MAKLUMAT MUSTAHAK
Awas satu team broker politik untuk mencaturkan kerajaan baru di Selangor sedang berjalan. Team berkenaan dianggotai oleh golongan profesional bersama dua orang veteran politik yang pernah memegang jawatan penting dalam kerajaan Selangor.
Mereka bergerak bersama dengan membahagikan tugas untuk mendekati tiga parti politik di Selangor, Umno, Pas dan PKR. Apa yang sedang dirancang dan diaturkan oleh broker politik ini bagi mengatur perwujudan kerajaan baru di Selangor tanpa melalui pilihan raya baru.
Mereka mengambil kesempatan atas kemelut politik yang menimpa Pakatan Rakyat sekarang ini ekoran tindakan tegas DAP yang membuat pengistyharan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, Pas dan DAP sudah tidak ada lagi.
Maklumat awal yang sampai kepada saya, team ini sudah mengadakan pertemuan dengan dua pihak parti politik dan sedang berusaha untuk menemui pimpinan satu pihak lagi. Perbincangan paling akhir dengan wakil pihak satu lagi ialah jam 10:25 pagi tadi.
Ada dua tawaran dikemukakan oleh team broker ini, pertama mengekalkan MB Selangor yang ada sekarang, atau pun menukarkan MB Selangor.
Difahamkan usaha yang sedang dirancang waktu ini untuk mengekalkan MB Sekarang, Mohamed Azmin Ali sebagai MB. Berita lanjut akan mengusul. [wm.kl.5:38 pm 17/06/15]
No comments:
Post a Comment