Tuesday, June 9, 2015

Bagaimana rupa bentuk kabinet baru Pas

MERUNGKAI IDEA                                                                                           

Malam esok Pas akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa yang pertama dipercayai untuk menyusun kabinet dan melantik pegawai parti untuk sessi 2015 hingga 2017. Mesyuarat iti dijangka akan membuat perlantikan Setiausahaka Agung, Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihan Raya Pas dan lain.

Takiyuddin: Setiausaha Agung.
 Kemungkin juga mesyuarat itu akan turut membuat perlantikan Pesuruhjaya negeri-negeri yang baru, sementara pengisian lujnan dimasa yang lain.

Sesuai dengan semangat kepimpinan baru yang menjadikan "mendapat keredhaan Allah" sebagai motto, sudah tentu mereka yang bakal dilantik nanti mempunyai daya istiqamah dan zuhud yang tinggi. Jika berdasarkan kepada motto berkenaan sudah tentu para pemimpin yang dibuang menerusi muktamar dua tiga hari lepas yang dibuat secara pukal, tidak akan dilantik mengisi jawatan-jawatan berkenaan.


Salahuddin: Pengarah SPR
Husam: Bendahari.
Alasannya, kalau mereka mempunyai daya istiqamah, zuhud serta wala' yang tinggi, pasti mereka tidak terpelanting dan syid dalam pemilihan itu. Hampir semua mereka yang digolongkan sebagai, golongan prolib, dan tidak menunjukkan wala' dan taksub kepada presiden, kalah dalam perebutan atau pertahankan jawatan.

Terdapat lebih 100 pimpinan yang diklasifikasikan sebagai anti ulama dan digelar dengan pelbagai nama-nama jelek, kalah yang boleh disifatkan disepak keluar dari hirearki Pas.

Apakah mereka itu akan teru dihilang dan dilupakan daripada hirerki Pas dibawah pimpinan baru ini atau tidak, ia akan terjawab apabila pembentukan kabinet Pas itu dibuat nanti. Sekiranya pimpinan baru Pas khasnya Presiden Abdul Hadi Awang, berasakan pemisahan kumpulan dalam Pas menerusi muktamar itu membahayakan Pas, sudah pasti pelantikan pegawai parti nanti akan mengambil kira mereka yang kalah.

Mereka yang kalah diberi ruang dan peluang untuk bersama membantukan parti dan sekaligus menafikan perebutan jawatan dalam Pas bukan suatu musibah dan perpecahan.

Sebaliknya kalau beliau rasa seronok dan yakin parti tidak akan mengalami kemesorotan nilai, beliau tidak akan mempedulikan mereka yang kalah, tidak akan mengambil mereka menduduki apa-apa jawatan dalam hireari Pas. Tindakan itu kelak menandakan Abdul Hadi yakin Pas mempunyai kekuatan yang cukup dan tidak memerlukan bantuan daripada golongan yang dianggap prolib itu.Pas itu larat dan mampu dipikulgolongan konsevertif.

Sekiranya Abdul Hadi, masih berasaka mereka dapat membantu Pas dan perlukan idea mereka, sudah pasti, orang-orang seperti Salahuddin Ayub, Husam Musa, Mahfuz Omar, Siti Zailah Yusuf, Dr Mohd Hatta Ramli, Dr Mujahid Yusuf, Suhaizan Kaiat dan lain-lain akan diberikan tempat. Untuk Salahuddin tempat paling sesuai ialah selaku Setiasauha Agung bagi mengganti Mustapa Ali yang sudah tidak sesuai lagi untuk terus diberikan tugas berkenaan.

Cukup untuk tiga penggal Mustapa memegang jawatan itu.  Jabatan Setiausaha dibawa Mustapa pun kena kritik teruk dalam muktamar lalu. Pembuangan Mustafa dan diganti dengan orang bukan Terengganu menafikan bahawa Pas dimonopoli oleh orang Terengganu.

Manakala Husam Musa pula boleh ditawarkan untuk memegang jawatan Bendahari Pas. Kebolehan Husam dalam merencanakan ekonomi dan menjana kewangan kepada Pas amat sesuai untuk berada disitu. Sudah pasti kalau Husam diberi tugas dan amanah itu beliau mampu memikulnya dengan baik.

Ketua Penerangan pula boleh diserahkan kepada Mahfuz Omar. Tetapi sekiranya Pas ingin mengekalkan Kedah kepada Mahfuz sebagai Pesuruhjaya, elok kalau jawatan Ketua Penerangan ditukar kepada muka baru yang lebih muda dan bertenaga. Suhaizan Kaiat boleh diberi tanggungjawab berkenaan untuk membawa aura baru kepada dunia kepenerangan Pas.

Semangat kepemudaan yang ada kepada bekas ketua pemuda ini boleh menarik perhatian anak-anak muda agar mendekati dan minat kepada Pas. Dunia IT dan media baru yang kini menjadi alat perjuangan berkesan patut diserahkan kepada seorang yang beketerampilan dalam bidang itu. Adalah diharap ketua penerangan baru nanti akan memberi dimensi baru kepada media baru ini dalam konteks Pas sebagai parti agama.

Nama-nama lain yang tidak dipilih jawatankuasa kerja boleh dilantik semula, mereka seperti Dr Mujahid Yusuf Rawa, Hanifa Maidin, Dr Mohd Hatta Ramli, Dzulkifli Ahmad, Abdul Khalid Samad dan lain-lain. Mereka ini ada kebolehan dan kepakaran masing-masing, lantiklah mereka mengikut ketrampilan masing-masing.

Begitu juga dengan bekas calon Presiden, Ahmad Ahmad boleh dipertimbangkan untuk menjawat apa-papa jawatan penting dalam Pas. Tindakannya melawan Abdul Hadi jangan dijadikan mentara dan sempadan untuk terus mengasingkan beliau dari berkhidmat kepada parti.

Disebabkan post Mursyidul Am sudah dipenuhi, elok kalau Ahmad Awang dilantik menjadi pegawai serantau Pas merangkap pegawai luar negera bagi menghubungkan Pas dengan dunia dan gerakan Islam luar.

Pengalaman beliau dalam bidang dakwa dan tarbiyah juga boleh diberikan lujnah dakwah dan terbiyah kepada bekas Naib Presiden Pas itu. Begitu juga dengan bekas timbalan presiden, Mohamad Sabu yang dilihat akrab dengan gerakan dunia dan Ngo boleh diberikan tanggungjawab sebagai "duta" Pas ke luar negara.

Walaupun ada kenyataan dan pandangan bahawa mereka yang kalah tidak akan menerima apa-apa jawatan, kerana ingin memberi peluang dan untuk menyaksikan (menguji) kemampuan pimpinan baru menjana Pas, tetapi Abdul Hadi harus menawarkan jawatan itu kepada mereka. Yang penting Abdul Hadi perlu menghormati mereka, dan perlantikan ke jawatan tertentu bagi membuktikan apa yang disebut Abdul Hadi sendiri sebelum ini, mereka yang kalah tetap ada ruang dalam Pas untuk membolehkan mereka terus istiqamah demi kemenangan Pas.

Sekiranya mereka tidak ditawar apa-apa jawatan sudah tentu orang akan beranggap Abdul Hadi dan barisan kepimpinan baru berdendam dengan mereka dan tuduhan Hadi mahu menjadi Pas parti orang agama atau ulama, benar.

Khabarnya ada orang mengidam begitu lama untuk menjadi Setiausaha Agung. Mustapa Ali katanya sudah pun mahu berundur daripada menjadi orang penting di pejabat Pas dan jawatan itu hendak diserahkan kepada Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyddin Hassan yang juga penolongnya. Nah, kali ini mungkin Mustapa benar-benar berundur dari jawatan itu. Melihat kepada Takiyuddin bercakap dengan press pun sudah menggambarkan dia sebagai setiausaha agung.

Makanya kalau Abdul Hadi tidak sedia untuk menerima Salahuddin menjadi setiausaha agung, mungkin Takiyuddin boleh diserahkan jawatan itu. Perlantikan Takiyudin sudah pasti sebagai membalas jasa dan juga memandangkan kebolehannya mengurus parti khasnya perjalanan muktamar Pas dimana beliau menjadi pengarahnya.

Kelebihan yang ada kepada Takiyuddin ialah beliau dilihat seorang yang bukan sahaja rajin bekerja tetapi mempunyai daya ketaatan yang tinggi kepada presiden dan parti. Jika setiausaha agung diberikan kepada Takiyuddin, kemanakah Pas hendak tempatkan Salahuddin?

Apakah Salahuddin akan diberikan post selaku Pengarah Pilihan Raya Pas bagi menggantikan tempat Dr Mohd Hatta Ramli yang mungkin akan mengambil pendirian seperti sesetengah yang lain sudah mengatakan akan menolak kalau mereka dilantik? Salahuddin dalam hal ini dilihat redha dan bersedia memikul apa sahaja tanggungjawab asalkan beliau bersama parti.Dan begitu juga Dr Hatta juga redha apa yang akan dilakukan ke atasnya.

Seloknya Pas menawarkan jawatan kepada mereka yang kalah untuk memegang jawatan yang disandang sebelum ini, dan selepas mereka menolak barulah dicari pengganti di kalangan mereka yang kalah. Hendaknya dalam perlantikan ini Abdul Hadi tidak perlu banyak menerima pandangan daripada orang lain, penasihat 30% dari luar, tetapi berbincang dan berjemaklah dengan anak beranak, khasnya timbalan presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, kerana beliau kelihatan lebih terbuka dan bersifat penyayang kepada semua orang. [wm.kl.4:33 pm 09/06/15]

No comments: