Saya berkereta kira-kira lebih 300 km dari Kuala Lumpur ke Gua Musang semalam bukan untuk menyaksikan pengistyharan Sasterawan Negara A Samad Said menyertai DAP, tetapi untuk melihat satu upacara penyerahana 70 buah rumah mangsa banjir yang dibina dan dibaiki pulihkan oleh Gerak Impian Kelantan (GIK), Cakna UT dan DAP
Pak Samad menerima kad keahlian DAP daripada Kit Siang. |
Terus terang saya nyatakan sebagai sorang Melayu yang tebal juga dengan semangat nasionalis, tidak begitu baik bagi saya untuk menyaksikan majlis pengistyharan Pak Samad sebagai ahli DAP itu. Walaupun peristiwa itu ada signifikan, tetapi sebak juga untuk menyaksikanya. Tersisih dan terkilan juga jiwa.
Kalau mengikut aluran dan denai pemikiran saya, Pak Samad tidak perlu menyertai DAP, cukup dia berdiri di atas panggung kesenimanannya sahaja. Panggung kesenimanannya itu sudah cukup gah dan kuat baginya untuk melaungkan suara menghentak jiwa rakyat. Panggung itu juga, yang menjadikan Pak Samad milik Pakatan Rakyat, atau rakyat amnya, menjadikan dia dilihat sebagai seorang wira tanpa ada dicap dengan ideologi politik. Kini apabila di bajunya sudah ada lencana dan cogan "Roket" maka ia tidak lagi dapat dirasai dirinya sebagai hak rakyat sebebasnya.
Dinsman, Kassim hadir merai Pak Samad. |
Tetapi pemilihan itu adalah hak Pak Samad sebagai seorang warga demokrasi negara ini. Maka tiada sesiapa boleh menghalangnya. Pilihannya adalah muktamad dan selesai kandatipun ia sedikit mengejutkan kita semua.
Ketibaan Pak Samad disambut Wan Rahim dan Sobree. |
Dalam perjalanan semalam itu saya sudah membaca berita mengenai Pak Samad akan menyertai DAP dan pengumuman kemasukannya akan dilakukan di Kelantan. Mulanya saya mengira ia sebagai gimik sahaja, tetapi beberapa jurus selepas itu, ia dapat disahkan berita bahawa benar Pak Samad sudah mulai masuk ke daerah politik bertanda.
Justeru, pengistyharan Pak Samad sebagai ahli DAP, menjadi berita besar yang ditunggu-tunggu dan sekakaligus melenyakkan peristiwa utama itu, yakni penyerahan rumah-rumah kepada mangsa banjir di destinasi dituju saya itu, di Kampung Pasir Tumbuh, Gua Musang. Saya rasa kalau bukan kerana adanya peristiwa penting itu, para media tidak berapa ramai. Pun begitu juga dua rakan saya sdr Dinsman dan Kassim Muhamad dari Paksi tidak akan turun ke kampung itu. Khabarnya mereka berkereta menuju ke kampung itu sebaik sahaja selesai satu acara rutin bulanan di Gombak, jam 1:00 pagi.
Mereka juga terkejut dan berminat untuk mendengar dari mulut Pak Samad sendiri kenapa beliau memilih Roket, tidak bulan atau Mata sehingga membawa mereka ke perkampungan itu.
Deklarasi Pak Samad menyertai DAP semalam, dibuat leh Pensihat DAP, Lim Kit Siang tepat jam 12:45 minit tengah hari. Lim Kit Siang menganggap Pak Samad adalah wira baru yang berjuang untuk rakyat bersamanya. "Pak Samad adalah wira Impian Rakyat Kelantan dan Wira Rakyat Malaysia," begitulah nobat Lim Kit Siang disambut dengan tepukan bergemuruh terutamanya dari kalangan pemimpin DAP, Ketua Pemudanya Anthony Loke, ahli Parlimen Seputih Teresa Kok, bekas Spekaer Dun Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Mohd Sobree Shafii dan lain-lain.
Sebagai simboliknya kad keahlian DAP berwarna merah disampaikan kepada Pak Samad dan dengan itu rasmilah Pak Samad menjadi ahli kepada sebuah parti demokrasi sosialis. Sebenarnya tidak ada siapa boleh menghalang dan melarang tindakan Pak Samad untuk berada jauh ke dalam sebuah parti politik. Ia adalah pilihan dan kehendaknya sendiri dipercayai dibuat dengan penuh inasf.
Pak Samad sebelum ini sudah dilihat, seakan tidak percaya kepada kuasa pena dapat membetulkan keterpesongan penguasa demi rakyat, atau pun pena tidak cukup kuat dan berkesan untuk memperjuangkan membela rakyat tanpa disertai sendiri dengan batang tubuh.
Beberapa kali dia sudah menggerak dan menyindir para seniman, penulis, penyair, budayawan, agar ikut sama menerjunkan diri dalam politik, turun ke lapangan, membela rakyat, dan menginsafi bahawa kesangsaraan rakyat yang dihimpit penguasa bukan sahaja perlu ditulis, tetapi ditindak dengan fizikal.
Atas kesedaran itu apabila diajukan pertanyan kenapa, Pak Samad yang sudah gah sebagai seniman rakyat mengambil keputusan bersama DAP. "Seniman bukan sahaja setakat menulis tetapi perlu melakukan lebih daripada itu," begitulah katajawab Pak Samad apabila diajukan Dinsman.
Dalam diam saya termengelamun jauh mengenangkan peristiwa kemasukan Pak Samad ke dalam DAP itu. Timbul persoalan dalam diri saya, kenapa Pak Samad memilih DAP dan tidak parti rakan-rakan DAP yang lain, Pas dan PKR yang dilihat lebih sesuai dan afdal baginya. Walhal Pak Samad dilihat akrab dengan semua ketiga buah parti itu, dan kehampirannya dilihat sangat kepada Pas. Kenapa tidak beliau memilih Pas? Atau pun Pak Samad selama ini tidak terfikir untuk memasuki dunia siasah jauh dari itu?
Fikiran nakal saya mengira (mungkin silap), apa yang mendorong Pak Samad mencari DAP ialah mungkin disebabkan senario yang berlaku dalam Pas kini. Saya bertanya perkara itu kepada Pak Samad, tetapi jawaban setepat yang saya ingini dan sangkal dan Pak Samad mengelak. Katanya, bukan sebab itu, (pergolakan dalam Pas), tetapi dia memilih DAP kerana parti itu ada landasan jelas dan mengenali dan berkawan lama dengan Lim Kit Siang.
Saya faham, tetapi saya tetap mengatakan, Pak Samad menjadi risau dan resah akhirnya mengambil keputusan menimbulkan persoalan itu, tentu ekoran perkembangan dalam Pas. Kekalahan atau tepatnya pembuangan (ethnic cleansing) semua golongan Prolib dalam Pas menerusi muktamar baru lalu, (dan juga perlantikan) pasti mengecewakan Pak Samad. Sebagai manusia berjiwa halus, kekecewaan itu tidak disebut tetapi diprotes dengan tindakan fizikal secara terhormat. Makanya sebagai protes beliau harus melakukan satu tindakan yang kontradik dengan kehendak umum orang Melayu, iaitu menyertai DAP.
Pilihan dibuat Pak Samad itu, meskipun ia masih bersam rakyat menggalas sama perjuangan Pas, tetapi ia satu kerugian besar kepada parti monopoli ad Din itu. Ia menunjukkan Pas gagal untuk menarik perhatian Pak Samad agar berada dalam pangkuannya. Model Islam yang dijadikan kosmetik kepada perjuangan Pas gagal untuk menarik perhatian Pak Samad. Laungan azan oleh Pas tidak menyelinap ke dalam sanubari Pak Samad. Pak Samad mungkin tidak terpesona dengan kosmetik tiruan yang tiada haruman.
Dan apabila Pak Samad berjaya dirampas oleh DAP, ertinya diplomasi DAP mengatasi apa yang ada dalam Pas maupun PKR. Ternyata seni perjuangan politik yang dipamerkan DAP lebih menarik minat Pak Samad.
Iya, bagi seniman sepertinya memerlukan sesuatu yang jelas, jilah dan benar. Kepura-puraan dan munafik akan ditolak dan dilawan semahunya. Jiwa senimannya tidak membenarkan itu berlaku kerana ia bertentangan dengan naluri semula jadinya. Bagi Pak Samad dia nampak akan keikhlasan dan kesungguhan DAP dalam berjuang demi rakyat. Tidak mustahil kalau Pak Samad tidak menyelami motif di sebalik keikhlasan DAP itu, tetapi mungkin dia mengira DAP lebih wajar berbanding dengan Pas yang lebih beretorik.
Tengok sahaja penyertaan DAP dalam misi kemanusiaan membantu mangsa banjir di Kelantan itu. Penyertaan itu walaupun ia ada motif politik, tetapi sikap dan sifat kemanusiaan DAP lebih melata berbanding dengan parti-parti lain. Contohnya kehebatan DAP dalam hal ini ialah, mengambil tanggungjawab memulihkan perkampungan yang dibaham banjir di kampung Pasir Puteh itu.
Jika hendak dikira, untuk apa DAP menjenguk kampung dilanda banjir yang berada di pedalaman. DAP sebuah parti yang bergerak di bandar dan ibu kota dimana pengikutnya majoritit orang Cina, berfahaman sosialis, tidak sepatutnya menyibuk hingga sampai ke kampung pedalaman. Apa lagi kampung yang disinggahi itu kampung tradisional Melayu yang utuh beragama. Idealogi DAP kalau hendak dijual di kampung berkenaan mungkin akan ditolak mentah-mentah kerana mereka rata-rata orang Melayu beragama Islam.
Tetapi tidak begitu dalam perkiraan dan sihir politik DAP. Baginya sebagai sebuah parti politik mempunyai tanggungjawab sosial yang besar. DAP mahu menunjukkan dia bingkas dalam segenap masalah rakyat tanpa dibatasi sempadan agama, bangsa dan geografi. Dalam masa sama ia mahu memperluaskan daerah pengaruh dan penglibatan dalam berkebajikan kepada rakyat.
Motto Negara Berkebajikan yang dijual rakyat telah dibeli tunai oleh DAP menerusi projek membangun kampung yang dilanda banjir itu.
Bagi saya kesudian DAP itu bukan sahaja atas misi kemanusiaan, tetapi ia tetap sama mengedung hasrat besar parti berkenaan untuk menjadi wadah bukan sahaja kepada orang bandar, orang Cina, tetapi menjadi satu landasan kepada orang Melayu luar bandar. Nah, disinilah kepintaran DAP dalam merancang memperhebatkan perjuangan mereka. Mungkin atas kehebatan dan keluasan sempadan perjuangan inilah menarik orang seperti Pak Samad untuk bersama dengannya secara langsung.
Justeru apabila DAP mendapat Pak Samad, tepatlah gelaran yang diberikan oleh Lim Kit Siang itu Pak Samad akan menjadi wira impian rakyat. Secara tidak langsung Pak Samad akan menjadi piala tarikan baru kepada rakyat untuk memperhebatkan DAP. Semoga sahaja Pak Samad bisa menghaluskan jiwa DAP seperti jiwanya.
Dalam lamunan itu, selain daripada Pas perlu bersa malu dan kerugian dengan pemilihan wadah Pak Samad itu, Pas juga tercabar dengan tindakan Pak Samad itu. Pas gagal untuk memberi pencerahan mengenai landasan perjuangannya sebagai parti ad Din. Apabila Pak Samad mengakui landasan DAP jelas, maka landasan perjuangan parti lain khasnya Pas adalah kabur. Ini bertentangan dengan prinsip dan konsep Islam itu sendiri sebagai pencerah dan rahmatan lialamin.
Mungkin untuk menafikan rasa kekecewaan atas ketidaksediaan Pak Samad untuk bersama Pas itu, menyebabkan ada orang Pas akan meniru sikap musang yang tidak mendapat anggur, dengan mengatakan Pak Samad bukan aset lagi, tetapi seniman tua yang sudah ketandusan ilham. Pendapat itu samalah dengan pendapat kecewa si musang yang tidak mendapat anggur kerana tidak cukup kuasa mendapatkannya dengan menafikan kelemahan itu untuk mengulik hati mengatakan anggur itu masam. Mungkin akan kedengaran, tetapi kita berharap ia tidak akan dilakukan. [wm.kl.7:42 am 14/06/15
No comments:
Post a Comment