu perebutan kerusi ini. Bagi saya perebutan kerusi ini bukan salah ust hadi seorang, malah kegagalan majlis presiden pakatan secara keseluruhannya. Wallahuaklam
Orang PAS perlu menggantikan presiden baru yang boleh bekerja keras untuk PRU 14 akan datang. Humbankan din ayam dan ustaz reduan ismail yang ego.
Dalam isu Kota Damnsara kebertanggungjawab ialah terletak kepada Presiden parti sebab beliau mengambil peranan secara langsung. Kes Kota Damansara sebagai kes contoh akan ketidaktulusan dalam kerjasama. Kenapa Kota Damansara, tak lain kerana ia membabitkan menantunya. Itu yang orang fokus.
Sama ada ia ditimbulkan untuk melanyak presiden itu persepsi masing-masing. Cuma saya nak ingatkan tidak ada sesiapa terkawal dosa dalam dunia politik. Harap maklum.
Presiden pas dan menantunya harus brtnggungjwb dlm hal kota damansara ni jgn biarkan cerita kj dlm zaman pak lah menular menjadi barah dlm pas..baru setahun jagung dlm perjuangan pas tp dh nk tunjuk belang seolah berkuasa dan menjadi pendinding pada pak mertua jgn smpai rakyat muak dgn pas contohi lah aruah ust fazil semasa menjadi presiden..
Buang je Residen yg x reti nk ikut rentak rakyat..politik bukan pasai parti atau politician tp berkaitan kehendak rakyat...PR juga yg selalu melaungkan rakyat adalah pemilik tanaha Malaysia ini, bukan politician..kalo ada politician yg cmni x guna simpan x kiralah hatta Presiden Pas sekalipun...terlalu syok sendiri smpai ketetapan bersama yg telah disepakati jga nk rempuh...
masa kes arifahmi menantu tok guru nik aziz dlu jd polimik, tok guru hadi mnasihatkan tok guru nik aziz supaya arifahmi letak jawatan dr PMBK dan polimik slesai. Kini mgkn tiba masanya untuk tok guru nik aziz pula menasihatkan hj. Hadi untuk slesaikan polimik menantu pula... Rasa mcm blm sesuai jd majlis syura'. Sya ulang bkan tk layak tp blm ssuai masanya...
Saya bersetuju dengan pandangan Amin sesetengah ahli majlis syura belum sesuai untuk menjabat jawatan itu. Majlis syura adalah dewan penasihat merupakan dewan tertinggi dalam Pas. Seeloknya mereka yang hendak dilantik ke jawatan itu berpengalaman penuh, mjatang seperti mana perlantikan hakim yang diambil dari hakim-hakim yang senior. Ilmu tinggi tanpa pengalaman samalah dengan kepala tinggi tetapi buahnya tidak bersantan, pasti kurang lemak. Walahu'alam.
nampaknya kerusi ini tahun 2008 Pas pinjamkan kpd PSM...tahun 2013 PAS pinjamkan kpd UMNO.
pengajaran tuk pr,terutama sekali pas...hopefully benda2 macam ni x berlaku di mendatang."bersatu kita teguh,bercerai kita roboh"!!!
jadikan pengajaran n moga perkara ni x berulang lagi,x pasal2 sokongan akan beralih arah...rapatkan saf kepimpinan pr n looking forward,di hadapan lebih mencabar gan ekonomi negara yang x menentu.simpati dengan dr.nasir!!!!
Dalam kes KD, TGHH melibatkan diri secara langsung dan membelakangkan partinya sendiri terutama Pas Selangor.Perlu di ambil kita juga tindakan beliau mengkritik calun-calun parti sekutu di khalayak hanya berdasarkan kpd 'hearsay'. Harus ada pertanggung jawaban...
Post a Comment