Sunday, June 15, 2008

Laporan Lewat

Ku Li Tidak Menamakan Siapa Gandingan Sebagai Calon Presiden

CALON presiden Umno 2008 Tengku Razaleigh Hamzah tidak menentukan siapa yang bakal menjadi regunya sekiranya beliau memperolehi kuota untuk bertanding merebut jawatan itu Disember hadapan.

Setakat ini beliau tidak pernah menamakan sesiapa sebaliknya siapa sahaja yang layak boleh menjadi regunya kelak.

Menjawab persoalan ditimbulkan seorang ahli Umno dalam majlis pertemuan dengan Umno akar umbi bahagian Gombak lewat pagi ini yang mempersoalkan tindakan Ku Li yang difahamkan telah menamakan orang-orang tertentu sebagai regunya, beliau menjealskan;

"Saya tidak boleh menamakan sesiapa yang akan menjadi regu saya. Sesiapa saja yang layak dan sesuai dia boleh menjaid regu saya. Hak manakannya juga bukan hak saya tetapi itu adalah hak ahli. bergantung kepada ahli pilih siapa, kita menerimanya."

Persoalan itu timbul apabila Ku Li semasa melawat Sabah dua minggu lalu dipetik sebagai berkata ahli Umno Sabah juga boleh menjadi Timbalan Presiden Umno. Manakala semasa berucap dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua Umno seluruh Pahang di Mantakab semalam, Ku Li menyatakan Mohd Najib Razak boleh menjadi regunya.

Jelasnya lagi, calon timbalan presiden atau yang akan berganding dengannya bukan saja bergantung kepada calon atau tokoh tertentu, dan beliau tidak boleh menentukan sebaliknya akan ditentukan oleh ahli begitu juga dengan jawatan-jawatan lain. [wm. kl 7:24 pm 15/06/08]

No comments: