Saturday, October 12, 2013

Surendran perlu sahut ajakan Ketua Polis

PANDANGAN                                                                                    

Adalah tepat tindakan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar yang mengundang naib presiden PKR, N Surendran untuk sama-sama mengikuti pasukan polis ketika sedang melakukan pembenterasan jenayah. Dengan cara itu Surendran dapat mengetahui akan kesukaran ataupun bagaimana kritikalnya polis dalam berdepan dengan penjenayah. Selepas sama-sama mengikuti operasi seperti itu Surendran boleh buat penilaian sendiri dan memberi tahu kepada rakyat kemudiannya.

Di sini kita bukan bermaksud hendak membela polis, tetapi memahami akan perasaan polis yang berada di barisan depan, berdepan dengan penjenayah yang juga memiliki senjata. Walaupun mereka dilengkapi senjata canggih dan merupakan penembak tepat, tetapi mereka juga manusia yang ada perasaan berani dan kecut. Mereka juga bukan sebatang kara tetapi ada anak, isteri dan ibubapa yang perlu dijagai. Tentu mereka juga ada perasaan bimbang dan takut dan rasa keselamatan diri perlu diutamakan dulu.

Adalah tidak adil kalau menuduh kesemua pasukan polis tidak cekap, tidak amanah ataupun main-main dengan penjenayah dan usaha membenteraskan jenayah. Bukan tidak boleh mempertikaikan tindakan polis tetapi kena juga memahami benar-benar keadaannya.

Tidak dianfikan ada jabatan-jabatan tertentu dan individu tertentu di dalam pasukan polis yang boleh dipertikaikan, tetapi bukan semua. Tindakan dilakukan oleh sesetengah individu awam khasnya politician akhir-akhir ini yang mengkritik PDRM seperti sudah agak melampau dan sudah tidak rasional lagi. Mereka meletakkan persepsi buruk ke atas polis. Semacam mengkritik polis sama tujuan dengan membangkitkan soal ketidaksetiaan DAP kepada negara di mana tujuan agar rakyat mencemuhi DAP. Nah, begitu juga jika diperhatikan kepada gaya mengkritik dan membalun polis ia semacam mahu menjadikan polis sebagai modal politik.

Mereka yang mengkritik polis mahu dianggap berani dan hero. Maklumlah polis ada bedil, ada gari tetapi mereka tetap juga berani mengkritik. Jadi mereka adalah hero. Teori itu salah rasanya. Bukan hero sejati kalau mengkritik polis yang dianggap agen pembenteras penjenayah.
Hero sebenarnya ialah mereka yang membenteras penjenayah.

Lagi pun tidakan ini tidak adil dan sebuah pasukan seperti polis atau tentera tidak boleh dibolot dengan emosi dan nafsu-nasfu politik. Ada kulihanya juga mereka yang sensitif bangat kepada orang yang menegur polis.

Tidak dinafikan tindakan rakus polis dalam tindakan-tindakan mereka, umpamanya dalam menyuraikan penunjuk perasaan ianya diluar batas-batas tatakerja polis sendiri. Tetapi ada juga tindakan provokasi berlebihan dari pihak rakyat  (pembangkang) sendiri. Pernah terjadi bagaimana seorang ahli parlimen pembangkang sengaja mahu merempuh sekatan polis atau tidak mahu memberi kerjasama dengan polis. Akhirnya dia didakwa dan didapati bersalah dan hampir-hampir hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Begitu juga ada yang bertindak mengigit telinga polis semasa bergelut dengan polis dalam bertindak mempertahankan kebebasan dan hak asasi. Tidak kurang juga yang sengaja menyakiti hati polis dengan melakukan aksi-aksi yang boleh dielakkan. Paling mengejutkan lagi ada suka kalau darah merecik di badan mereka kerana blantan polis. Mereka akan ambil gambar dan tayang dalam facebook. Untuk apa?

Mungkin tindakan-tindakan provokasi kepada polis itu kes-kes terpencil. Tetapi ia perlu dilihat kepada kesan keseluruhannya. Implikasi kepada tindakan sebegitu bukan kecil. Disebabkan kebetulan individu yang saya sebut itu adalah anggota kepada sebuah parti menyebabkan orang akan cap tindakan itu atas keizinan parti berkenaan, walhal ia adalah tindakan sendiri. Di sini lama kelamaan orang akan merasakan parti berkenaan kerjanya ialah menentang dan melawan polis. Bukan semua estblishment elok ditentang.

Parti yang menyedari keadaan ini harus menasihati ahli-ahli mereka agar tidak melakukan provokasi melampau dengan mencabar polis, memeprtikaikan tindakan-tindakan polis yang dibuat untuk kebaikan bersama terutamanya mengenai jenayah. Hakikat kebaikan polis harus juga diterima, manakala yang ternyata jahat seperti menumbuk tahanan pelu dikecam sampai ke akhirat.

Berbalik kepada N Surendran tadi elok kalau beliau menyahut segera ajakan polis itu, saksi sendiri keadaan-keadaan yang cemas dan kritikal dan penuh dramatik dalam sesuatu keadaan sebegitu. Nilai sendiri bagaimana polis bertindak terhadap penjenayah apakah mereka mengikut prosuder (SOP) ataupun tidak. Bila ada apa-apa kejadian misalnya tindakan mengepong penjenayah yang dipercayai ada senjata, panggillah N Surendran dan diharap ahli parlimen itu tidak pula akan memberi alasan.

Bukan Surendran saja individu-individu lain yang mempertikaikan tindakan polis konon tidak mengikut SOP juga boleh dipanggil sama. Berikan mereka peluang sejelas-jelasnya.

N Surendran tidak akan dapat merasai kecemasan atau melihat peluh dingin mengalir di dahi penembak tepat polis ketika berdepan dengan penjenayah. Memerhati dan berada di lokasi dalam situasi begitu tidak akan sama dengan hanya melihat rakaman video atau cc tv atau pun still foto yang disediakan. Ayuh pergilah...[wm.kl.10:37 am 12/10/13]

2 comments:

Unknown said...

Cantik rumusan tuan MSO
aaya bersetuju dgn apa yang pihak polis lakukan Utk membendung penjenayah
Saya rasa majoriti rakyat Malaysia menyokong polis menembak penjenayah bersenjata tak kira apa bangsa sekali
MP pembangkang sepatutnya memberi dokongan penuh kepada usaha polis dan hargai mereka dan janganlah mendengar rintihan segelintir yang cuba menegak benang basah
Betul kata IGP belum ada pihak pembangkang yang tampil kedepsn memberi dokongan kepada keluarga anggota polis yang cedera atau terkorban semasa bertugas

Unknown said...

Polis sangat professional dan beretika kalau menyiasat kes asalkan tidak di ganGgu oleh org politik penguasa.Penyiasatan kes jenayah sangat2 bagus, soal kautim atau tidak itu isu lain.cuma kalau ada yg salah spt ke adik amirul Rashid itu wajarlah anggota polis itu di dakwa.Apa pun akuilah polis Malaysia bagus cuma kalah dan lemah kalau melibatkan politik penguasa.