Monday, June 1, 2015

Najib bakal hilang kepercayaan anggota kabinet?

EKSKLUSIF                                                                                                                      

Najib terus kedahagaan...
Tindakan Najib Razak yang memberi kata dua kepada menteri yang tidak bersamanya, umpama beliau sedang mencangkul tanah untuk membina lubang bagi mengambus dirinya sendiri.

Kata dua Najib itu dilihat sebagai satu lagi tindakan Najib makin hilang sabar dan ketidaktentuan hala apabila sebelum ini beliau menjawab kritik-kritikan Dr Mahathir Mohamad terhadapnya yang sangat ditunggu-tunggu oleh bekas PM 22 tahun itu.

Ketika mesyuarat kabinet Jumaat lalu Najib dilaporkan memberi kata dua kepada mana-mana menteri yang tidak bersamanya dalam berdepan dengan kritikan kelemahan pengurusannya terutama mengenai 1MDB, agar mengundurkan diri.

Kata dua itu sekaligus menggambarkan Najib sudah mengenal pasti beberapa menteri yang tidak bersamanya untuk menangkis serangan Dr Mahatahir dan juga pembangkang. Najib juga mungkin tahu bahawa agenda Dr Mahathir sudah hampir sampai ke klimeksnya.Jun adalah bulan "sakit" bagi Najib?


Kata dua yang diberikan Najib itu sudah tentu diambil perhatian oleh menteri yang terlibat.

Selepas memberi kata dua itu, elok kalau Najib bersiap sedia untuk kehilangan beberapa anggota kabinet secara serentak. Sekiranya tiga atau lima menteri kabinet berundur ia memberi pukulan hebat kepada Najib yang akhirnya membawa kepada PM itu juga akan berundur.

Walaupun masih ada ahli parlimen untuk mengganti menteri yang berundur itu tetapi reputasi dan maruah Najib sebagai PM sudah hancur. Pengunduran tiga atau lima menteri sudah cukup menggambarkan yang Najib sudah hilang kepercayaan oleh kabinetnya sendiri.

Jika ini berlaku Najib dan Malaysia mencatat sejarah pertama kali seorang PM berundur kerana hilang kepercayaan kabientnya sendiri. 

Dalam pada itu satu maklumat menyebut sekurang-kurang dua menteri dan tiga timbalan menteri akan menyahut cabaran Najib? A ding ding ... [wm.kl.10:09 am 01/06/15]

No comments: