Thursday, May 11, 2017

Usul tahaluf syiasi menjerat Azmin Ali?

ULASAN AWAL

Majlis Syura Ulama (MSU) parti agama (Pas) petang ini telah mengumumkan hasil sidang mereka bahawa usul memutuskan tahaluf syiasi dengan PKR diterima. Ertinya MSU telah mengerjakan tugasan mereka. Institusi itu membuat keputusan dari konteks keselarasannya dengan perlembagaan parti agama itu yang berlandaskan al Quran dan al Hadith.

Nampak berhati-hati benar Pas untuk memutuskan hubungan dengan PKR.

Walhal kalau hendak diikutkan semangat perlembagaan dan organisasi, (cara berorganisasi) usul itu sepatut tamat apabila muktamar ke 63 di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, Kedah baru lalu menerima sebulat suara usul agar hubungan politik Pas dengan PKR diputuskan. Tetapi ia dibawa kepada MSU untuk membuat perincian dari sudut hukum hakam. 

Yang sedikit memelikkan MSU mengembalikan pula usul berkenaan kepada Jawatankuasa kerja Pas. Ertinya jawatan kuasa eksekutif Pas akan mengambil tindakan susulan. Memahami apa dijelaskan oleh Setiausaha MSU, Nik Muhammad Zawawi Salleh ketika mengumumkan perkara itu hari ini, eksekutif Pas akan membuat keputusan dengan mengambil kira "maslahat" rakyat dan kerajaan.
Bagi orang yang kurang faham, tidak akan mengerti kenapa perkara itu dipulang pula kepada eksekutif parti. Sebaliknya bagi orang yang dapat melihat lembaga kandatipun dalam gelap ianya adalah disebabkan Pas masih lagi mengambil kira kepentingan dan keuntungan kedudukannya dalam kerajaan Selangor.

Pandangan saya jawatankuasa kerja Pas tidak akan membuat keputusan berlainan dengan pandangan muktamr dan MSU itu. Pasti akan ada hujah-hujah sokongan untuk "menyelamatkan" kedudukan dan kepentingan Pas dalam kerajaan Selangor.

Suatu alasan yang mungkin boleh digunapakai untuk mengekalkan kedudukan Pas dalam kerajaan Selangor dengan beralasan kerajaan itu dibentuk semasa tahalul syiasi dan pemutusan tahluf syiasi tidak berlaku pengeluran Pas dari kerajaan Selangor. 

Dalam sudut lain keputusan MSU hari ini meletakkan MB Selangor Azmin Ali menjadi makin "lorat" sedikit untuk menanganinya sehinggakan mungkin menjadikan tidurnya tidak berapa "jenak". Cadangan beliau hendak berjumpa dengan Abdul Hadi Awang, mungkin dapat menyelesaikan soal kedudukan Pas dalam kerajaan Selangor yang mana beliau akan jelaskan sedikit masa lagi. 

Pas seakan sudah terlepas dengan isu berkenaan tetapi Azmin masih terungkai dalam jerat yang play safe yang dipasangnya sendiri. Adalah elok kalau eksekutif mengambil keputusan memenuhi kehendak muktamar dan keputusan MSU itu bagi membolehkan parti agama itu melaksanakan apa yang saya pesankan dalam warkah "Mimpi Terganggu" yang saya tujukan kepada Ayah Chik.

Meramalkan apa yang berlaku nanti mungkin timbul sedikit ketegangan dan percanggahan pendapat dalam pimpinan tertinggi PKR sewaktu mereka membincangkan untuk memberi reaksi kepada tindakan Pas itu.

Kumpulan yang "sepapan" dengan Azmin akan bersikap terbuka dengan Pas manakala kumpulan satu lagi pasti mahu PKR bertegas dengan usul yang boleh dianggap merendah-rendahkan wibawa PKR itu. [wm.kl.8:43 pm 11/05/17]

5 comments:

keadilan hebat said...

Hangpa nak putus dgn pkr..itu hak hangpa, xde sapa pun nak heran. Itu mngkin cara hangpa nak tunjuk pada rakyat bahawa hangpa tegas dgn prinsip. Tapi awat bila bab jawatan di selangor puak hangpa x boleh bertegas dgn prinsip?

Alasan hangpa putus dgn pkr, sbb pkr banyak melanggar batasan tahaluf siyasi, habis hangpa duk kekal dgn kerajaan yg bnyk langgar tahaluf siyasi pasai apa?..hangpa bagi alasan kekal di selangor demi kepentingan rakyat..kepentingan rakyat atau kepentingan ego hangpa?.

Jika alasan 'Demi rakyat' hangpa boleh kekal dgn kerajaan pkr yg bnyk melanggar batasan tahaluf siyasi (mengikut pahaman Msu), mengapa dlm bab tumbangkan umno BN, hangpa x boleh kekalkan tahaluf siyasi dgn pkr seperti mana berlaku dlm kerajaan selangor? Apa dlm kerajaan selangor xdak Dap, xdak Amanah? Peninglah dgn puak hangpa nih

Aku x dpt nak bayangkan mcm mana lah kalau puak hangpa perintah Malaysia, dah tentu keputusan2 penting hangpa celaru x boleh nak buat keputusan dgn tepat, maka x pelik lah kalau ganu hangpa hanya mampu perintah sepenggal, nasib baik kelantan tgna cerdik, x mcm hangpa,mampu tadbir berpenggal, nak harap hangpa..gelap masa depan..matang bila berkait dgn kepentingan ego hangpa, bukan kepentingan rakyat pun..

Suhaimi Sneijder said...

Pada pandangan saya,ini adalah satu usaha PAS menjarakkan diri mereka dengan Pakatan Harapan dan usaha untuk benar2 menunjukkan kepada ahli dan rakyat Malaysia bahawa mereka serius untuk menjadi blok ke-3.PAS wants to prove that I am neither yours nor them. There's no such thing as if i dont support you,I support them. Why dont you be you and I will be me. Begitulah nampaknya.

Malangnya,rakan blok-3 Pas hanyalah parti kecil. Jika tidak,ia akan menjadi bargaining chip yang berharga antara blok BN mahupun PH.

Zainal Yusof said...

Berdegar bagai nak runtuh langit konon parti aku lah lurus di landasan Islam.Kerana berkopiah dan ada janggut sejemput semua di angkat sebagai ulamak.
Mendabik dada konon berpegang pada prinsip Islam TAPI bila berkaitan dgn kedudukan empok dan fulusss mereka jadi gelap mata. Prinsip kemana Islam pun entah kemana. Ini yg berlaku di Selangor.

hamba Allah said...

HALALUNA, HARAMUKUM

Orang lain berketuakan Dap, haram. Timbalan speaker kamu berketuakan Dap, halal.

Orang lain kerjasama dgn Pkr di tempat lain, haram. Kamu kerjasama dgn Pkr di Selangor, halal.

Orang lain berkawan dgn kawan Dap, haram. Kamu berkawan dgn kawan Dap, halal.

Orang lain keluar parti kamu, makan gaji haram. Kamu tunggu makan gaji walaupun dah keluar pakatan, makan gaji halal.

Orang lain kawan dgn orang yg kamu kata khianat Islam, haram. Kamu kawan dgn orang yg kamu kata khianat Islam, halal.

Orang lain baik dgn orang yg kamu kata tolak hudud, haram. Kamu baik dgn orang yg kamu kata tolak hudud, halal.

Kamu buat, halal. Orang lain buat, haram. Bagi kamu, syurga utk kamu, neraka utk orang lain.

abrarmujahideen said...

PAS nie maksum...nnti canang satu negara Kerajaan Azmin zalim sbb pecat mereka padahal muktamar dan majlis syura sendiri memuktamad tiada tahaluf lagi..da bercerai tp masih nak berjimak ag.