ULASAN MALAM
Lewat petang tadi Mohd Najib Razak mengumumkan pemilihan Umno yang dijadualkan pada tahun depan ditangguh selama 18 bulan. Ini bermakna pemilihan Umno baru boleh diadakan pada tahun 2018. Memandang pada tahun itu kemungkinan pilihan raya umum ke 14 akan diadakan, bermakna pemilihan Umno akan diadakan selepas itu.
Najib menggunakan Fasal 10.16 perlembagaan Umno untuk membuat penangguhan itu. Fasal berkenaan memberi kuasa kepada MT untuk menangguhan pemilihan pada peringkat MT, kawasan dan cawangan.
Beliau memberi tahu selepas mesyuarat MT petang ini. Katanya penangguhan itu untuk membolehkan parti dikukuhan dan melakukan kerja yang dirancang. Ia juga bagi memberi peluang kepada rakan-rakan komponen memantap kedudukan untuk menghadapi pilihan raya. Salah satu rakan komponen BN yang sedang dibelit kemelut dan masalah ialah MIC yang tiba-tiba kehilangan presiden apabila RoS mengistyharkan G Palanivel lucut keahlian.
Tindakan Najib itu walaupun mengikut kehendak perlembagaan dan beta pun ikhlas untuk memperkukuhkan Umno dan BN tetapi ia sudah tentu dilihat lebih untuk melindungi kedudukannya sebagai presiden Umno dan perdana menteri.
Najib sangat menyedari yang kedudukannya kini sedang diancam dimana kalau beliau tidak mengambil langkah pengukuhan diri dia boleh hanyut. Beliau mungkin sudah meramlakan serangan terhadapnya kini kemungkinan ada orang akan merempuhnya pada pemilihan itu. Jadi sebelum dirempuh elok beliau melindungi diri.
Keputusan yang dibuat itu sudah dijangka awal-awal. Begitulah politik orang tidak berani berdepan dengan realoiti. Keputusan itu bagaimana pun menyebabkan Dr Mahathir Mohamad yang bermati-matian untuk menjatuhkan Najib akan mati terkangkang. Harapan Mahathir dan kuncu-kuncunya untuk melihat Najib tersingkir gagal. Mahathir sangat menanti perhimpunan tahun depan selepas segala usaha dilakukan sebagai gelanggang untuk menyingkirkan Najib. Harapan itu kini menemui jalan buntu.
Mahathir telah melakukan pelbagai usaha untuk mengerudi Najib agar jatuh. Dari sebesar-besar isu kehilangan alias kerugian RM42 billion dalam syarikat perlaburan strategi yang dinaungi Najib 1MDB, tragedi pembunuhan Altantuya hingga kepada isu keborosan isteri Najib Rosmah Mansor telah dibangkitkan Mahathir. Namun semuanya tidak memberi bekas dan Najib tetap utuh di persada kekuasaanya.
Lantaran itu Mahathir sangat berharap masa untuk Najib dijatuhkan ialah pada perhimpunan. Tetapi apabila perhimpunan (pemilihan) itu ditangguh Mahathir kini hilang akal. Mahathir kini bolehlah bernyanyi lagu "cukuplah sampai di sini".
Demikian juga dengan Muhyuddin Yassin orang yang cuba diangkat Mahathir untuk mengambilalih tempat Najib juga hilang nafsu untuk melanggar Najib. Penangguhgan itu sudah tentu mematikan nafsu malu-malu kucing Muhyiddin. Muhyuddin tidak mengiyakan apa yang diusahakan Mahathir untuk menaikkannya, tetapi di kamar tidur dia mengangan-angankan jawatan PM.
Sebelum ini beliau juga berharap agar perhimpunan agung Umno tidak ditangguhkan atas alasan perhimpunan tidak memecah belahkan parti. Kenapa beliau membuat cadangan itu. Kail tidak akan dilempar ke kolam yang tidak ada ikan. Hehe falsafah sikit.
Dan apabila MT bersetuju untuk menangguhkan pemilihan itu ini bermakna kesemua ahli MT adalah merupakan hulubang Najib. Dengan penangguhan itu Najib kini boleh tidur semula walaupun tidak begitu nyenyak. Dan Mahathir pula terpaksa mencari dan mengatur strategi baru. Najib baginya tetap perlu disingkirkan demi masa depan negara. [wm.kl.9:13 pm 26/06/15] * tanpa edit.
No comments:
Post a Comment