Saturday, June 6, 2015

Tunggu pandangan saya esok

Besok saya akan membuat ulasan muktamar Pas ke-61 yang penuh dramatik dan akan diingat selamanya oleh ahli parti itu. Kuala Selangor telah mencatat sejarah baru kepada parti agama itu. Peringatan saya agar Kuala Selangor tidak meninggalkan kesan memilukan nampak berlaku sesuatu yang memberi signifikan kepada Pas.

Saya akan ulas berkisar kepada nasib yang dialami mereka yang dikalah secara berkumpulan dan juga kesan kepada pemilihan pemimpin laksana pilih seraga ayam.

Hal-hal lain yang akan saya sentuhkan nanti apakah kepimpinan baru dalam Pas untuk semua dewan mampu menggerakkan Pas ataupun ia lebih cemerlang berbanding kepimpinan sebelum ini. Macam manakah agaknya Pas sekiranya ia bergerak dan hidup bersendirian setelah berpisah dengan DAP.

Tentunya tidak ketinggalan apakah kesan ekoran pemutusan hubungan Pas dengan DAP. Apakah ia membawa kesan buruk kepada kerajaan Pakatan di Selangor. Dan sejauh mana benarnya orang-orang tertentu sedang mencaturkan politik untuk Pas mengambil alih kerajaan Selangor bersama Umno.

Ada maklumat gelap yang sampai ke telinga saya mengenai rundingan ini. Sejauh mana benar dan logiknya?

Tunggulah esok. Wassalam Mso.

Friday, June 5, 2015

Tidur Najib dan Rosmah kembali terganggu

SEPOI BAHASA                                                                               

Tindakan polis membatalkan dialog anjuran NGO bersama PM, "Nothing 2 Hide" yang sepatutnya berlangsung di PWTC hari telah menyelamatkan air muka Najib Razak. Dr Mahathir Mohamad yang juga dikatakan dijemput untuk menyertai dialog berkenaan hadir bersama ratusan yang lain.

Mahathir berucap kemudian dilarang.
Malangnya, Najib tidak hadir. Apabila sebaik Mahathir berucap ringkas sebelum berundur, seorang pegawai polis datang memintanya agar menghentikan ucapan.

Bayangkan dengan kehadiran yang ramai terutamanya daripada mereka yang ingin menyaksikan macam mana gaya Najib berdialog di hadapan orang yang mengkritiknya, kalau diteruskan ia mesti hangat dan geger. Sudah pasti Najib akan disorak dan di "boo", macam Hanifa Maidin di "boo" dalam muktamar Pas di Kuala Selangor semalam.

Pemilihan pemimpin Pas bak pemilihan seraga ayam

ULAS KEPUTUSAN                                                                        

Seperti yang dijanjikan malam tadi, pagi ini saya cuba memberi ulasan kepada keputusan pemilihan dalam muktamar Pas ke-61. Dengan diketahuinya keputusan pemilihan sekitar jam 10:00 malam tadi, ertinya muktamar Pas ke-61 sudah pun berakhir? Walaupun tirai penutupnya akan tamat esok, tetapi keputusan semalam sudah menyelesaikan muktamar berkenaan.

Saya yakin dan percaya suasana dan aura muktamar tahun ini tidak begitu "jelingah" lagi, walaupun ia dimeriahkan dengan pemilihan. Mungkin sudah ada peserta yang kecewa sedih dan tidak dapat mengawalkan perasaan dukalara dengan apa yang berlaku, sudah angkat punggung pulang. Mungkin yang terlebih emosi sedang membuat congakan terhadap masa depan mereka dengan Pas sambil mata berlinangan dengan air jernih.  

Thursday, June 4, 2015

Ulasan saya mengenai keputusan pemilihan Pas, esok...

Keputusan pemilihan kepimpinan Pas telah pun diketahui. Abdul Hadi Awang berjaya mempertahankan jawatan presiden mengalahkan Ahmad Awang. Hadi mendapat undi 928 manakala Ahmad mendapat 233 undi.

Begitu juga dengan Mohamad Sabu gagal mempertahankan jawatan yang disandangnya dua penggal ditangan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Walaupun kekalahan Ahmad dan Mohamad itu sudah dijangka, tetapi ia sangat kontra dengan suara dan naluri umum yang rata-rata memilih Ahmad. Inilah yang perlu dihuraikan. Apakah sebab musababnya, insya-Allah akan saya ulas dan rumuskan esok.

Cuma malam ini saya ingin berpesan, kepada penyokong tokoh-tokoh yang kalah usah bersedih dan bersendu. Sesungguhnya tangisan anda itu tidak wajar kerana kekalahan tokoh kesayangan anda bukan menerusi satu pelawanan sejati. Dan kekalahan itu juga tidak sama sekali membuangkan mereka daripada Pas. Mereka tetap mendokong Pas.

Tunggulah ulasan daripada saya esok. Wassalam Mso. [wm.kl.11:02 pm 06/04/15]

Debar yang tidak berdebar menanti keputusan pemilihan Pas

KHABAR MUKTAMAR PAS                                                

Sebelum Maghrib tadi saya dihubungi oleh seorang pemimpin Pas yang turut bertanding dalam pemilihan kepimpinan Pas yang belangsung hari ini. Menurut pemimpin berkenaan, proses pengundian baru sahaja selesai. Saya sempat bertanya kepadanya mengenai suasana dalam pengundian itu.

Saya tanya apakah pengundian itu sama trend dengan apa yang berlaku dalam pemilihan Dewan Pemuda dan Muslimat, kata pemimpin itu ada tanda dan suasana menunjukkan trend itu berlaku.

Saya tanya lagi pemimpin berkenaan apakah trend itu melebihi 30 peratus, beliau memberi gambaran, mungkin lebih.

Wednesday, June 3, 2015

Mencongak Pas selepas Jun: Jangan ucap selamat tinggal kepada Pas

BICARA MUKTAMAR 2                                                                                       

Keputusan perebutan jawatan dalam Dewan Pemuda dan Muslimat sudah pun selesai. Pencabar Suhaizan Kaiat, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz menang dengan majoriti 162 undi. Kemenangan Nik Abduh bersama dengan timbalan dan naib ketua serta AJK kesemuanya "satu mazhab" menjelaskan pemilihan dalam dewan itu menurut "chai mazhab" dan bukan secara individul seperti sebelum ini.

Hal yang sama juga berlaku dalam Dewan Muslimat, tiga tokoh penyandangnya Siti Zailah Yusuf, Dr Mariah Mahmud dan Muntaz Nawi serta seluruh ahli jawatankuasanya juga tewas kepada pencabar masing-masing yang "seroma" mahzabnya dengan pemuda. (kemaskini).

Pemilihan ini memberi gambaran apa yang berlaku dalam pemilihan presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan ahli jawatankuasa kerja Pas sessi 2015 - 2017 yang akan berlangsung esok. Bentuk yang sama juga dijangka akan berlaku dan keputusan sama juga diduga terjadi.

Saya akan ulas muktamar Pas esok selepas ini

Insya-Allah selepas diketahui keputusan pemilihan dewan pemuda dan muslimat Pas saya akan membuat ulasan dan memberi gambaran apa yang akan berlaku dalam pemilihan Pas yang akan diadakan esok.

Saya menunggu keputusan pemuda dan muslimat kerana ia sedikit sebanyak memberi gambaran ataupun "ramu-ramuan" untuk merumuskan apakah keputusan pemilihan esok. Ada tanda-tanda menunjukkan muktamar Pas ke -61 ini sangat penting. Apakah usia Pas akan sama lama dengan usia Nabi Muhammad, ataupun Pas ikut sama memasuki kubur bersama perginya Mursyidul Amnya, kira-kira 120 hari lampau.

Pemilihan kepimpinan pemuda dan muslimat berlangsung hari ini. Keputusannya dijangka malam ini. Jadi buat seketika saya menggantungkan ulasan dan pandangan peribadi saya untuk muktamar penuh esok. Wassalam.

Tuesday, June 2, 2015

Kerajaan Kelantan bernafsu besar tenaga kurang

JENGUK KELANTAN                                                                     

Berita yang termuat dalam beberapa media massa hari ini mengejutkan, dimana kerajaan negeri Kelantan kemungkinan akan menyerahkan kepada kerajaan Persekutuan untuk menerus pembinaan dan menyiapkan lebuh raya rakyat (LRK) dari Machang ke Kuala Krai, kerana kerajaan negeri ketiadaan wang.

Laporan itu menyebut, dengan memetik kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed semalam. Katanya urusan penyerahan sedang berjalan dan pihak JKR yang diberi tanggungjawab membina lebuh raya itu sedang melakukan perundingan.

"Kita dimaklumkan lebuh raya ini (Machang - Kuala Krai) menghadapi banyak masalah terutama dari segi pembiayaan. Jadi difahamkan sudah ada ura-ura untuk memindakan tanggungjawab kepada Pusat. Perbincangan melibatkan Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kerajaan negeri sudah ada namun saya tidak pasti perinciannya. Saya akan semak," kata Mustapa dalam satu laporan dipetik.

Monday, June 1, 2015

Jadikan Kuala Selangor, kuala memudikkan bukan menghimpun sampah...

BICARA MUKTAMAR 1                                                                                    

Pemilihan Kuala Selangor sebagai lokasi muktamar ke-61 mungkin tidak mempunyai apa-apa signifikan. Apabila mengenangkan Kuala Selangor kawasan perkampungan, (padi dan nelayan) berdekatan dengan lautan mungkin Pas ingin mengembalikan nostalgia kewujudan parti berkenaan yang lebih mesra dengan masyarakat luar bandar, petani, nelayan dan penoreh getah.

Mungkin juga mereka yang mencadangkan Kuala Selangor sebagai lokasi bermesyuarat, ingin mengamitkan aura perkampungan ke dalam jiwa orang Pas. Mahu mengingatkan bahawa Pas didokong oleh masyarakat petani dan nelayan. Mungkin juga membawa Pas ke Kuala Selangor untuk menjauhkan aroma bandar dan menghindarkan habuk kosmopolitan daripada menerjah ke sanubari Pas. Mungkin sudah ada pendapat bahawa iman orang Pas sudah tercemar oleh itu ia harus dijauhkan dari bandar dan pemodenan.

Selamanya biarlah orang Pas teringat dan mengenang kepada kusam dan masam selut sawah agar orang Pas tidak menanggalkan baju tradisinya. Begitukah?

Najib bakal hilang kepercayaan anggota kabinet?

EKSKLUSIF                                                                                                                      

Najib terus kedahagaan...
Tindakan Najib Razak yang memberi kata dua kepada menteri yang tidak bersamanya, umpama beliau sedang mencangkul tanah untuk membina lubang bagi mengambus dirinya sendiri.

Kata dua Najib itu dilihat sebagai satu lagi tindakan Najib makin hilang sabar dan ketidaktentuan hala apabila sebelum ini beliau menjawab kritik-kritikan Dr Mahathir Mohamad terhadapnya yang sangat ditunggu-tunggu oleh bekas PM 22 tahun itu.

Ketika mesyuarat kabinet Jumaat lalu Najib dilaporkan memberi kata dua kepada mana-mana menteri yang tidak bersamanya dalam berdepan dengan kritikan kelemahan pengurusannya terutama mengenai 1MDB, agar mengundurkan diri.