SURAT TERBUKA
Sikap Tuan terhadap DAP
Sikap
Tuan terhadap DAP sangat jelas. Latar belakang pendidikan dan pegangan
agama, ketebalan mata feqah Tuan dalam semua aspek kehidupan, menjadi Tuan
benci DAP. Tuan tidak senang dengan DAP. Atau tidak meletak sedikit pun
hu'uzan (sangka baik) kepada golongan kafir. Cara Tuan bertindak
seolah-olah mahu golongan ini diperangi seperti golongan Taliban, di Agthanistan. Ada jiwa Perkasa dalam dada Tuan.
Sekali
lagi perbezaan yang jelas antara pendekatan Tuan dengan Tokguru Nik
Abdul Aziz. Beliau lebih lunak dan melihat kerjasama dengan DAP memberi
peluang untuk mendekati golongan itu kemudian diberi penerangan dan
keterangan mengenai agama.Tokguru kata jangan paksa mereka menerima Islam, sesuai dengan ayat Tuhan bermaksud; "tiada paksaan dalam beragama", tetapi untuk permulaan cukup mereka faham sahaja. Demikian lembut dan hikmahnya siasah almarhum.
Rasanya tidak senang Tuan
ini bukan baharu tetapi bermula sebaik sahaja PAS mengadakan pendekatan
politik dengan DAP. Bahkan lebih awal dari itu hasil kefahaman rigid Tuan
mengenai orang kafir terhadap Islam. Tetapi kerana Tuan tidak ada kuasa,
maka perasaan itu dipendamkan sahaja. Kejelasan kebencian Tuan ini
boleh dilihat kepada "Amanah Haji Hadi" yang Tuan deklerasikan itu.
Kalau dengan UMNO Tuan boleh meng'taghut'kannya dan menghukum begitu apa
lagi dengan parti Cina, kafir.
Justeru hubungan dan siratan politik Tuan dengan DAP, selama ini berjalan dengan cara
terpaksa atau pincang sahaja bukan atas kerelaan hati. Saya memahami sejauh mana sangat
mesra dan intimnya hubungan sebegitu. Seperti perkahwinan secara paksalah, ia
mengambil masa untuk meserasikan dan ada yang berakhir dengan
perpisahan. Nauzubilahimnazalik.
Dalam hal ini Tuan tidak cuba mencari persaman, sebaliknya
selalu melihat kepada pertentangan terhadap soal-soal furuk saja.Tuan tidak banyak mencari hikmah dan
kelabaan disebalik itu tetapi banyak melihat akan kekejian golongan itu.Tuan nampak Neraka bagi pihak mereka dan Tuan terbayang Syurga bertingkat tujuh dari pihak Tuan walaupun itu adalah satu bayang-bayangan.
Sebenarnya perasaan demikian juga ada kepada
pimpinan PAS lain, tetapi berbezanya dengan Tuan mereka lebih memahami
maslahat dan politik. Mereka melihat politik dalam kerangka untuk
mendapatkan kuasa dan bukannya keredahaan. Berbeza dengan fahaman Tuan,
mahukan keredahaan walaupun tanpa kemenangan, yakni natijah berpolitik. Inilah perbezaan dan pemahaman mengenai keduanya
tidak dapat digabung kahwinkan.
Ada benarnya kalau ahli
PAS berpegang kepada fahaman demikian. PAS adalah sebuah gerakan
massa. Kemenangan adalah diperlukan bagi melaksanakan apa-apa yang
dikandung dalam perlembagaan. Tanpa kemenangan segala matlamat dan
tujuan itu akan tertinggal begitu sahaja. Bagi saya keredahaan Allah
ialah apabila kita telah berusaha, sepanjang masa dengan pelbagai cara,
kalau pun tidak berjaya, ia adalah keredahaan.
Keredahaan bukan
diperolehi apabila usaha secara syariah, secara baca-bacaan dan hafal-hafallah sahaja. Tidak sebegitu. Keredahaan yang diperolehi apabila semua dilakukan dengan bijaksana dan tidak bertentangan dengan akidah baik secara zahir atau batin. Tuhan bukan saja menuntut kita mempelajari syariat tetapi hakikat juga.
Perbezaan dalam memahami PAS
sebagai sebuah organ siasah dengan gerakan dakwah itulah menjadikan
Tuan "berpeling" dengan orang, membeci kepada DAP. Dalam hal ini
pendekatan dan lisan hubungan arwah Nik Aziz tidak diteruskan oleh Tuan. Pertentangan pendekatan dan uslub politik antara Tuan dengan
arwah sangat jelas?
Selain itu kebencian Tuan kepada DAP
atau kufar itu bukan sahaja kerana didominasi perbezaan latar belakang fahaman dan
pegangan agama, tetapi kerana Tuan sedikit sebanyak termakan hasutan
pihak musuh PAS yang senantiasa mencari jalan untuk memusnahkan PAS.
Dalam soal ini ialah UMNO.
UMNO memang menjadi syaitan, mengadu dombakan agar perhubungan
politik PAS dengan DAP yang menyemakkan matanya itu, hancur. Alasan
digunakan UMNO dalam soal ini ialah kononnya DAP akan menghalang
cita-cita PAS dan lebih busuk lagi akan menguasai negara ini. Keadaan
menjadi lebih teruk apabila Tuan terheret sama dalam politik asobiyah
yang dipancing oleh UMNO menerusi beberapa kerat pemimpin muda PAS yang
mentah sepak teranjang politik UMNO. Politik mereka belum sampai ke kulit ari pun.
Saya memaklumi
akan hubungan atau pun pertemuan beberapa pemimpin muda dalam PAS dengan
pihak UMNO atau pun brua UMNO ini. Mereka berjumpa bukan sangat atas dasar untuk perjuangan
PAS, tetapi lebih kepada meterial. Mereka sebenarnya telah diumpan
dengan kebendaan dan mereka mentankedarah pun. Manakala keseronokan mereka itu disampaikan kepada
Tuan dengan membawa janji-janji UMNO untuk membantu PAS dan juga
peribadi dalam PAS. Apakah Tuan juga pernah memakan umpan kebendaan dari UMNO?
Politik DAP
Mengenai kelicitan politik DAP,
saya mengakuinya. DAP mencari pengaruh dan kedudukan. Hasrat untuk
menguasai negara ini sepenuhnya bukan satu dongengan. Hakikatnya
dimaklumi oleh mereka yang celik politik dan arif membaca tapak bayang politik. UMNO tidak pernah diam daripada mengadu
dombakan perkara ini. Perkara ini sudah sesuatu yang pelik lagi. Orang Cina telah menguasai ekonomi, perdagangan,
perlombongan, hartatanah dan sebagainya.
Mereka hanya akan menunggu untuk
menguasai politik. Mereka menyedari penguasaan politik tidak akan
berjaya kerana keadaan negara ini, maka mereka perlu berbaik dengan PAS.
Atau dalam masa sama mensederhakan fahaman dan anutan politik
orang-orang PAS. Itulah taktik dan strategi mereka.
Jadi
apabila Tuan skeptikal dengan DAP, saya setuju itu, tetapi tindakan
Tuan bertindak atas pengaruh UMNO dan agensinya semata-mata adalah satu
kesilapan. Prinsip musyawarah yang dianjurkan tidak diguna pakai oleh
Tuan. Sepatutnya Tuan tidak mengguna pakai pandangan peribadi Tuan atau
mengelakkan dari menggunakan kuasa prerogetif yang ada kepada Tuan.
Sebagai
pemain politik Tuan harus menggunakan serampang dua mata. Dalam
membantu UMNO seharusnya Tuan juga bertindak menikam UMNO sekiranya apa
yang dilontarkan itu tidak benar, maka UMNO harus diperangi. Itulah
siasah. Itulah taktik dan strategi. Itulah kebijaksanaan. Dengan UMNO Tuan tidak boleh tidur dalam perutnya.
PAS sepatutnya menjadi vehicle menggantikan UMNO. PAS harus
menganjalkan (fleksibliti) dirinya untuk menarik seberapa ramai penyokong.
Kehadiran golongan profesional telah meletakkan PAS menjadi sebuah parti
yang praktik dari segi agama dan politiknya.
Yang mengatakan
PAS sudah lari dari perjuangannya ialah UMNO. UMNO senagaja berbuat
provokasi begitu kerana tujuan untuk menghancurkan PAS. Kalau UMNO berasakan
pendekatan Islam PAS baik dan perpefect seperti hudud dan sebagainya,
kenapa parti itu tidak usahakan sendiri. Sepatut itu yang UMNO lakukan kerana ia afdal demi pengukuhannya. Tetapi apabila ia menghala kepada PAS,
jelas ia ada undang di sebalik batu. Sokongan UMNO hanya tawaran fotomargana kepada sesetengah orang PAS yang kehasuan. Perkara ini sepatutnya difahami
sedalam-dalamnya oleh Tuan agar tidak terjadi ayam terlepas tangan
berbau tahi.
Berbalik kepada DAP tadi
serta hasrat Tuan untuk mewujudkan kerajaan tanpa pembangkang (Unity Government)
demi menyelamatkan bangsa Melayu dan Islam, saya bersetuju. Sekiranya Tuan ingin membawa PAS bekerjasama dengan UMNO saya sangat
bersetuju. Selaku presiden Tuan perlu ada gagasan dan wawasan
tersendiri. Tetapi biarlah perkara itu dibincang secara terbuka, telus dan keputusan diambil secara kolektif (pinjam perkataan kegemaran Tuan).
Ternyata dalam urusan ini Tuan beritndak
tanpa mendapat mandat ahli dan hanya perestuan Majlis Syura
Ulama sahaja, yang umum tahu siapa dan apa yang diperjuangkan oleh insan-insan dalam majlis itu. Gara-gara itulah maka impian dan azam baik Tuan terburai di tengah jalan.
Tanpa Tuan sedari kedudukan Tuan sebagai presiden, ketua kepada eksekutif parti telah dirampas dan disamun oleh majlis syura secara penuh tektikal dan diplomasi agama. Sebenarnya majlis syura bertindak lebih kuasa sudu di dalam kuah. Tuan tidak menyedari ini kerana ralik dengan ulikan kemenangan akhirat tanpa menyedari di dunia Tuan kalah, padahal kemenangan dunia itulah membina kemenangan abadi di akhirat. Bersambung. [wm.kl.7:01 pm 26/06/15]
No comments:
Post a Comment