PENDAPAT
Kalau gigi saya tak berona (sakit) teringin juga untuk saya hadir sama dalam dua program besar yang akan diadakan minggu depan. Pertama ialah Kongres Rakyat, anjuran Pas yang akan diadakan di Shah Alam Selangor tanggal 12 September. Program kedua ialah, himpunan rakyat Baju Merah, yang bakal diadakan di Bukit Bintang Kuala Lumpur tanggal 16 September.
Masalahnya juga waktu ini saya belum ada baju berwarna merah? Dahulu ada dua helai tetapi kedua-duanya sudah lusuh warna. Dah nak jadi macam oren sikit-sikit.
Tidak pasti siapa yang menganjurkan himpunan baju merah itu, tetapi dipercayai ia adalah mereka yang pro Umno, tepatnya yang bersimpati dan mengharapkan garam dan gula daripada Najib. Himpunan itu dinamakan untuk membela maruah Melayu, tetapi hakikatnya untuk membela maruah Najib yang terzahir oleh perbuatannya sendiri kemudian ia diecerkan oleh himpunan Bersih 4 minggu lepas.
Thursday, September 10, 2015
Kalau gigi saya tak berona..
Labels:
Kongres Rakyat
Wednesday, September 9, 2015
Mesyuarat MT Umno hari ini tetap penting, mengejutkan
SESUDAH SUBUH
Hari ini Majlis Tertinggi (MT) Umno akan mengadakan mesyuarat yang diramalkan akan memutuskan sesuatu yang mengejutkan. Mesyuarat hari ini diadakan selepas selama tiga bulan majlis itu tidak bermesyuarat. MT Umno mengadakan mesyuarat rutin sebulan sekali bagi membincang perkembangan dalam parti dan juga kerajaan.
Mesyuarat hari ini ditunggu-tunggu oleh segenap pemerhati politik dan sudah tentu media massa akan menjadi lebih minat. Desas desus kononnya Najib Razak akan mengumumkan pemecatan Muhyiddin Yassin, Shafei Afdal, Mukhriz Mahathir serta beberapa ahli lain menjadi daya tarikan.
Spekulasi mengenai hal ini tersebar beberapa hari lalu. Bagaimana pun ia dinafikan oleh beberapa pemimpin tertinggi Umno, termasuk Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan juga Naib Presiden Zahid Hamidi. Hampir semua mereka mengatakan tidak ada apa-apa yang pelik dan mengejutkan berlaku dalam mesyuarat hari ini.

Najib Razak
Tuesday, September 8, 2015
Sudah sampai Hisbah ditubuhkan di Kelantan
PANDANGAN
Ekoran berlaku beberapa kejadian yang menjejaskan kewibawaan kerajaan PAS Kelantan yang dikenali dan beriya-iya menunjukkan ia sebagai satu-satunya sebuah kerajaan Islam di negara ini, elok kalau kerajaan Kelantan dibawah pimpinan Ahmad Yaakub menubukan badan ombudsman yang dikenali sebagai Hisbah.
Janji untuk menubuhkan Hisbah ini dibuat dalam manifesto pilihan raya PAS tahun 1990 lagi, tetapi sayangnya ia tidak dilaksanakan sampai kini. Satu masa bekas MB Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kerajaan Kelantan tidak mampu untuk menubuhkan Hisbah kerana tidak mempunyai kepakaran.
Apakah selepas 25 tahun kerajaan Kelantan dibentuk, soal kepakaran itu masih belum diatasi? Kalau begitu ini bermakna cadangan untuk mewujudkan Hisbah itu adalah retorik semata-mata. Juga apakah kegagalan menubuhkan Hisbah itu bukan satu pemungkiran janji kepada rakyat?

![]() |
| Ahmad perlu berjiwa besar. |

Ahmad Yaakub
Najib terlupa yang malukan negara dia, bukan Bersih
DALAM KABUS
Najib Razak mengecam himpunan Bersih 4 yang berlangsung baru-baru ini sebagai gila. Katanya himpunan itu, - Bersih bukan demokrasi, tetapi democrazy. (Gila).
Perdana Menteri itu berkata himpunan itu bertentangan dengan perlembagaan negara kerana ia cuba mengguling kerajaan. Najib menggunakan perlembagaan untuk mengecam Bersih dan menyelamatkan dirinya.
Sebenarnya tidak ada siapa beranggapan himpunan Bersih itu sebagai hendak mengguling kerajaan. Himpunan Bersih bukan baru, malahan sudah berlaku beberapa kali sebelum ini. Himpunan Bersih adalah untuk menuntut demokrasi dan pilihan yang bebas, telus dan adil.

Monday, September 7, 2015
Kerajaan Kelantan berhabis duit kerana bayar saman
MEMERHATI
Sejak Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat tiada berbagai masalah atau perkara berlaku di Kelantan. Ia menimpa bukan pihak-pihak tertentu sahaja di negeri itu tetapi melibatkanh seluruh rakyat. Parti itu dan kerajaan Kelantan yang dipimpinnya selama 25 tahun juga berhadapan dengan berbagai masalah dan kerenah.
Apakah ia satu kebetulan, selepas ketiadaan Nik Aziz? Kalau kebetulan, kenapa?
Sejak Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat tiada berbagai masalah atau perkara berlaku di Kelantan. Ia menimpa bukan pihak-pihak tertentu sahaja di negeri itu tetapi melibatkanh seluruh rakyat. Parti itu dan kerajaan Kelantan yang dipimpinnya selama 25 tahun juga berhadapan dengan berbagai masalah dan kerenah.Apakah ia satu kebetulan, selepas ketiadaan Nik Aziz? Kalau kebetulan, kenapa?
Labels:
Kerajaan Kelantan
Friday, September 4, 2015
Buku ini akan menemani penerbangan saya esok
ULASAN BUKU
Lain orang lain perangainya, lain sifat dan lain juga kegemarannya. Saya juga tidak terkecuali tertakluk dalam kenisbian itu. Setengah orang apabila mendapat buku baru mereka akan menghabiskan masa untuk mengkhatami secepat mungkin sampai tidak makan dan tidak tidur atau mengabaikan kerja-kerja lain.
Saya juga mengalami situasi yang sama, terutama di masa-masa muda dahulu. Ketika itu sangat rajin mendampingi buku. Selalunya saya akan membaca buku dua buah serentak yang berlainan tema atau jenis. Bukan apa untuk menghilangkan rasa boring.
Pun begitu bukan semua buku akan dilayan begitu, sampai tidak makan minum dan tidak tidur; sebuah buku yang tebal 200 hingga 400 muka surat boleh dihabiskan dalam masa tiga hari sahaja. Wow... Ibu lenguh berlebel ajak makan atau minta membantunya, saya ralik dengan buku.
Lain orang lain perangainya, lain sifat dan lain juga kegemarannya. Saya juga tidak terkecuali tertakluk dalam kenisbian itu. Setengah orang apabila mendapat buku baru mereka akan menghabiskan masa untuk mengkhatami secepat mungkin sampai tidak makan dan tidak tidur atau mengabaikan kerja-kerja lain. Saya juga mengalami situasi yang sama, terutama di masa-masa muda dahulu. Ketika itu sangat rajin mendampingi buku. Selalunya saya akan membaca buku dua buah serentak yang berlainan tema atau jenis. Bukan apa untuk menghilangkan rasa boring.
Pun begitu bukan semua buku akan dilayan begitu, sampai tidak makan minum dan tidak tidur; sebuah buku yang tebal 200 hingga 400 muka surat boleh dihabiskan dalam masa tiga hari sahaja. Wow... Ibu lenguh berlebel ajak makan atau minta membantunya, saya ralik dengan buku.
Labels:
Ulasan Buku
Thursday, September 3, 2015
Cukuplah mengkhianati Hatta, biarlah dia berlalu...
BISIKAN RASA
Lewat petang semalam saya menghubungi seorang Exco Kelantan yang juga pimpinan tertinggi Pas negeri itu. Saya memohon kepada exco berkenaan supaya meminta Mohd Amar Nik Abdullah (Nik Amar) tidak menimbul atau memainkan isu bai'ah yang membabitkan ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli. Saya sungguh sedih apabila isu bai'ah Dr Hatta itu dijadikan isu politik murahan.
Saya meminta agar Nik Amar dapat dinasihati supaya tidak menjadi terlalu buruk dan huduh dengan menimbulkan perkara itu. Biarlah kalau hendak menjadikan sesuatu isu sebagai bahan polemik dan mempopularkan diri, carilah isu yang waras dan tidak menunjukkan kecetekan telaga politik kita.
Isu bai'ah itu bagi saya ia bukan isu yang waras. Ia isu terperibadi dan rahsia Pas. Dan isu itu bukan persoalan sebenar dalam perjuangan menegakkan agama, bangsa dan negara. Ia adalah isu terpencil dan bersifat individual yang mana bila diketengahkan menjadi bahan gelak orang lain.
![]() |
| Dr Mohd Hatta, tahniah atas keberanian. |

Bai'ah Taklik
Wednesday, September 2, 2015
Peluang untuk berkorban di Aceh masih dibuka
| Insya-Allah mereka akan kita raikan. |
Perhatian kepada penjengok blog Merah Tinta budiman semua. Atas permintaan beberapa rakan-rakan supaya pintu untuk melakukan korban di Aceh sambil menjamu dan meraikan anak-anak di sebuah pasentran di negara yang dilanda tsunami itu dilanjut, maka dengan ini saya lanjutkan untuk beberapa hari lagi.
Penyertaan terakhir ialah pada 10 September 2015. Keutamaan diberikan kepada yang awal dan komited.
Minggu depan saya akan berangakat ke Aceh menguruskan pembelian lembu dan urusan korban. Kepada mana-mana penjenguk setia blog Merah Tinta yang ingin ikut serta berkebajikan dan melakukan korban, silakan... kemurahan anda dialu-alukan.
Terima kasih kepada penjengok yang bermurah hati untuk sama-sama berkorban di sana. Mudahan kita mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya. Untuk mendapat keterangan lanjut sila hubungi saya di nombor telefon 019 2336996 atau email ke msomalaysia@gmail.com.
Terima kasih dan wassalam. [wm.kl.12:10 t/hari 02/09/15]
Labels:
Korban Di Aceh
Tuesday, September 1, 2015
PAS perlu sambut baik kemunculan PAN
ULASAN KHAS
Selepas 15 jam selesai himpunan Bersih 4 dengan jayanya, kumpulan PAS yang ditolak dalam muktamar lalu telah mengumumkan penubuhan parti baharu sebagai wadah penerus perjuangan mereka.
Ia diumumkan oleh Mohamad Sabu selaku pengerusi GHB dan beliau juga pengerusi jawatankuasa protem parti baru itu dalam satu sidang akhbar khas di Kuala Lumpur petang semalam.
![]() |
| Barisan kepimpinan GHB pada sidang umum parti. |
Ia diumumkan oleh Mohamad Sabu selaku pengerusi GHB dan beliau juga pengerusi jawatankuasa protem parti baru itu dalam satu sidang akhbar khas di Kuala Lumpur petang semalam.
Labels:
Pas dan Pan
Ulasan penubuhan parti baru oleh GHB
Semalam Mohamad Sabu telah mengumumkan penubuhan parti baru yang akan menjadi wadah politik kepada GHB. Apakah penubuhan parti baru satu langkah bijak dan perlu? Memandangkan hampir 100% yang menyertai parti itu adalah ahli dan penyokong Pas,, apakah ia bakal mencabar Pas? Tunggu ulasan akan dipostkan segera hari ini. Wassalam Mso.
Labels:
Perhatian
Subscribe to:
Posts (Atom)