Kesediaan DAP untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk Kampung Pasir Tumbuh, Gua Musang bagi memperbaiki masjid kampung itu yang rosak akibat banjir tidak disenangi oleh Umno Kelantan dan saya percaya sebahagian entiti Melayu lain yang sangat prejudis kepada parti Cina itu juga bersikap demikian.
Mohd Sobree presiden Cakna UT.. hubungi beliau... |
Kita memahami kenapa Mustapa berasa demikian kerana DAP adalah sebuah parti chauvenis Cina yang tidak sepatutnya melibatkan diri dalam kebajikan seperti itu.
Bagi Mustapa dan yang lain juga, mungkin berasakan DAP tidak pantas menghulur bantuan untuk membina rumah ibadat orang Islam kerana mereka majoritinya bukan beragama Islam. Dari satu segi pandangan Mustapa itu benar, tetapi dari segi lain ia agak bersifat rasis dan nampak sombong.
DAP memang sebuah parti yang dimonopoli orang Cina. Perjuagan dan idelogi parti itu ialah sosialis. Dia bukan parti berasaskan prinsip dan konsep Islam seperti Pas. Dari satu segi perjuangan DAP sama sahaja darjat dengan perjuangan Umno yang beridealogikan nasionalis, Melayu. Keduanya berpegang kepada keduniaan, semangat.
Plak projek tertanda di kampung Pasir Tumbuh. |
Sekiranya wang Umno dikatakan bersih kerana ia dianggotai oleh orang Melayu, ia satu kesilapan besar. Sebab dalam Umno juga ada orang bukan Melayu dan tidak beragama Islam. Sebaliknya, di dalam DAP ada juga oang Melayu beragama Islam. Terbarunya ialah ialah A Samad Said. Kalau kondisi ini dijadikan alasan, maka kedudukan Umno dan DAP sama sahaja.
Berbalik kepada hasrat DAP untuk membantu pembaikpulihan masjid di kampung Pasir Tumbuh itu, Mustapa sepatutnya tidak perlu merasa terhina dan tercabar begitu rupa dengan cadangan DAP itu. Apa yang patut beliau dan partinya lakukan ialah mengambil alih pembaikian masjid berkenaan diam-diam tanpa riuh randah. Umno harus berlumba memberi kebajikan kepada rakyat, bukannya mencemburui apa yang orang lain buat.
DAP sebagai parti yang tidak ada Majlis Ulama dan Dewan Syura Ulama, tidak mengetahui kalau masjid memerlukan wang dari sumber yang halal dan tidak diragui. Apa yang mereka ketahui ialah, simpati dengan penduduk kampung berkenaan yang tidak dapat melakukan ibadat dengan sempurna apabila masjid kampugn mereka rosak. DAP respons untuk membantu penduduk kampung itu apabila imam masjid berkenaan memberi tahu yang keadaan masjid yang ditimpa banjir belum diperbaiki.
Menurut imam berkenaan, semua rumah penduduk yang ditimpa banjir berjumlah lebih 70 sudah dibaikpulih atas inisiatif Ngo GIK, Cakna UT dan DAP serta penderma lain, tetapi masjid sahaja masih terbiar.
Saya berada di majlis itu bila mana DAP menyatakan kesediaan untuk membantu masjid itu. Pekara itu diumumkan oleh ketua pemuda DAP Anthony Loke Siew Fook yang menyatakan ia diminta berbuat demikian oleh Lim Kit Siang yang ada sama. Katanya, pihak DAP bersedia membantu memperbaiki masjid itu, tetapi biarlah mendapat persetujuan daripada AJK masjid berkenaan.
Cara DAP itu jelas mereka menyedari mengenai sensitiviti mengenai sumber kewangan bagi membina rumah ibadat orang Islam. Apabila mereka mengarifi itu tentu mereka akan mencari atau mengambil daripada sumber yang halal. Saya tidak nampak DAP akan mengadakan majlis berbentuk maksiat seperti tayangan filem Jurasik Park atau perlumbaan babi gemuk dan sebagainya untuk mendapatkan wang bagi membantu pembinaan masjid berkenaan.
Dalam DAP juga tentu ada yang faham mengenai halal haram sebab mereka lama juga berkawan dengan Pas. Sia-sialah Pas mengadakan hubungan politik dengan DAP kalau parti agama itu tidak berjaya memberi kefahaman Islam kepada DAP.
Dalam pada itu sebaik mendengar tawaran bantuan itu, hati saya mengatakan tindakan DAP itu adalah untuk meraih political mileage buat parti mereka. Di sinilah pandai dan bijaknya DAP menyentuh hati nurani rakyat. Mana-mana tuntutan dan keperluan rakyat yang tidak dipedulikan oleh Umno, akan disantuninya dengan bijak dan berhemah. Kesanggup DAP untuk bertumas siang dan malam dengan rakyat itulah menyebabkan mereka diterima rakyat hatta di pedalaman.
Kesanggupan DAP untuk terus membantu mangsa banjir di Kelantan itu walaupun rakan mereka hendak memutuskan hubungan politik dengannya, sesuatu yang mengkagumkan. DAP berjiwa besar dalam hal ini. Parti itu telah meletakkan perikemanusiaan dihadapan perikepartian. Sikap dan fiil inilah yang patut ditiru dan dicontohi oleh waima Umno atau pun Pas.
Jika Mustapa meragui akan bantuan DAP itu dan demi menyelamatkan akidah penduduk Islam kampung Pasir Tumbuh, dia masih boleh lakukan lagi. Mustapa dan Umno patut mengambil alih untuk membaiki masjid berkenaan. Mustapa perlu menghantar segera pegawainya meninjau masjid berkenaan. Apa lagi kampung berkenaan berada dalam kawasan DUN Nenggeri dimana wakilnya daripada BN.
Adun berknaan boleh membawa perkara itu kepada pengetahuan Mustapa. Umno memang mempunyai peruntukan besar untuk kegiatan agama. Seperti mana kata Pengerusi Biro Agama Umno Kelantan, Asyraf Wajdi Dusuki, sebanyak RM8 juta telah berjaya dikutip dari pelabagai agensi untuk bantu membina masjid atau memperbaiki masjid yang rosak dibaham banjir di Kelantan.
Setakat ini sebanyak 98 buah masjid dan 170 buah madrasah (sekolah agama rakyat) yang rosak kerana banjir telah dibaik pulih dengan menelan belanja sebanyak RM4.3 juta. Pelik juga saya macam mana masjid kampung Pasir Tumbuh itu boleh tercicir daripada menerima peruntukan itu.
Sekiranya DAP tidak mengemukakan cadangannya untuk bantu memperbaiki masjid itu, saya rasa Umno dan Mustapa sendiri tiak tahu mengenai keadaan masjid berkenaan. Apabila DAP telah melemparkan simpatinya barulah Mustapa terkial-kial untuk bertindak dan rasa tercabar dengan tindakan DAP itu.
Now, (cakap orang putih sikit) jangan cakap banyak, Mustapa menerusi Biro Agama Umno yang dikepalai Asyraf Wajdi kena ambil alih membaiki masjid berkenaan. Sekiranya mereka "rohok" (sukar atau payah) untuk masuk ke kampung berkenaan, saya sedia untu menjadi mediator membawa mereka ke kampung itu. Atau pun Asyraf melalui bapanya Dusuki Ahmad boleh menghubunrgi saudara Mohd Sabree Sahefi pengerusi Caknat UT, yang terlibat dalam projek membaiki lebih 70 buah rumah yang dilanda banjir di kampung itu dan upacara penyerahan kepada penduduk telah pun dibuat kelmarin dahulu.
Atau pun untuk sedap (lebih lendik) lagi boleh hubungan Cikg Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bekas MP Kota Bharu yang bertindak sebagai ketua projek pembaikan kampung berkenaan. Kampung Pasir Tumbuh itu juga bolehlah dianggap kampung Wan Rahim kerana beliau telah lama berkubang dengan rakyat disitu untuk membantun kampung pedalaman itu. Saya yakin dan percaya Cikgu Wan Rahim sedia membantunya.
Walaupun kampung itu telah ditangani oleh Ngo - Gerakan Impian Kelantan (GIK), Cakna UT bersama DAP tetapi mereka tidak ada apa-apa hak untuk menghalang Umno daripada membuat pahala di kampung berkenaan. Lagi pun bidang yang mereka ambil adalah bidang yang terbaik, membaiki masjid. Sebenarnya bukan sahaja masjid kampung itu dalam keadaan dhaif, tetapi jalan untuk masuk ke kampung berkenaan dari simpang Jerek juga rosak dan membahayakan pelalunya.
Apa yang penting, pada bulan Ramadhan ini penduduk kampung itu dapat bertarawih dalam keadaan selesa. Umno atau sesiapa jangan cemburu atas usaha mana-mana pihak untuk membawa kebaikan kepada kampung itu. Yang paling afdal ialah berpakat dan berlumba-lumba untuk membangun kampung itu disamping menambahkan pahala dalam akaun simpanan akhirat masing-masing.
Untuk diharap kepada kerajaan Kelantan dibawah pimpinan Ahmad Yaakub dan Mohd Amar membaikpulih kampung berkenaan, jauh panggang dari api kerana tabung kewangan mereka sendiri sudah pun nampak patak. [wm.kl.8:21 am 15/06/15]
No comments:
Post a Comment