Tuesday, June 24, 2008

Ulasan Isu

Anwar Usah Layan Yahya Shaari

KEJADIAN Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Yahya Shaari disiasat oleh BPR kerana dikatakan telah menyalahgunakan kuasa meluluskan tander punggut sampah dalam Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) bakal menimbulkan masalah kepada PKR Selangor jika ianya tidak diselesai dengan baik.

Semalam pegawai berjanggut renggah ( jarang) itu telah pun melepaskan jawatan sebagai Pegawai Khas selepas beliau menerima surat penggantungan jawatan itu. Beliau nampaknya tidak puas hati dengan tindakan penggantungan yang dikenakan ke atasnya itu.

Tindakan beliau melepas jawatan itu betul, kerana mesej pengganggung itu sendiri ialah untuk memberi isyarat agar beliau melepas jawatan dengan baik apabila beliau disiasat oleh BPR. Dan nampaknya beliau peka dengan isyarat berkenaan.

Namun perkembangan selepas itu nampaknya kurang sihat dan tidak mencerminkan tindakan mereka yang pernah menimba pengalaman dari gerakan Islam.

Ahli PKR harus memahami sebaik-baiknya mengenai isu ini. Ada dua isu yang timbul dalam hal ini. Penggantungan alias pemecatan pegawai berkenaan dan siasatan oleh BPR. Apa yang kena faham kenapa pegawai itu digantung ialah kerana beliau disiasat oleh BPR. Siasatan belum selesai lagi walaupun MB pada suatu masa cuba membela dan melindungi aib pegawai itu dengan mengatakan siasatan sudah selesai dan tidak ada kes.

Teryata siasatan belum selesai lagi dan masih berjalan. Kalau sudah selesai dan pegawai itu tidak bersalah kenapa beliau digantung?

Maka wajar kalau pegawai itu digantung untuk membolehkan siasatan berjalan dengan lancar. Selain itu untuk menjaga integriti Kerajaan Pakatan Rakyat. Tidak sesuai sangat kalau orang yang disyaki rasuah berada di dalam pejabat sebuah kerajaan bersih dan telus seperti pejabat MB Selangor itu. Keadaan itu samalah pencuri yang berada di bawah ketiak alim ulama.

Pegawai berkenaan hendaklah insaf dan peka dengan keadaan. Salahnya di sini dari beliau juga kerana menulis surat sokongan sedangkan ia tidak mempunyai kuasa berbuat demikian. Kalau tidak banyak dan sampai boleh dihukum lima hingga 10 tahun penjara namun beliau telah menyalahgunakan kedudukannya. Apakah beliau tidak membaca piagam perkhidmatan dan juga bidang tugasnya sebelum duduk di kerusi jawatan itu?

Pegawai berkenaan nampaknya mengamok, membuat protes dan cuba mengheretkan masalah peribadinya jauh ke dalam parti. Beliau tidak perlu membuat kenyataan dan protes demikian. Beliau hanya ahli dan berkedudukan sebagai Setiausaha Perhubungan PKR Selangor, di mana statusnya dari segi keahliannya sama saja. Sama-sama membayar yuran yang nilainya sama.

Beliau tidak boleh merasakan hebat, penting dan seolah kalau bukan kerana beliau PKR Selangor tidak akan menang. Kalau itulah perasaan yang menekan dirinya, itu silap. PKR dalam keadaan sekarang akan kuat dan terus mendapat sokongan rakyat. Rakyat tidak menyokong mana-mana individu tetapi apa yang disokong aspirasi dan cita-cita PKR bersama Pakatan Rakyat.

Sesiapa yang memperjuangkan dirinya, beliau akan tewas dan kalah. Tidak ada siapa akan mempedulikan kita. Jadi cadangan hendak jumpa Anwar dan membawa protes batinnya itu tidak betul. Apakah lagi kalau Anwar tidak melayannnya beliau bercadang pula untuk meninggalkan PKR seperti Ezam Mohd Noor, makin tidak betul. Lihat apa sudah jadi pad Ezam penghormatan umum kepadanya sudah hilang. Seribu kali dia memburukkan Anwar dunia tidak akan mempercayainya kecuali dunia Umno.

Dan Anwar Ibrahim juga tidak payah layan ahli-ahli yang lebih memikirkan soal diri sendiri daripada agenda perjuangan untuk rakyat. Kalau beliau turut melayani tuntutan-tuntutan peribadi, ia tidak akan habis kerana semua manusia akan berbuat demikian.

Cuma perlu diingatkan kepada Anwar kalau hendak layan dan dodoi kerana PKR kini sudah memiliki sedikit kuasa dodoilah mereka yang ikhlas dan bersusah payah semasa berdemon mempertahan dan memperjuangkan agendanya dulu.

Jalan baik bagi pegawai berkenaan ialah bersikap tawaqus dan insafkan diri. Serahkan diri kepada Allah dan sekiranya siasatan BPR mendapat beliau tidak bersalah nah... muncullah semula sebagai pemimpin hebat yang bersih, tahu menghormati orang dan jangan bercakap berdolak dalih. Kalau kita benar kenapa kita harus menjadi penakut dan bukankah kita berjuang kerana Allah dan bukan kerana lain dari itu? Cuba hayati makna dalam doa iftitah. [wm.kl 11:00 am 24/06/08]

5 comments:

yiemega said...

Tuan MSO,

Saya cuma sekadar ingin memperbetulkan keadaan yang sebenarnya sebahagian besar orang UMNO sendiri tidak percayakan Ezam,

Tambahan lagi ia bertentangan dengan Fasal 20:10 Perlembagaan UMNO sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena.

tahniah Tuan MSO, kerana adil di dalam membuat ulasan di blog Tuan MSO.

http://www.suaragenerasimuda.com

CUCU TOK KEDU said...

Sdr MSO yang dihurmati.

Tindakan yang dilakukan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim adalah batu tanda untuk difahami oleh semua pemimpin dan pejuangan PKR khususnya dan PAKATAN RAKYAT umumnya.

Jangan cakap tak serupa bikin. Mereka yang melakukan pelanggaran perjuangan harus menerima hukuman.

Mereka yang terlanjur harus berpatah balik dan insafkan diri. Bukan memprotes membuta tuli untuk kepentingan diri. Rakyat tidak boleh menerima mereka seperti ini walau sehebat mana perjuangan mereka di masa lalu.

Berpegang dan berjuanglah kepada prinsip parti bukan prinsip pribadi!

Terima kasih.

http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU

semut said...

Beliau Tn Hj Mohd Yahya bin Mat Sahri bukan begitu sikapnya, sebagai hanya yang tinggal seorang saja yang membela ahli parti ditingkat 21 beliau dilihat seakan berlaku salah, sila susur jalan cerita dan kejadian yang sebenar, jangan kita jadi "umpan" politik ini menjadi makanan kepada MB yang mentah dalam sepak terajang politik.
Saya yakin sdr yahya bukan orang yang salah, dalam hal ini, beliau ikhlas, kalau 10 tahun boleh berjuang, Tan Sri perlu hormat juga kedudukanya sebagai MPT, siapa Tan Sri?
Yahya juga pengarah Pilihanraya Selangor dan seterus strategis selangor.
Saya bukan nak panaskan keadaan tetapi siapa yang memberi dokumen penting kepada Sdr Ezam?, saya tahu tetapi tidak mahu mengeruhkan keadaan.
Tan Sri terlalu jelek dilihat mengikut kacamata pejuang tulen, tidak mengendahkan nasib AJK bahagian hatta bahagiannya sendiri.
Tahukah saudara berapa sen , Tan Sri sumbangkan untuk Perhubungan negeri?, Bahagian? Kosong, Kosong sen...
Yahya lakukan untuk kepentingan parti yang Tan Sri tinggalkan..

Seterus..banyak lagi..

mrf said...

kalau ikut logik, tidak wajar menganggap yahya tu bersalah kerana masih dalam siasatan dan belum didapati bersalah..
tindakkan khalid ibrahim menggantung yahya seolah2 boleh memberi persepsi buruk rakyat dan menjejaskan nama beliau seolah2 telah bersalah padahal belum didapati bersalah.
sebagai org yg bermati-matian berjuang, tidak salah kalau beliau melatah macam tu..kemenangan khalid ibrahim di ijok tidak boleh disangkal lagi adalah faktor yahya yg bermati-matian memastikan kemenangan PKR. kalau harapkan aura khalid sahaja,dengan cikgu sekolah pun boleh kalah teruk masa pilihanraya kecil.kalau saya jd yahya pun mungkin jugak akan rasa merajuk selepas apa yg dah berlaku.
beza nya beliau adalah PKR dan bukan PAS..sekiranya beliau PAS perkara ini pasti tidak akan berlaku..apa2 pun saya bersetuju dengan pendapat MSO..

Anonymous said...

sdra mso,

saya baru layari malaysiatoday, dan di dapati satu artikel saudara dalam blog saudara telah dipetik. malangnya kredit tulisan itu ialah GLOBAL MEDIA CHANNEL. Setahu saya ianya alat pulisiti yang dibiayai dan diguna oleh orang baju petak merah untuk peribadinya. heran saya. lembu punya susu, sapi yang dapat nama. ini suatu yang tidak professional langsung. tajuk posting "ANWAR JANGAN LAYAN YAHYA"