Wednesday, June 24, 2015

Annuar Musa, Mara dan hartanah di Melbourne

SUSUPAN PETANG                                                                                       

Annuar Musa
Tiba-tiba sahaja isu pembelian hartanah berupa bangunan untuk dijadikan asrama pelajar Malaysia di Melbourne oleh Mara meletup. Menurut laporan berita "scop" yang dikeluarkan oleh The Age Australia, harta itu berupa blok apartment International House bernilai USD17.8 juta  (RM51.5 juta) sahaja tetapi dibayar dengan harga USD 22.5 juta  (RM65) juta.

Pembelian itu tidak menjadi masalah kerana untuk kemudahan pembelajaran, tetapi apa yang menjadi pertikaikan kenapa pembelian itu dengan harga yang diatas harga sepatutnya dan inilah menyebabkan timbul keraguan mungkin ada berlaku rasuah dalam urus niaga berkenaan.

Pembelian hartanah itu seragam dengan pembelian tanah milik 1MDB oleh Tabung Haji yang nilai harganya beribu kali ganda dengan harta yang dijualkan kepada syarikat pelaboran strategi yang dinaungi Najib Razak itu.

Hari ini Pengerusi Mara, Annuar Musa yang saya percaya terkejut dengan penbelian hartanah itu membuat kenyataan akhbar menjelaskan isu berkenaan. Intisari daripada kenyataan beliau ialah, pembelian hartana itu diketahui dan mendapat kelulusan Perdana Menteri, Najib Razak. Ertinya Najib maklum mengenai pembelian hartanah itu.

Pembelian itu menurut Annuar dilakukan oleh anak syarikat Mara, Mara Inc. Katanya pihaknya sudah mengetahui urusan pembelian itu dan laporan disiarkan The Age itu sebagai satu information sahaja.

Annuar berjanji ia akan menjalankan siasatan. Mara Inc diberi masa selama tujuh hari untuk menghantar laporan bertulis menjelaskan perkara itu dan dalam masa 14 hari Mara akan memanggil mesyuarat untu membincangnya.

Annuar tidak menjanjikan apa-apa tindakan lebih daripada itu, seperti akan menyerahkan kepada polis atau pun SPRM untuk menjalankan siasatan. Seperti mana dilaporkan The Age terdapat beberapa orang politik yang berkolobrasi dengan pegawai Mara melalukan urusan niaga berkenaan.

Apabila Annuar menyebut pembelian itu dibawah pengetahuan Najib, timbul pertanyaan kepada saya kenapa cepat sangat Annuar menyebut nama Najib. Apakah tidak boleh beliau melindungi Najib untuk seketika. Kenapa beliau tidak terlebih dahulu menyebut nama menteri bertanggungjawab terhadap Mara, iaitu Shafei Afdal selaku Menteri Luar Bandar. Apakah ada niat Annuar disini untuk mengheretkan sama Najib dalam pembelian itu? Walahu'alam.

Menurut Annuar juga, dia sudah tahu mengenai pembelian hartanah berkenaan sejak dua bulan lepas dan audit dalaman sedang dibuat. Apa yang didedahkan oleh The Age itu hanya makluman atau informasi tambahan. Baginya pebelian itu menurut prosuder yang sah. Anihnya, kenapa Annuar tidak membuka mulut perkara itu sebelum ini?  Kenapa sehingga ia didedahkan oleh akhbar luar negara?

Dan apakah kalau laporan The Age tidak dikeluarkan maka Annuar juga akan mengzipkan mulutnya serapat mungkin?

Saya masih ingat sekitar bulan Mei, sewaktu berceramah di Padang Perdana Kota Bharu Kelantan, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli ada menyebut seimbas lalu mengenai perkara ini, tentang penyelewengan dalam agensi kerajaan itu.

Apabila habis beliau bercerita fasal kerugian atau kehilangan dalam syarikat 1MDB, penyangakan Tabung Haji, wang KWSP, LTAT dan sebagainya, beliau menyebut Mara. "Selepas ini terbongkar pula penyelewengan dalam Mara," begitulah kira-kira katanya. Waktu Rafizi menyebut itu semua orang menganggap ia hanya humoris sahaja sehinggalah terdedah skandal itu dalam The Age.

Apabila Rafizi menyebut Mara maka orang terus terkenang dan menyebut Annuar Musa kerana beliau adalah pengerusi. Seorang ahli PKR di Ketereh bernama Imi Tokcu sudah menyindir Anwar berhubung perkara itu dalam facebooknya sehinggakan menimbulkan kemarahan Annuar.

Pengerusi Mara itu dalam satu status dalam facebooknya memberi tahu dia akan menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada ahli PKR berkenaan.

Nah, hari ini apa yang disebut oleh Rafizi itu telah terdedah kepada umum. Dan Annuar sendiri mengakui berlaku transksi pembelian hartanah berkenaan, cuma sama ada ia dibuat secara telus atau tidak belum disahkan. Ceritanya kini bahawa Mara sedang diperhati oleh segenap mata-mata yang ada di negara "tigatujuhkosongsatutujuh" ini. Dan walaupun pembelian itu dibuat sebelum Annuar menjadi pengerusi Mara tetapi beliau kena bertanggungjawab.

Janji lisan dibuat baik oleh Annuar dan Najib pembelian aset itu akan disiasat bagi menentukan apakah ia berlaku rasuah atau sebaliknya. Kita berharap ia berjalan dengan teratur dan telus, semoga janji lisan itu tidak ditelan naga api di tengah jalan. Mara oh Mara ramai orang naka Mare. [wm.kl.5:50 pm 24/06/15]

No comments: