Friday, June 13, 2008

Renungan Jumaat

Bila Kerajaan Dipimpin Oleh Mereka Yang Tidak Cerdik

MENURUT khutbah yang dibaca oleh Imam Masjid Putrajaya tadi ada dua iktibar yang boleh diambil dari kenaikan harga minyak. Pertama ia mengajar manusia agar berhemat dan merancang dalam perbelanjaan. Tujuannya ialah untuk elak berlaku pembaziran. Pembaziran adalah perbuatan syaitan, kata khatib.

Iktibar kedua membolehkan kita merangka dasar menggunakan sumber tenaga selain minyak seperti kayu, logam dan sebagainya. Maksudnya mungkin kalau nak masak jangan pakai gas tetapi pakai kayu api.

Pada asasnya itibar itu memang baik dan perlu diamalkan oleh rakyat negara ini. Bagaimana apa yang menjadi persoalan ialah kenapa seruan agar rakyat melakukan penjimatan dan tidak bersikap macam syaitan itu baru sekarang setekah keadaan hampir nazak?

Negara dalam keadaan berhadapan dengan krisis bahan bakar dan makanan baru kerajaan bersusah payah meminta rakyat mengubah cara hidup dan mengawal perbelanjaan. Sering kali kerajaan kita ini menjadi macam kucing jatuh anak bila berhadapan dengan keadaan kritikal.

Ketika negara kaya tidak ada pun langkah-langkah sebegitu dianjurkan.

Di sinilah menujukkan kerajaan kita tidak berpandangan jauh. Kalau mereka berpandangan jauh usaha membendung risiko yang bakal timbul daripada keadaan hari ini sepatutnya sudah dilakukan sejak bertahun lalu.

Wajarlah kalau rakyat merasa muak dan mahu kerajaan sekarang ini disembamkan sahaja. Sebab jelas kerajaan hari ini dipimpin oleh para 'jagoan' yang tidak memiliki akal panjang dan tahu membaca apa yang tersirat dan rabun pula melihat atau yang tersurat. Sepatutnya bagi pemimpin yang bijak itu berfikir lebih jauh daripada rakyat! [pj 2:45 am 13/06/08]

1 comment:

Ordinary Superhero said...

"Iktibar kedua membolehkan kita merangka dasar menggunakan sumber tenaga selain minyak seperti kayu, logam dan sebagainya."

Jika betul itu lah iktibar yang nak diketengahkan, aduss...terlalu tohor nya mutu pengisian khutbah kita. Saya tidak lah terkejut kalau khutbah itu di baca di kawasan ulu dan pendalaman atau di depan anak-anak sekolah rendah. Tapi di Putrajaya?

It's an insult to the intelligence of the audience.