Monday, May 19, 2014

Mahathir jealous dengan pendekatan politik pro DAP

REAKSI                                                                                                

Strategi DAP untuk memperkuat dan menarik perhatian generasi muda termasuk orang Melayu agar menyokong parti berasaskan "demokrastik liberal" itu dengan meletakkan remaja Melayu Dyana Sofya Mohd Daud 27, dalam pilihan raya kecil Telok Intan menjadi kemarahan sesetengah pemimpin Umno.

Dyana diapit pimimpin DAP dan PR selepas nama calon.
Kalau setakat veteran bernama Mustapa Yaakub ia tidak menarik minat saya pun untuk mengulasnya. Siapalah Mustapa ini, tidak sampai 10 orang Pakatan Rakyat mengenalinya. Cadangannya agar ibu Dyana, Yammy Samad dipecat dari Umno tidak memberi bekas apa-apa kerana Yammy sendiri sudah lama tawar jiwa dengan Umno.

Tindakan Mustapa itu menggambarkan sejauh itulah tinggi dan rendahnya minda politik Melayu dalam Umno.


Tetapi apabila bekas presiden Umno sendiri, Dr Mahathir Mohamad turut sama gagal menguncikan mulutnya, tanpa menyedari era dan zamanya sudah berlalu dengan mengatakan tindakan DAP meletak peguam muda Melayu itu sebagai hiasan luaran saja menyebabkan saya "gelenyer" untuk mengulasnya.

Saya ingat Mahathir sudah mahu duduk diam, menyerahkan politik negara kepada generasi muda yang lebih berinovasi, manakala dia lebih bersedia untuk menjadi pemerhati tua saja, tetapi rupanya tidak. Salah satu suplimen yang menyegarkan saraf Mahathir ialah dengan bercakap (berpolitik) tanpa mengira isu, keadaan dan relevan atau tidak. Paling bagus suplimen kesihatannya ialah menghentam Anwar Ibrahim.

Sebelum ini beberapa pemimpin Umno menyuarakan rasa mual mereka (sebenarnya jealous) dengan tindakan DAP meletakkan calon Melayu di Telok Intan itu. Ketua Penerangannya, Ahmad Maslan mengatakan tindakan DAP meletak calon Melayu di Telok Intan sebagai tidak pernah dibuat. Sekali lagi kenyataan Ahmad ini menjelaskan kebingungan sejarah dimilikinya.

Manakala ada yang mengatakan Dyana hanya boneka sahaja dan beranggap DAP bersandiwara. Sama ada ia boneka dan sandiwara tetapi ternyata pendekatan yang diambil DAP itu sesuatu yang progresif dan dinamik untuk memperkuatkan parti berkenaan.

Dyana adalah menjadi simbol dan lambang macam mana anak Melayu yang ibunya tulen Umno tetapi tidak sanggup untuk meneruskan perjuangan ibunya dalam Umno. Inilah mesej yang hendak dilakukan oleh DAP. Patut Mahathir dan pemimpin Umno lain kena faham akan mesej ini. Kena fikir dan kaji kenapa berlaku perkara ini, remaja profesional tidak minat dengan Umno.

Umno dan Mahathir kena malu dengan tindakan Dyana itu. Keengganan Dyana meneruskan perjuangan ibunya dalam Umno, menunjukkan generasi muda sudah kenal sifat-sifat buruk Umno itu. Dyana bukan bersendirian dalam soal ini tetapi ribuan generasi baru mempunyai pandangan dan sikap yang sama dengannya.

Latar belakang pendidikan Dyana juga bukan seperti Ahmad Said. Dia seorang peguam. Orang Melayu selama ini bimbang dengan gejala murtad tetapi tidak merasa takut dengan gejala Melayu tidak suka kepada Umno.

Sebenarnya Umno atau Gerakan sendiri bukan tidak mahu meletakkan calon muda berketrampilan seperti Dyana tetapi mereka tidak ada watak-watak "genius" dan berani seperti Dyana. Kalau mereka ada sudah tentu BN tidak akan meletakkan calon baik pulih presiden Gerakan itu, Mah Siew Keong.

Kenapa sesetengah lori pakai tayar celup, jawabnya kerana tidak ada tayer asli.  Calon BN itu bolehlah disifatkan sebagai tayer celup sahaja.

Rasanya daripada Mahathir melanyak cara DAP berpolitik yang jauh ke depan berbanding Umno elok beliau buka kelas tuisyen untuk ahli-ahli Umno memberi didikan dan ajaran kepada ahli-ahli Umno agar mereka cerdik dalam politik. Mungkin kenapa Umno pupus dengan watak-watak seperti Dyana ialah kerana yang masuk atau masih berada dalam Umno hari ini adalah mereka yang bodoh.

Mahathir sendiri pernah mengatakan yang mengurus Umno hari ini terdiri dari mereka yang bodoh (kecuali MB Kedah saja kok) kerana Umno menutup pintu kepada yang cerdik dan profesional. Apa dibimbangi Mahathir itu kini sudah menjadi kenyataan apabila Umno tidak ada calon untuk meletakkan anak muda seperti Dyana Sofya di Telok Intan.

Apa yang Mahathir perlu bagi tahu kepada Najib ialah supaya memberi peluang lebih banyak kepada anak-anak muda di kalangan puteri dan pemuda mengambil bahagian penting dalam parti itu. Jangan anak-anak muda hanya dijadikan tukang berlarak, angkat bendera dan menjuah dan menganggu orang sahaja dalam majlis-majlis politik, tetapi letaklah di hadapan jadikan mereka pemimpin.

Ikhlas kalau Umno atau parti lain termasuk Pas juga ingin berkembang maju dan menjadi dinamik, pendekatan dan keberanian diambil oleh DAP hendaklah ditiru. Jangan DAP terlalu jauh meninggalkan Umno atau parti-parti Melayu lain di bumi sedangkan parti itu sudah jauh ke angkasa dengan roketnya. Usahlah malu mengambil sesuatu dari DAP atau Cina kerana kita dibenarkan mentauladani sesuatu yang baik dari sesiapa sahaja.

Mengenai tuduhan Mahathir mengatakan tindakan DAP meletakkan Dyana Sofya itu sebagai luaran sahaja, beliau harus melihat ke dalam dirinya sendiri juga. Apakah yang beliau buat dalam Umno selama 22 tahun, apakah ia hanya keindahan di luaran sahaja tetapi dalamannya "komen" kosong?

Paling jelas kenapa Umno dianggotai oleh orang bodoh seperti mana katanya sedangkan dialah presiden Umno. Ertinya Umno menjadi bodoh kerana presidennya selama 22 tahun juga BODOH.
Siapa yang cantas baka poloitik dalam Umno sepeti Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah atau Anwar Ibrahim. Bukan orang bernama Mahathir?

Sebenarnya Mahathir tertipu yang tetap memujinya setinggi langit hanya bekas calon bebas yang kalah di Pasir Mas hingga hilang deposit, manakala orang lain sudah mula menjelernya.

Jadi sebelum Mahathir menuduh Lim Kiat Siang bersandiwara atau pun memperdayakan orang Melayu, Mahathir perlu lihat wajahnya sendiri apakah dia ikhlas dan benar daripada DAP dalam konteks memberi peluang kepada orang Melayu itu. Sebaik-baik untuk menilik wajah sendiri ialah dengan melihat wajah dalam tempurung, jangan sesekali bertanya orang Pasir Mas sebagai saksi kerana ia adalah bayangan cermin retak. [wm.kl.8:28 pm 19/05/14]

4 comments:

Unknown said...

pandangan yang baik

fazee said...

Sesuatu yang bernas untuk orang umno berfikir jgn jadi katak bawah tempurong buka minda anda semua

halim said...

satu pandangan yang bernas untuk direnong bersama

MalaysianMan said...

saya tiada pandangan lains elain pandangan MSo yang bernas dan jitu...golongan muda tempatan harus dan wajib diberi peluang untuk menceburi dalam arena politik (yang sihat la) tempatan supaya ia dapat mengujudkan satu bentuk landskap politik yang baru yang mampu membawa dan menyumbang kepada satu bentukan pemikiran goklongan muda khasnya menuju ke arah mercu kemajuan negara yg lebih tinggi setelah negara tercinta diperintah oleh golongan tua yang masih tolok dan fantasi tentang cara pemerintahan yg nampaknya tidak releven lagi....golongan warlord sedemikian perlu diturunkan untuk memberi laluan kepada penafas2 baru yg inginkan sesuatu yg baru dan lebih pragmatik yg bakal mendatangkan masa depan yg lebih cerah, aman dan damai....